Sabtu, 13 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Indonesia mahu dakwa syarikat Malaysia

Posted:

Indonesia mahu dakwa syarikat Malaysia

Indonesia mahu dakwa syarikat Malaysia

GAMBAR pada 29 Jun 2013 menunjukkan hutan yang dibakar di kawasan perlindungan tanah gambut di Pelalawan, Sumatera, Indonesia.


JAKARTA - Indonesia akan mendakwa anak syarikat ladang kelapa sawit ketiga terbesar di Malaysia berhubung kebakaran haram yang menyebabkan Singapura dan Malaysia dilitupi jerebu pada bulan lalu, kata polis semalam.

Syarikat tempatan tersebut, PT Adei Plantations merupakan anak syarikat KL Kepong Bhd.

Polis mendakwa firma tersebut menyebabkan jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda Asia Tenggara.

"Mereka akan didakwa kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar," kata jurucakap polis nasional, Ronny Franky Sompie.

Pihak berkuasa masih menyiasat empat syarikat lain kerana turut disyaki terlibat dalam aktiviti pembakaran haram tetapi nama-nama syarikat itu tidak didedahkan.

Pada bulan lalu, Kementerian Alam Sekitar menamakan lapan syarikat Asia Tenggara sebagai suspek.

Dalam pada itu, KL Kepong menafikan pihaknya melakukan sebarang kesalahan.

Menurut firma itu, pihaknya melaksanakan polisi pembakaran sifar, manakala kebakaran yang dikesan pula berlaku di luar kawasan konsesi mereka.

Seseorang individu yang didapati bersalah melakukan pembakaran hutan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda 10 bilion rupiah (RM3.1 juta).

Pihak berkuasa juga boleh merampas keuntungan dan menutup operasi syarikat yang didapati bersalah.

Polis berkata, lebih 12 orang telah ditangkap kerana melakukan pembakaran terbuka setakat ini.

Namun, tidak jelas sama ada mereka merupakan pekerja mana-mana lapan syarikat terbabit atau petani tempatan.

Sebahagian petani gemar menggunakan kaedah pembakaran hutan untuk membersihkan tanah kerana kosnya yang murah. - Reuters

Mesir siasat dakwaan Morsi lari dari penjara

Posted:

Mesir siasat dakwaan Morsi lari dari penjara

Mesir siasat dakwaan Morsi lari dari penjara

KAHERAH - Pihak pendakwa raya akan menyiasat tuduhan bahawa Presiden Mesir yang telah digulingkan, Mohammed Morsi melarikan diri dari penjara atas bantuan Hamas sewaktu revolusi yang berlaku pada tahun 2011.

Ketua pendakwa raya, Hesham Barakat telah menerima testimoni daripada sebuah mahkamah di bandar Ismailia yang akan dijadikan asas kepada siasatan tersebut.

Persoalan mengenai sama ada Hamas membantu Morsi dan 30 pemimpin Ikhwanul Muslimin melarikan diri dari penjara telah menjadi perdebatan dalam kalangan media sejak sekian lama.

Morsi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin sebelum ini ada menyatakan bahawa penduduk tempatan membantu mereka selepas kebanyakan banduan sudah pun melarikan diri.

Hamas bagaimanapun menafikan penglibatan mereka.

Para pegawai penjara, polis dan ejen perisikan telah disoal siasat berkaitan kes tersebut.

Isu itu kembali hangat selepas Morsi digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu berikutan protes yang mahu beliau meletak jawatan.

Morsi kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dan tidak dikenakan sebarang dakwaan sehingga semalam. - AP

Empat orang ditanduk lembu di Festival San Fermin

Posted:

Empat orang ditanduk lembu di Festival San Fermin

Empat orang ditanduk lembu di Festival San Fermin


SEORANG lelaki ditanduk seekor lembu jantan sempena Festival San Fermin di Pamplona, Sepanyol semalam.


PAMPLONA - Empat orang telah ditanduk dalam larian lembu keenam sempena Festival San Fermin di Sepanyol semalam.

Kejadian tersebut mencetuskan situasi panik di beberapa batang jalan di bandar yang terletak di Sepanyol itu.

Situasi tegang memuncak apabila seekor lembu jantan menanduk dan menyerang seorang lelaki selama hampir 30 saat.

Lembu tersebut berterusan menyerang lelaki berkenaan walaupun cuba dihalang oleh beberapa pelari lain yang menarik ekor haiwan itu.

Mereka kemudian menarik kaki mangsa untuk menjauhkannya daripada lembu tersebut.

Pengarah Hospital Navarra, Javier Sesma berkata, seramai empat orang cedera akibat ditanduk lembu semalam, manakala tiga lagi mengalami kecederaan lain.

Insiden peserta ditanduk lembu adalah yang pertama dalam larian lembu pada tahun ini.

Acara itu menyaksikan para peserta berlari sambil dikejar oleh enam ekor lembu jantan menuju ke sebuah gelanggang di sini. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved