Isnin, 15 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua beranak parah ditembak

Posted:

Dua beranak parah ditembak

Dua beranak parah ditembak

DI RUMAH inilah Zahari dan anak lelakinya parah selepas ditembak penjenayah yang menyamun mereka di Kampar, Perak kelmarin.


KAMPAR – Tiga penjenayah bergelar Geng Hilux bertindak kejam apabila bukan sahaja melarikan pelbagai barangan berharga malah tergamak menembak dua beranak ketika mangsa cuba mempertahankan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux milik mereka dari dilarikan suspek kelmarin.

Kejadian di Taman Sejahtera di sini pada pukul 8.30 malam itu mencederakan seorang tauke kedai runcit, Zahari Din, 51, dan anak lelakinya, Zaharith Aiman Mahami, 13, apabila satu das tembakan yang dilepaskan menembusi perut Zahari sebelum mengenai paha kanan remaja tersebut.

Bagaimanapun, dosa tak terampun yang dilakukan penjenayah kejam tersebut berbalas apabila salah seorangnya ditangkap tiga jam kemudian selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu dihambat polis peronda yang dapat mengesan kelibatnya di Jalan Langkap-Kampar, Tapah, kira-kira 20 kilometer dari sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kejadian berlaku apabila tiga penjenayah bersenjatakan parang, pistol dan memakai topeng tersebut menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa ketika Zahari, isteri dan anaknya sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, suspek kemudian merampas dua buah telefon bimbit, kunci Toyota Hilux, kunci rumah, kad pengenalan, buku cek dan buku akaun Tabung Haji.

"Zahari kemudian nekad mengambil sebilah parang untuk mempertahankan diri sewaktu salah seorang penjenayah cuba menghidupkan 4WD tersebut yang diletakkan di halaman rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjawat awam disamun, dipaksa lakukan seks oral

Posted:

Penjawat awam disamun, dipaksa lakukan seks oral

Penjawat awam disamun, dipaksa lakukan seks oral

PETALING JAYA – Seorang penjawat awam wanita melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah dipaksa melakukan seks oral oleh penjenayah yang menyamar sebagai pengajar sekolah memandu di Jalan 5/54 di sini pada Jumaat lalu.

Turut hilang dalam kejadian pada pukul 1 petang, kereta Perodua Kancil milik sekolah memandu tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20-an itu sedang menunggu pengajar sekolah memandu itu yang keluar mengisi minyak kereta pelajar lain.

"Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengaku sebagai pengajar dan meminta mangsa memandu kereta tersebut ke satu kawasan perumahan di Jalan 5/54.

"Suspek ketika itu mengekori kereta dipandu mangsa menaiki motosikal," kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, ketika sampai di belakang satu kawasan perumahan di Jalan 5/54 itu, suspek yang mengaku memiliki senjata api memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.

Bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan senjata api tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak boleh keluar wang KWSP untuk langsai hutang kad kredit

Posted:

Tidak boleh keluar wang KWSP untuk langsai hutang kad kredit

Tidak boleh keluar wang KWSP untuk langsai hutang kad kredit

KUALA LUMPUR – Kerajaan tiada cadangan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan kes bankrap akibat hutang kad kredit.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengeluaran wang KWSP hanya dibenarkan untuk tujuan persaraan atau untuk tujuan tambahan nilai simpanan itu.

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran untuk tujuan melangsaikan hutang kad kredit atau hutang-hutang lain adalah tidak selaras dengan prinsip KWSP sebagai organisasi keselamatan yang menyediakan wang jaminan untuk persaraan.

"Pengeluaran seumpama itu akan mengurangkan jumlah simpanan dan menjejaskan kecukupan jumlah simpanan apabila bersara kelak," katanya ketika menjawab soalan Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved