Rabu, 17 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siput berkuasa turbo

Posted:

Siput berkuasa turbo

Siput berkuasa turbo

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

MAMPUKAH kelajuan siput bernama Theo ini membolehkan dia menjuarai perlumbaan Indianapolis 500?


DREAMWORKS ANIMATION mempersembahkan sebuah filem animasi berjudul Turbo yang mengisahkan kehidupan seekor siput bernama Theo yang mengimpikan untuk mempunyai kelajuan luar biasa.

Tanpa diduga, satu kemalangan telah mengubah kehidupannya apabila Theo memperoleh kuasa turbo yang diimpikannya. Berjayakah Theo bergelar juara perlumbaan Indianapolis 500?

Selain itu, sebuah filem sekuel aksi komedi berjudul Red 2 turut menemui penonton minggu ini. Red 2 menceritakan misi sekumpulan ejen CIA yang dikumpulkan semula dari seluruh dunia untuk menentang pengganas.

Bagi penggemar filem aksi ngeri, sebuah filem berbahasa Tamil berjudul Olipathivu menjadi pilihan. Filem ini mengisahkan sekumpulan kru produksi filem yang sentiasa gagal dalam setiap penggambaran.

Bagaimanapun, satu insiden mengubah kehidupan kru produksi tersebut apabila salah seorang daripada mereka merakamkan satu pembunuhan secara tidak sengaja.

Turut ditayangkan pada minggu ini, sebuah filem aksi arahan Keanu Reeves berjudul Man of Tai Chi dan filem bahasa Tamil, Mariyaan.

Turbo

Tarikh tayangan: 18 Julai 2013

Genre: Animasi

Durasi: 1 jam 10 minit

Pengarah: David Soren

Pelakon: Ryan Reynolds, Paul Giamatti, Michael Pena, Luis Guzman, Bill Hader, Richard Jenkins, Ken Jeong dan Michelle Rodriguez

Sinopsis: Turbo mengisahkan kehidupan seekor siput lemah bernama Theo yang tiba-tiba mendapat kuasa kelajuan tinggi selepas terlibat dalam satu kemalangan. Bagaimanapun, apabila siput tersebut berkawan dengan sekumpulan siput yang moden dan bergaya, Theo menyedari bahawa dia tidak akan berjaya tanpa bantuan kawan-kawannya sebelum ini.

Theo mula membantu kawan-kawannya mencapai impian mereka di samping memasang cita-cita mustahil iaitu menjadi juara perlumbaan Indianapolis 500.

Red 2

Tarikh tayangan: 18 Julai 2013

Genre: Aksi, komedi

Durasi: 1 jam 16 minit

Pengarah: Dean Parisot

Pelakon: Bruce Willis, John Malkovich, Mary-Louise Parker, Helen Mirren, Catherine Zeta-Jones dan Lee Byung-hun

Sinopsis: Red 2 mengembalikan kumpulan ejen perisikan CIA yang telah bersara untuk menangani musuh baharu di seluruh Eropah dengan gaya mereka yang konvensional.

Lanjutan daripada filem pertama Red, pasukan itu berdepan misi untuk menyelesaikan kes nuklear yang dicuri pihak pengganas. Misi ini membawa pasukan yang diketuai oleh Frank Moses ke Paris, London dan Moscow.

Olipathivu

Tarikh tayangan: 18 Julai 2013

Genre: Aksi, ngeri

Durasi: 1 jam 48 minit

Pengarah: Elson Tommas

Pelakon: Vassan, Sivabaalan, Govind Singh, Devika Raghavakrishnan, Maney Villanz, Samuel Sam, Xavier Lock-up, Sasi Kumar dan Log

Sinopsis: Filem ini mengisahkan sebuah kru produksi filem yang sentiasa gagal dalam setiap penggambaran. Mereka mula berfikir tentang apa yang boleh membuatkan mereka menjadi terkenal.

Semasa salah seorang kru produksi menghadiri satu temu janji, dia merekod satu kejadian bunuh secara tidak sengaja dan menunjukkan rakaman tersebut kepada kru produksinya yang lain. Mereka mengambil keputusan untuk membuat satu rancangan realiti dengan pembunuh tersebut menjadi watak utama.

Man of Tai Chi

Tarikh tayangan: 18 Julai 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 38 minit

Pengarah: Keanu Reeves

Pelakon: Tiger Chen, Keanu Reeves, Karen Mok, Iko Uwais dan Simon Yam

Sinopsis: Man of Tai Chi ialah filem sulung arahan pelakon Keanu Reeves. Tiger Chen melakonkan watak sebagai seorang pengamal seni mempertahankan diri yang dilatih untuk perlawanan haram. Sejauh manakah kemampuannya untuk beraksi di pentas tai chi?

Cita rasa masakan pilihan ramai

Posted:

Cita rasa masakan pilihan ramai

Cita rasa masakan pilihan ramai


HOTEL Corus menyediakan pelbagai lauk ala kampung bagi memenuhi selera pelanggan.


KEDUDUKAN Hotel Corus Kuala Lumpur di tengah-tengah bandar raya sememangnya strategik.

Justeru, ia memberi pilihan tepat kepada umat Islam di ibu kota untuk berbuka puasa dan mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas jika mahu pulang ke rumah.

Tahun ini, hotel tersebut menawarkan lebih 100 jenis hidangan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Menurut Chef Sous, Azhar Ashari, hidangan yang disediakan berkonsepkan masakan Melayu tradisional ala kampung.

"Hidangan ini disediakan berdasarkan pemerhatian terhadap cita rasa makanan pilihan ramai.

"Antara masakan istimewa ialah rendang tok, kambing panggang, sup tulang rawan, sup tulang rusuk, nasi kerabu, ikan keli berlada, daging masak merah dan lontong," katanya.

Sajian pencuci mulut seperti bubur cha cha, keladi, keledek goreng, cempedak goreng, cucur udang, rojak buah dan aiskrim juga boleh dinikmati pengunjung.

Tambah beliau, menu kampung tradisional tersebut sinonim dengan masyarakat Melayu yang tidak boleh lari daripada hidangan lauk-pauk bersama nasi putih.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, menu di hotel berkenaan ditukar setiap hari agar pelanggan tidak berasa jemu.

Sajian berkhasiat Hotel Grand Dorsett Subang

Posted:

Sajian berkhasiat Hotel Grand Dorsett Subang

Sajian berkhasiat Hotel Grand Dorsett Subang


HOTEL Grand Dorsett Subang menitikberatkan penyediaan makanan selain menawarkan sajian yang berkhasiat.


MENYEDARI keburukan pengambilan gula dan makanan berlemak, Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya hanya menawarkan hidangan berkhasiat kepada pelanggannya.

Selain itu, pasukan chef di hotel tersebut turut menggunakan bahan-bahan segar dalam penyediaan makanan.

Ketua Chef, Arih Ahmad berkata, langkah penjagaan itu dilakukan berdasarkan komen-komen pelanggan yang meminta supaya kadar gula dalam makanan dikurangkan.

"Setiap tahun kami menyediakan borang dan segelintir pelanggan memberikan komen mengenai hidangan, jadi ia membantu kami memperbaiki masakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya menyediakan lebih 100 hidangan menarik seperti sup gear box, asam pedas, kambing panggang, sup ekor dan banyak lagi.

Selain hidangan Melayu, pihaknya juga menyediakan masakan Cina supaya pelanggan dapat merasai kepelbagaian hidangan di situ.

Bagaimanapun, beliau berkata, hampir tiga tahun pihaknya tidak menukarkan menu asam pedas dan kambing bakar kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Walaupun asam pedas sinonim dengan negeri Melaka, orang ramai boleh menikmatinya di sini.

"Kami memasak kuah asam pedas penuh teliti kerana cara membuat asam pedas terbaik bergantung kepada cara menumis bahannya, menggunakan bahan segar serta rempah dalam sukatan betul," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved