Kosmo Online - Negara |
- Tunku Abdul Aziz diugut bunuh
- PTPTN lulus pinjaman RM49.18 bilion
- Tiada mangsa terperangkap, operasi mengesan dihentikan
Posted: Tunku Abdul Aziz diugut bunuhOleh NUR AISHAH AMIN
PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa beliau menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon kelmarin dan percaya ancaman tersebut mempunyai kaitan dengan politik. Beliau yang lantang mengkritik dan mendedahkan pelbagai maklumat sulit DAP sejak meninggalkan parti itu pada Mei tahun lalu menerima ugutan tersebut di rumahnya pada pukul 10.10 malam kelmarin. Jelasnya, panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menerusi telefon bimbit. Orang itu berkata 'I will kill you' (Saya akan bunuh awak) sebelum memutuskan talian. Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau tidak mahu menuduh sesiapa tetapi percaya ugutan bunuh itu ada kaitan dengan kelantangannya mengkritik DAP khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
PTPTN lulus pinjaman RM49.18 bilion Posted: PTPTN lulus pinjaman RM49.18 bilionTEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah meluluskan pinjaman sebanyak RM49.18 bilion kepada 2.18 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga Mei lalu. Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, pemberian pinjaman itu membuktikan badan tersebut sentiasa komited membantu pelajar membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup di IPT meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PTPTN oleh pihak tertentu. "Pinjaman ini ditawarkan hanya kepada golongan pelajar yang memerlukan bantuan (kewangan) sahaja tetapi mereka yang berkemampuan tidak dipaksa untuk menerimanya. "Ia bagi membolehkan mereka membiayai kos pengajian dan kos sara hidup sepanjang melanjutkan pelajaran di universiti," kata beliau. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tiada mangsa terperangkap, operasi mengesan dihentikan Posted: Tiada mangsa terperangkap, operasi mengesan dihentikanOleh RIZAM ZAKARIYA ![]() ANGGOTA penyelamat menggunakan khidmat anjing untuk mengesan kemungkinan ada mangsa yang masih terperangkap di Batu Maung, Pulau Pinang semalam. BAYAN LEPAS – Operasi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan tanjakan konkrit susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung di sini yang runtuh lewat petang Khamis lalu dihentikan pada pukul 6 petang semalam. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, keputusan itu dibuat selepas empat ekor anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan dalam operasi tidak menemui sebarang tanda bahawa terdapat mangsa yang terperangkap. "Pasukan penyelamat yang masuk ke dalam runtuhan menerusi ruang-ruang yang ada juga tidak menemui sebarang kenderaan lain tertimbus di bawah runtuhan itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan