Khamis, 25 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Album ketuhanan penyanyi pop rock

Posted:

Album ketuhanan penyanyi pop rock

Album ketuhanan penyanyi pop rock

Oleh HARYATI KARIM

KUMPULAN 6ixth Sense berkolaborasi dengan grup nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.


TIDAK hanya pada bulan Ramadan dan bukan penyanyi nasyid sahaja yang menghasilkan album berunsur kerohanian dan ketuhanan.

Penerimaan masyarakat terhadap album berbentuk sebegitu telah membuka peluang buat penyanyi genre lain untuk turut serta menghasilkan produk sedemikian.

Senario itu dapat dilihat di Malaysia bahkan Indonesia yang mempunyai album ketuhanan daripada penyanyi pelbagai genre muzik.

Datuk Siti Nurhaliza

ALBUM Tahajjud Cinta yang muncul pada bulan Ramadan tahun 2009 merupakan album genre ketuhanan pertama daripada Datuk Siti Nurhaliza. Mengandungi lapan buah lagu termasuk sebuah lagu ciptaan penyanyi Indonesia, Opick berjudul Ketika Cinta yang merupakan lagu tema filem Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban.

6ixth Sense

KUMPULAN yang dianggotai oleh lima anak muda ini cukup popular dengan lagu bergenre pop rock di Malaysia. Mereka juga pernah tampil dengan album ketuhanan berjudul Tentang Kita pada tahun 2012 dan bergabung dengan kumpulan nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.

Datuk Sharifah Aini

PENYANYI bersuara lunak, Datuk Sharifah Aini tidak ketinggalan menghasilkan sebuah album kerohanian berjudul Yayadan pada tahun 1998. Album bergenre pop etnik itu mengandungi 11 buah lagu dan turut memuatkan lagu Sketsa Kehidupan nukilan Nazri Johani iaitu vokalis kumpulan nasyid Raihan.


SITI NURHALIZA muncul dengan album ketuhanan, Tahajjud Cinta pada tahun 2009.


Band Ungu

BAND Indonesia, Ungu yang terkenal dengan lagu-lagu cinta telah menghasilkan empat buah album ketuhanan bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2009.

Ia masing-masing berjudul Syurgamu, Para Pencarimu, Aku dan Tuhankan serta Maha Besar. Selain merancang untuk menghasilkan sebuah album pop, Disember ini mereka dijangka muncul dengan album ketuhanan terbaharu.

Band Gigi

SEBUAH lagi band Indonesia terkenal, Gigi yang memperjuangkan genre pop dan rock telah menghasilkan enam buah album berkonsep ketuhanan sejak tahun 2004 bermula dengan Raihlah Kemenangan. Sejak itu sehingga tahun 2012, band Gigi terus menghasilkan album ketuhanan seperti Raihlah Kemenangan Repackage (2005), Pintu Sorga (2006), Jalan Kebenaran (2008), Amnesia (2010) dan Aku dan Aku (2012).

Wali Band

WALI BAND yang popular dengan lagu Cari Jodoh turut mengeluarkan sebuah album ketuhanan yang berjudul Ingat Sholawat pada tahun 2009. Lagu popular dalam album ini ialah Mari Sholawat dan Tomat (Taubat Maksiat).

Menu diet Ramadan di D'bites Dim Sum

Posted:

Menu diet Ramadan di D'bites Dim Sum

Menu diet Ramadan di D'bites Dim Sum

LEBIH 30 hidangan dim sum halal dijual di D'bites Dim Sum, Alamanda, Putrajaya.


BAGI yang bosan dengan juadah berbuka puasa secara bufet di hotel, berkunjunglah ke D'Bites Dim Sum yang menyediakan kira-kira 57 menu hidangan dim sum yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu mai dan dumpling.

Hanya mengambil masa lima minit untuk dihidangkan, dim sum merupakan antara menu yang sesuai bagi mereka yang menggemari hidangan ringkas semasa berbuka.

Bagi set mai, inti sirip yu, cendawan dan ayam dibaluti dengan wantan manakala dumpling pula merupakan set pau kecil yang mempunyai variasi inti.

Setiap set mengandungi tiga biji dim sum yang penuh berisi inti. Dua set dim sum berbeza yang dinikmati semasa berbuka puasa sudah cukup mengenyangkan. Setiap hidangan disediakan setelah mendapat pesanan daripada pelanggan.

Tekstur setiap hidangan dim sum juga amat pejal dan penuh berisi inti dan produk yang dihidangkan itu mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Antara set dim sum tersebut ialah mai otak-otak, mai lada hitam, mai ayam, mai sayuran, pau kacang merah dan bebola lima warna.

Mai ros siew merupakan antara hidangan yang harus dicuba kerana ia menggunakan putik bunga ros sebagai perencah utama. Putik tersebut merupakan antara agen yang mampu membuang toksin dalam badan.

Set dim sum boleh dinikmati dengan empat jenis sos iaitu sos cili, sos manis, sos bijan dan sos cili manis. Setiap hidangan dim sum juga hanya mempunyai 100 kalori dan ia sesuai untuk sesiapa yang sedang mengamalkan diet pada bulan Ramadan.

D'Bites Dim Sum baru beroperasi kira-kira enam bulan lalu di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya dan ia merupakan kios pertamanya di Malaysia.

Nikmat iftar di JM Bariani

Posted:

Nikmat iftar di JM Bariani

Nikmat iftar di JM Bariani


NASI beriani gam ayam dihidang bersama sambal dan acar buah.


PADA Ramadan tahun ini, cawangan baharu JM Bariani House Sdn. Bhd. (JM Bariani) yang terletak di Taipan USJ 9, Subang Jaya menawarkan pelbagai hidangan nasi beriani sebagai juadah iftar.

Nasi beriani gam ayam dan kambing merupakan tarikan utama pengunjung untuk datang ke restoran tersebut. Selain itu, menu sampingan seperti kambing goreng rosemary, ayam masak merah dan acar buah menjadi pelengkap hidangan nasi beriani tersebut.

Mi bandung, tauhu bakar dan rojak Perlis pula menjadi menu pembuka selera sebelum ke hidangan utama iaitu nasi beriani.

Walaupun baru dibuka kira-kira dua bulan lalu di USJ 9, JM Bariani ternyata menjadi destinasi makan-makan baharu bagi penduduk sekitar Subang Jaya.

Pengarah Urusan JM Bariani, Zulkarnain Mustapa berkata, sempena bulan Ramadan ini, 10 jenis hidangan utama menjadi taruhan restoran tersebut.

"Nasi beriani yang disediakan dikategorikan sebagai nasi beriani Johor. Teksturnya tidak berminyak kerana menggunakan beras yang terbaik. Selain itu, ia juga sesuai untuk hidangan lauk yang tidak pedas.

"Kambing goreng rosemary adalah menu tambahan yang menjadi kegemaran pelanggan JM Bariani. Dengan harga RM13.80 untuk lima orang, pelanggan dapat menikmati sepinggan hidangan kambing goreng yang menjadi signatur restoran ini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagi yang pertama kali ke Restoran JM Bariani, menu sirap bandung soda merupakan minuman yang berupaya menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa. Campuran sirap, susu dan soda itu mempunyai rasa manis yang mencukupi.

Pelanggan juga harus mencuba puding krim karamel dan pelbagai jenis kek sebagai hidangan pencuci mulut.

Menu yang disediakan juga tidak banyak berbeza berbanding bulan-bulan lain. Sekiranya pelanggan ingin merasai menu nasi beriani selepas Ramadan, harga dan menu yang sama boleh didapati di 17 cawangan JM Bariani di sekitar Lembah Klang.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved