Rabu, 17 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kerajaan bertindak atasi jenayah

Posted:

Kerajaan bertindak atasi jenayah

Kerajaan bertindak atasi jenayah

NAJIB


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membincangkan pelbagai pandangan mengenai keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 (EO) yang dimansuhkan pada 2011.

Beliau berkata, perbincangan itu akan merujuk kepada pandangan polis bahawa rang undang-undang baharu itu akan dapat membendung jenayah.

Katanya, ada pihak yang mahu supaya dibenarkan aspek penahanan untuk pencegahan atau preventive detention.

Walaupun ada yang tidak bersetuju, namun menurut Perdana Menteri, perkara yang penting dalam sebarang perundangan ialah perlu ada keseimbangan dalam melindungi hak individu di samping menjaga kepentingan masyarakat.

"Ia juga perlu untuk memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak. Ini proses perbincangan yang akan kita lakukan," katanya pada satu persidangan media di pejabatnya di sini semalam.

Menurut beliau, di samping mendapatkan pandangan polis dan Peguam Negara, kerajaan juga akan mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan dalam soal itu seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bantu polis tangani jenayah berat

Posted:

Bantu polis tangani jenayah berat

Bantu polis tangani jenayah berat


KES tembak-menembak sehingga menyebabkan kematian yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini menggusarkan rakyat dan memerlukan undang-undang yang lebih tegas untuk mengatasinya. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia mencadangkan agar rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 (EO) yang mungkin digubal kerajaan kelak perlu memberi penekanan kepada aspek membantu polis dalam menangani jenayah berat.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes jenayah berat dan trend menembak mati mangsa di tempat awam.

"Undang-undang baharu ini amat diperlukan pada masa kini dan saya percaya ia berpotensi untuk membantu pihak polis dalam menjalankan tugas mereka memerangi jenayah.

"Saya yakin sekiranya jenayah berat dapat diturunkan melalui undang-undang baharu tersebut, orang ramai tidak mempunyai masalah untuk memberikan sokongan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Warga Felda dapat duit raya RM32j

Posted:

Warga Felda dapat duit raya RM32j

Warga Felda dapat duit raya RM32j


NAJIB (kiri) bersalaman dengan warga Felda ketika menghadiri program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Gunung Besout 2, Trolak, Sungkai semalam.


SUNGKAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam tadi.

Najib berkata, peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala mereka yang tidak bersama Felda menerima RM150.

"Sebelum ini, peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka tapi hari ini setiap peneroka dapat pendapatan daripada punca-punca lain.

"Dalam perjalanan ke sini tadi (semalam), saya kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini.

Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved