Khamis, 18 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

Posted:

Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

Fungsi, keberkesanan IMT-GT perlu dinilai semula - MB Perak

18/07/2013 8:58pm

IPOH - Fungsi dan keberkesanan penubuhan Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) wajar dibincangkan semula untuk menilai sama ada kerjasama berkenaan memberi manfaat seimbang antara tiga negara anggota.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana IMT-GT pada masa ini melibatkan kawasan lebih luas berbanding, hanya merangkumi kawasan wilayah utara Sumatera, utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand pada peringkat awal penubuhannya.

"Apa yang menjadi masalah kepada kita (bagi merancang pembangunan di kawasan sempadan di bawah kerjasama IMT-GT) kerana IMT-GT ini telah melewati kawasan sempadan yang sepatutnya.

"Hari ini, kita lihat IMT-GT telah memasukkan negeri tidak bersempadan antara satu sama lain, sedangkan cadangan awal kita adalah untuk bangunkan negeri atau kawasan yang bersempadan dengan kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Perbincangan semula peranan dan keberkesanan IMGT-GT perlu dilakukan secara teliti supaya ia dapat memberikan kebaikan kepada negara anggota terutama yang bersempadan antara satu sama lain, katanya.

IMT-GT dibentuk pada tahun 1993 oleh kerajaan ketiga-tiga negara untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah yang kurang maju dengan penglibatan sektor swasta. - Bernama

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

Posted:

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

Kedah bakal warta fatwa anti-Syiah

18/07/2013 8:42pm

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.

"Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah. Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Tambah Mukhriz, terdapat aduan diterima daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah.

"Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin," tambah Mukhriz.

Beliau berkata, akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya. - Bernama

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

Posted:

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

Empat lagi MRSM bakal dibuka - KP Mara

18/07/2013 8:40pm

KUALA BESUT - Empat lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal diwujudkan di seluruh negara bagi menampung permohonan kemasukan pelajar yang semakin meningkat kebelakangan ini.

MRSM berkenaan terletak di Arau, Perlis yang dijangka siap pada penghujung tahun hadapan, selain di Kuala Kangsar, Perak; Tanjung Karang, Selangor dan Semporna, Sabah.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, pembinaan MRSM baharu itu yang dijangkakan siap dalam tempoh setahun hingga dua tahun akan memberikan tambahan tempat kepada 1,000 pelajar pada setiap sesi pengambilan.

"Penambahan MRSM ini akan menjadikan jumlah keseluruhan MRSM, 54 buah dan akan membuka lebih peluang memandangkan tahun ini sahaja kita menerima 44,000 permohonan sedangkan tempat yang ada hanya untuk 9,000 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cakna MARA Keusahawanan dan Pendidikan di Masjid Al-Jamhuriah di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved