Khamis, 25 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 peserta ikuti kursus membuat kek, menjahit YPS

Posted:

50 peserta ikuti kursus membuat kek, menjahit YPS

50 peserta ikuti kursus membuat kek, menjahit YPS

Mohd. ISA (duduk, dua dari kanan) dan Krishna Kumar (duduk, dua dari kiri) bergambar dengan peserta kursus di Jempol baru-baru ini.


BANTU. Seramai 50 wanita India di daerah Jempol, Negeri Sembilan menyertai Kursus Membuat Kek dan Menjahit anjuran Yayasan Pembangunan Sosial (YPS) baru-baru ini.

Kursus selama dua hari itu merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Belia Wanita India (Benitia) yang mendapat sokongan Unit Perancang Ekonomi (UPU).

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Pengurus Besar YPS, B. Krishna Kumar.

Krishna Kumar berkata, program berkenaan merupakan salah satu usaha pihaknya membantu wanita India berniaga sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga.

"Ramai peserta terdiri daripada mereka yang berpendapatan kecil dan kita mahu selepas ini mereka menggunakan kemahiran yang diajar untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

"Selain kemahiran membuat kek serta menjahit, YPS juga mendedahkan mereka dengan ilmu keusahawanan dan akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Penjitu jelajah 27 masjid

Posted:

Penjitu jelajah 27 masjid

Penjitu jelajah 27 masjid


MOHD. FAZREEN (depan, lima dari kanan) menyerahkan sumbangan buah kurma sempena Program Jelajah Masjid 2013 di sekitar Kuala Muda baru-baru ini.


SUMBANGAN. Buat kali pertama selepas penubuhannya awal tahun ini, Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Kedah (Penjitu) Sungai Petani dengan kerjasama Classic Worldwide Corporatian Sdn. Bhd. menganjurkan Program Jelajah Masjid 2013 di 27 buah masjid sekitar Daerah Kuala Muda, Kedah baru-baru ini.

Program bermula di Masjid Taman Keladi dan Masjid Muzaffar Shah, Taman Jubli Perak, Sungai Petani.

Setiausaha Penjitu, Mohd. Hermi Abd. Razak berkata, setiap masjid menerima dua kotak besar buah kurma untuk majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

"Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada pihak pengurusan masjid di daerah ini," katanya.

Hadir sama dalam program itu ialah Pengerusi Penjitu, Mohd. Fazreen Md. Fauzi dan wakil Classic Worldwide Corporatian, Nurlaila Idris.

Bubur lambuk warga Polisas

Posted:

Bubur lambuk warga Polisas

Bubur lambuk warga Polisas


KAKITANGAN dan pelajar Polisas mengacau bubur lambuk dalam pertandingan memasak sajian tradisi itu di Kuantan baru-baru ini.


KERJASAMA. Bagi menyemarak kemeriahan Ramadan, Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan menganjurkan pertandingan memasak bubur lambuk baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Polisas, Norazura Mohd. Ali berkata, bubur lambuk yang dimasak itu kemudian diagihkan kepada orang ramai untuk berbuka puasa.

"Program anjuran bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu bertujuan merapatkan silaturahim pelajar serta kakitangan.

"Bubur tersebut turut diedarkan kepada pelajar, kakitangan dan orang ramai sekitar Semambu sebagai juadah berbuka puasa," katanya.

Sebanyak 12 kawah bubur lambuk dimasak dalam pertandingan tersebut yang dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Awam Polisas.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved