Sabtu, 13 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bufet ala kampungdi Palm Garden

Posted:

Bufet ala kampungdi Palm Garden

Bufet ala kampungdi Palm Garden

PENGALAMAN lebih 15 tahun dalam bidang kulinari menjadi taruhan Khairul Nizal dalam menyediakan hidangan istimewa kepada pengunjung.


MENIKMATI menu berbuka ala kampung pasti menjadi pilihan ramai warga kota sepanjang bulan Ramadan ini. Bagi mereka yang masih mencari-cari destinasi untuk berbuka puasa dengan sajian tersebut, Hotel Palm Garden di Putrajaya sedia menerima kunjungan anda.

Hidangan signatur seperti kari kepala ikan salmon, kambing guling, ayam golek dan sup ekor mamak mampu membuka selera anda.

Selain itu, variasi ikan bakar, gulai kawah, nasi beriani, laksa Kedah, rendang daging dan pelbagai sajian tempatan lain boleh dinikmati seisi keluarga.

Menurut Chef Khairul Nizal Abu Seman, 40, secara keseluruhan terdapat lebih 80 jenis hidangan disediakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

"Untuk menu pemanis mulut pula, antara yang popular ialah pulut durian, tapai, sagu gula melaka dan puding roti di samping pelbagai jenis aiskrim serta kuih-muih Melayu.

"Sementara itu, seleksi minuman untuk menghilangkan dahaga terdiri daripada sirap selasih, asam boi, air tebu, cincau, kopi dan teh tarik.

"Justeru, jangan ketinggalan untuk merasai keenakan hidangan yang disediakan terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya," ujar Khairul Nizal yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam dunia kulinari.

Sewaktu berbuka puasa, para pengunjung akan turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu Melayu oleh kumpulan Ghazal Mahligai sebagai halwa telinga. Kemudahan surau yang selesa juga disediakan bagi menunaikan solat.

Lebih 100 juadah di Furama Bukit Bintang

Posted:

Lebih 100 juadah di Furama Bukit Bintang

Lebih 100 juadah di Furama Bukit Bintang


HASLINDA (kanan) dan Mohd. Shahnizar menunjukkan hidangan istimewa yang ditawarkan di Furama Bukit Bintang sepanjang Ramadan ini.


HOTEL Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai menu istimewa sepanjang Ramadan ini.

Dengan tema Sajian Selera Ala Kampung, hotel itu menjanjikan sajian segar dan menepati cita rasa.

Terletak di Spices@Furama, restoran yang mampu memuatkan kira-kira 250 pengunjung itu menawarkan lebih 100 jenis masakan asli dan tradisional yang diilhamkan oleh Chef Sos Eksekutif, Haslinda Nawi dan Chef Sos Junior, Mohd. Shahnizar Mohd. Salleh.

Rasailah sendiri keenakan hidangan popular dari setiap negeri di Malaysia seperti nasi ulam, daging gulai kawah, ekor asam pedas, kupang masak berlado, ayam percik Kelantan, ikan patin masak lemak cili api dan kambing bakar.

Jika mahu sesuatu yang berbeza, jangan lupa mencuba nasi beriani Furama yang menggabungkan resipi khas dari Asia Barat dan India.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh merasai aneka kuih-muih tradisional serta hidangan lain seperti popia basah, roti jala, martabak dan sate.

Bagi peminat buah-buahan tempatan, khususnya durian, jangan lupa menikmati signatur utama Furama Bukit Bintang iaitu roti canai durian.

Sambil menjamu selera, pengunjung boleh bersantai di kawasan kolam renang yang menawarkan panorama sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang mempesonakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved