Isnin, 15 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kabinet Mesir hampir jadi kenyataan

Posted:

Kabinet Mesir hampir jadi kenyataan

Kabinet Mesir hampir jadi kenyataan

PEMANGKU Naib Presiden Mesir yang baru dilantik, Mohamed ElBaradei (tengah) berjabat tangan dengan pemangku Presiden, Adly Mansour (kanan) di Kaherah semalam.- AFP


KAHERAH - Pemangku Perdana Menteri Mesir, Hazem Al-Beblawi mengadakan perbincangan lanjut semalam bagi membentuk ahli Kabinet baharu ketika pihak pendakwa raya meneliti kes jenayah terhadap bekas presiden, Mohammed Morsi dan ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Al-Beblawi yang diiringi oleh Naib Presiden baharu Mesir, Mohamed ElBaradei memulakan perbincangan bersama calon-calon bagi jawatan Kabinet dengan rundingan diteruskan semalam.

Barisan Kabinet baharu Mesir akan diumumkan sama ada esok atau Rabu ini.

Menurut Al-Beblawi, beliau menjangkakan barisan ahli Kabinet itu nanti akan merangkumi 30 kementerian.

Keutamaan Kabinet baharu tersebut adalah untuk memastikan keselamatan negara, meningkatkan aliran barangan dan perkhidmatan serta persediaan mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden.

Al-Beblawi juga telah menetapkan jadual untuk pilihan raya berkenaan pada awal tahun depan.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya memberitahu kelmarin bahawa pihaknya sedang menyiasat aduan yang difailkan terhadap Morsi dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya, Mohamed Badie.

Aduan tersebut termasuk jenayah mengintip, menghasut melakukan keganasan dan merosakkan ekonomi negara.

Morsi turut dituduh berat sebelah dan lebih mementingkan Ikhwanul Muslimin sehingga menyebabkan ekonomi negara jatuh di samping gagal melindungi kaum minoriti.

Ahli-ahli Ikhwanul Muslimin telah menolak untuk menyertai kerajaan peralihan dengan puluhan ribu penyokong mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat lalu kerana menuntut pemerintahan semula Morsi. - AFP

Fosil cicak dalam batu ambar

Posted:

Fosil cicak dalam batu ambar

Fosil cicak dalam batu ambar


SEEKOR cicak purba ditemui di dalam ketulan batu ambar di Mexico semalam.- Agensi


SAN CRISTOBAL DE LAS CASAS, Mexico - Sepasukan saintis di Mexico sedang mengkaji fosil lengkap seekor cicak purba yang pernah hidup sekitar 23 juta tahun dahulu yang terpelihara di dalam seketul batu ambar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Fosil ambar yang berbentuk trapezoid dengan bangkai cicak di dalamnya ditemui beberapa bulan lalu di pusat cari gali ambar di Simojovel, Chiapas di sini.

Kebiasaannya, batu ambar akan mengandungi tumbuhan-tumbuhan dan haiwan kecil di dalamnya, namun untuk menemui haiwan yang sempurna seperti cicak tersebut, ia jarang berlaku.

Kajian awal mendapati cicak itu merupakan seekor spesies baharu cicak daripada keluarga Anolis.

Penemuan itu kini dipamerkan di Muzium Ambar di sini.

Saintis Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico, Francisco Riquelme berkata, spesimen itu berukuran 4.5 sentimeter panjang dengan 1.3 sentimeter lebar.

Spesimen cicak itu masih lengkap mempunyai tisu kulit dan tisu badan yang lembut. - Agensi

Soulik semakin lemah selepas membadai China

Posted:

Soulik semakin lemah selepas membadai China

Soulik semakin lemah selepas membadai China


SEORANG askar membantu seorang lelaki melarikan diri daripada ombak besar yang melanda Wenzhou, dalam wilayah Zhejiang pada Jumaat lalu.- REUTERS


BEIJING - Taufan Soulik diklasifikasi sebagai ribut biasa selepas angin kencang itu memaksa ratusan ribu penduduk di tenggara China berpindah.

Sebelum itu, Soulik membunuh sekurang-kurangnya dua orang di Taiwan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China memberitahu, status Taufan Soulik diturunkan kepada ribut tropika kelmarin dan pada awal semalam, ribut itu bergerak ke kawasan pedalaman dari wilayah Fujian.

Agensi berita Xinhua melaporkan, taufan itu menyebabkan sistem pengangkutan dan aktiviti perniagaan di seluruh Taiwan terjejas.

Soulik juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke 520,000 rumah di ibu kota Taiwan, Taipei sebelum membadai pesisir pantai Fujian petang kelmarin.

Seramai 300,000 orang di Fujian telah dipindahkan sebelum ketibaan taufan tersebut.

Sekitar 5,500 askar dikerahkan ke bahagian tenggara China bagi membantu usaha menyelamat.

Pengangkutan awam di bandar raya Ningde telah digantung buat sementara waktu manakala sejumlah penerbangan di Lapangan Terbang Changle di ibu negeri wilayah Fujian, Fuzhou telah dibatalkan sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, seorang anggota polis berusia 50 tahun maut dihempap bata di Taipei manakala di sebuah lagi bandar Taiwan, Miaoli seorang wanita berumur 54 tahun mati selepas terjatuh dari bumbung rumahnya.

Seorang lelaki di bandar Taichung, tengah Taiwan hilang selepas hanyut di dalam sungai.

Agensi Bomba Kebangsaan Taiwan melaporkan, Taufan Soulik menyebabkan sekurang-kurangnya 104 kecederaan di pulau itu.

Di tanah besar China pula, hujan lebat menjelang ketibaan Taufan Soulik menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh di wilayah Sichuan dengan lebih 200 orang dikhuatiri terbunuh atau hilang sejak beberapa hari lalu

Lebih dua juta orang terjejas dalam bencana alam di wilayah itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved