Isnin, 20 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


UIAM berhasrat buka kampus cawangan di seluruh dunia

Posted:

UIAM berhasrat buka kampus cawangan di seluruh dunia

UIAM berhasrat buka kampus cawangan di seluruh dunia

20/05/2013 9:10pm

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berhasrat membuka beberapa kampus cawangan universiti itu di seluruh dunia bagi mengembangkan lagi pembelajaran berteraskan konsep Islamisasi selain melahirkan pelajar berkualiti dan berdaya saing.

Rektornya, Profesor Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, hasrat itu mampu direalisasi memandangkan terdapat kira-kira 60,000 alumni UIAM di seluruh negara yang berperanan sebagai jambatan penghubung universiti itu di peringkat global.

Beliau berkata, ini merupakan satu daripada mekanisme dalam Pelan Strategik UIAM 2013-2020 yang menggariskan satu asas utama iaitu Islamisasi.

"Jika Universiti Al-Azhar di Kaherah menjadi ulung dengan bersifat tradisional tetapi kita (UIAM) ingin menjadi sebuah universiti Islam moden yang menjadi pintu gerbang Islam di dunia.

"Dengan adanya cawangan kita di seluruh dunia, maka UIAM akan mampu menyalurkan maklumat berkaitan Islam serta ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa," katanya pada sidang akhbar selepas majlis sambutan ulang tahun ke-30 UIAM di kampus utama universiti itu hari ini. - Bernama

Pertahanan Kelantan perlu rantai pergerakan tonggak serangan Johor DT

Posted:

Pertahanan Kelantan perlu rantai pergerakan tonggak serangan Johor DT

Pertahanan Kelantan perlu rantai pergerakan tonggak serangan Johor DT

20/05/2013 8:33pm

Barisan pertahanan Kelantan perlu merantai pergerakan tiga tonggak utama Johor Darul Takzim (Johor DT) iaitu Norshahrul Idlan Tahala, Nurul Azuan Roya serta penyerang import Leonel Nunez jika mahu melakar kemenangan ke atas pasukan berkenaan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Rabu ini.

Perkara tersebut disuarakan oleh tonggak pertahanan The Red Warriors Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim yang menyifatkan ketiga-tiga pemain tersebut mampu meranapkan impian Kelantan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan itu.

Nik Mohd Shahrul Azim atau Poknik berkata, ketiga-tiga pemain ini mempunyai kemahiran individu yang tinggi serta larian pantas dan mampu mengundang bahaya kepada Kelantan sekiranya diberikan ruang secukupnya untuk bergerak.

Menurutnya, meskipun tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut, beliau tetap yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan di barisan pertahanan untuk mengekang asakan yang dilakukan oleh pasukan Johor DT. - KOSMO!

PSSI didenda AS$15,000 kerana masalah penyokong

Posted:

PSSI didenda AS$15,000 kerana masalah penyokong

PSSI didenda AS$15,000 kerana masalah penyokong

20/05/2013 9:15pm

JAKARTA - Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah didenda sebanyak AS$15,000 (RM45,210) setelah penyokong tempatan merusuh dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa baru-baru ini.

Jurucakap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberitahu, PSSI didenda AS$10,000 (RM30,140) selepas penyokong menyalakan mercun selain membaling botol air ketika perlawan menentang Arab Saudi pada 23 Mac. PSSI juga dikenakan denda tambahan AS$5,000 (RM15,070) bagi kesalahan yang serupa dalam empat perlawanan tahun lalu.

"Indonesia juga mungkin terpaksa bermain dalam stadium tanpa dihadiri penyokong sendiri jika kesalahan yang sama berlaku lagi dalam dua masa tahun ini," tambah jurucakap AFC. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved