Sabtu, 13 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pusat jagaan usir 20 anak yatim disiasat

Posted:

Pusat jagaan usir 20 anak yatim disiasat

Pusat jagaan usir 20 anak yatim disiasat

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
mahfuz.mohamad@kosmo.com.my

ROHANI (berdiri empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menyiasat dakwaan sebuah pusat jagaan anak yatim yang didakwa mengusir 20 penghuninya kerana mereka tidak mampu membayar yuran bulanan sebanyak RM150 setiap seorang.

Menteri KPWKM, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menyemak status pusat jagaan itu sama ada ia berdaftar dengan jabatan berkenaan.

"Pegawai di kementerian ini sudah mengambil tindakan dengan turun padang menyiasat isu itu dan kanak-kanak yang terlibat akan ditempatkan sementara di bawah jagaan JKM.

"Mengikut Akta Pusat Jagaan, pusat kebajikan yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan termasuk premis mereka disita," katanya selepas merasmikan majlis berbuka puasa program Kebajikan Rakyat 1Malaysia Ramadan 2013 di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta geran berjumlah RM500,000 masing-masing kepada lima pertubuhan kebajikan untuk membangunkan taska orang kelainan upaya.

Pertubuhan itu ialah Persatuan Sindrom Down Malaysia, Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek Perak, Persatuan Autisme Sibu, Sarawak dan St. Nicholas Home, Pulau Pinang.

Kosmo! semalam melaporkan seramai 20 penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas, Sri Kundang di Rawang diminta meninggalkan pusat jagaan tersebut sejak Januari lalu berikutan mereka didakwa tidak mampu membayar yuran RM150 sebulan setiap seorang.

Sejak itu, anak-anak yatim itu terpaksa menumpang dalam keadaan sesak di sebuah rumah teres setingkat yang dimiliki seorang penduduk yang bersimpati dengan nasib mereka.

Dalam pada itu, Rohani memberitahu, sehingga Jun lalu sebanyak 1,055 pusat kebajikan telah berdaftar dengan JKM namun sebanyak 1,230 lagi pusat didapati masih belum berbuat demikian.

"Setakat ini belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap pusat-pusat kebajikan yang tidak berdaftar itu. Kita cuma memberikan nasihat mengenai prosedur yang mereka perlu patuhi," kata beliau.

Sementara itu, semakan Kosmo! di laman web rasmi JKM mendapati sebanyak 38 buah institusi kebajikan khusus terhadap kanak-kanak didaftarkan di bawah jabatan tersebut.

Institusi-institusi berkenaan ialah Rumah Kanak-kanak (12), Asrama Akhlak (10), Sekolah Tunas Bakti (9), Taman Seri Puteri (4), Pusat Jagaan Sinar Kasih (2) dan Kompleks Penyayang Bakti (1).

Rakyat usah anggap polis musuh

Posted:

Rakyat usah anggap polis musuh

Rakyat usah anggap polis musuh

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak sepatutnya menganggap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai seteru mereka memandangkan pihak berkuasa itu memainkan peranan sebagai pelindung rakyat.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, polis bukanlah musuh orang ramai. Tambahnya, demi keselamatan awam, polis sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencegah jenayah.

Antara kerjasama yang telah dijalin ialah dengan Pertubuhan Permotoran Bersatu Malaysia (Riders United).

"Kita telah mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama Riders United dengan tujuan mengubah tanggapan orang ramai terhadap golongan penunggang motosikal yang dilabel sebagai mat rempit.

"Riders United mempunyai hubungan baik dengan masyarakat. Kita juga tak mahu penunggang motosikal menganggap polis sebagai musuh," katanya di Kampung Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara PDRM, Datuk Ayub Yaakob dan Presiden Riders United, Wazi Abdul Hamid mengedarkan 3,000 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai sambil dibantu beberapa artis seperti Yasmin Hani, Sari Yanti dan Serina Redzuawan.

Wazi pula berkata, pihaknya berhasrat menjadi penghubung antara golongan penunggang motosikal dengan pihak berkuasa.

"Kami berhasrat membina satu jalinan berlandaskan perasaan saling menghormati antara pihak berkuasa dan penunggang motosikal dalam tempoh 10 tahun akan datang," ujarnya.

Tiga budak cedera mercun bola meletup

Posted:

Tiga budak cedera mercun bola meletup

Tiga budak cedera mercun bola meletup

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


SAE-ED ALWAY yang cedera di mata menerima rawatan di HSNZ semalam.


KUALA TERENGGANU - Perayaan Aidilfitri tahun ini pasti disambut suram oleh tiga sahabat selepas mereka cedera akibat terkena mercun bola yang meletup secara tiba-tiba kelmarin.

Kejadian pada pukul 5 petang di Jalan Kamaruddin di sini itu menyebabkan dua daripada mangsa yang dikenali sebagai Sae-ed Alway, 13, dan Muhammad Arfan Ammar, 14, cedera parah manakala seorang lagi, Thaqif, 12, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Thaqif, kejadian berlaku apabila mercun bola yang berada di dalam plastik berasap secara tiba-tiba dan tidak sempat dibuang lalu meletup dan mencederakan mereka bertiga.

"Mercun itu mercun lama. Saya bernasib baik kerana hanya cedera ringan tetapi dua lagi rakan saya cedera teruk," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

MUHAMMAD ARFAN melecur di muka.


Difahamkan, mercun bola tersebut milik salah seorang mangsa terbabit.

Sementara itu, tinjauan di HSNZ mendapati Muhammad Arfan menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran kerana melecur teruk di muka dan dilaporkan stabil.

Sae-ed Alway pula dirawat di Wad Mata hospital sama dan dijadualkan menjalani pembedahan untuk membuang serpihan mercun di mata dalam masa terdekat.

Setakat semalam, keadaan sebenarremaja itu masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.

Kejadian tersebut adalah yang kedua dilaporkan berlaku sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada 10 Julai lalu, dua remaja lelaki melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam buatan sendiri meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di Taman Bersatu dekat Baling, Kedah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved