Isnin, 20 Mei 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pemain Liga M diancam bunuh

Posted:

Pemain Liga M diancam bunuh

Pemain Liga M diancam bunuh

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BEBERAPA pemain yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan daripada bookie bola sepak. – Gambar hiasan


"JIKA ada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima ugutan bunuh, mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa."

Demikian tegas Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat (gambar kecil) semalam.

Katanya, langkah tersebut adalah untuk keselamatan mana-mana pemain dalam Liga M yang diancam oleh bookie bola sepak.

Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam.

Pemain terbabit dipercayai mahu membuat laporan polis selepas dilaporkan menerima ugutan tersebut.

Sumber dalaman pasukan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, sumber berkenaan enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkannya kepada FAM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas lanjut, Aseh mendedahkan, FAM dengan kerjasama pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam usaha mereka membanteras gejala yang tidak bermoral itu.

"Ini merupakan satu perkara yang serius. Jika dakwaan itu benar, saya nasihatkan pemain-pemain terbabit tampil membuat laporan polis.

"Perbuatan tidak bermoral seperti gejala mengatur keputusan perlawanan adalah musuh No.1 sukan bola sepak negara.

"Jika aktiviti seperti ini berterusan, bilangan penonton yang hadir ke stadium akan merosot.

"Kita akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menjaga keselamatan pemain terbabit sebelum diancam dengan lebih teruk oleh pihak yang tidak bertanggungjawap itu," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Untuk rekod, Liga M pernah melalui detik hitam apabila menyaksikan 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan ekoran skandal rasuah pada tahun 1994.

Akibatnya, seramai 58 pemain dikenakan pergantungan selama satu sehingga empat tahun oleh FAM.

Selain itu, 21 pemain dan jurulatih diberhentikan khidmat mereka dan beberapa pemain lagi digantung seumur hidup serta dibuang daerah, selain tidak dibenarkan menyertai kejohanan di bawah kelolaan FAM.

Tahun lalu pula, seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Ini kerana FAM mendapati berlaku unsur-unsur rasuah dan polemik mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada saingan tahun 2011.

Ketua jurulatih skuad tersebut, Yusarman Yusof, menerima hukuman gantung seumur hidup oleh FAM.

Malaysia tiada pilihan

Posted:

Malaysia tiada pilihan

Malaysia tiada pilihan

Oleh MOHD. IKHSAN
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

SKUAD negara perlu merancang strategi yang lebih mantap jika berhasrat menewaskan Jerman pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C kejohanan badminton Piala Sudirman 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Kekalahan mengejut 2-3 kepada Taiwan dalam aksi pembuka tirai kelmarin, ternyata telah meletakkan kedudukan skuad negara dalam keadaan berbahaya dan hari ini mereka tiada pilihan lain kecuali menang ke atas Jerman.

Kemenangan mungkin akan menyelamatkan misi mereka untuk melangkah ke pusingan seterusnya pada kejohanan berpasukan campuran itu.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her mengesahkan, pemilihan yang terbaik harus dilakukan sambil menegaskan bahawa kekalahan kepada Taiwan semalam (kelmarin) harus dijadikan sebagai pengajaran.

"Kalau hendak mendedahkan siapa yang akan beraksi, memang kami tidak boleh mengesahkannya lagi.

"Piala Sudirman merupakan perlawanan strategi dan perancangan yang terbaik adalah memilih siapa yang berada pada prestasi terbaik.

"Senarai nama harus dihantar esok (hari ini) sekitar pukul 1 petang, jadi kami akan pilih pemain yang terbaik berdasarkan kepada sesi latihan," kata Kim Her semalam.

Pada aksi pertama kelmarin, Malaysia hilang mata berharga apabila beregu harapan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu- Tsai Chia Hsin 18-21, 18-21.

Beregu lelaki yang menduduki ranking No. 3 dunia itu merupakan harapan untuk meraih satu mata dan kekala- han yang tidak disangka-sangka itu sekali gus menyukar misi skuad negara untuk menempah tempat ke suku akhir.

Kini, Kim Her harus bijak membuat pemilihan sama ada untuk meletakkan beregu kedua negara, Hoon Thien How- Tan Wee Kiong yang berada di ranking ketujuh dunia atau juara Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2013, Lim Khim Wah-Goh V Shem (No. 12 dunia) pada aksi menentang Jerman hari ini.

Bagaimanapun, beliau juga harus berhati-hati untuk membuat pemilihan kerana Jerman dijangka menurunkan beregu ke-16 dunia mereka, Kindervater Ingo-Schoettler Johannes.

Untuk rekod, kali terakhir Khim Wah-V Shem tewas kepada pasangan Eropah itu ialah pada pusingan kedua Terbuka Jerman, Mac lalu.

Begitupun, Thien How-Wee Kiong pula pernah menundukkan Ingo-Johannes dalam pusingan kedua Seluruh England 2013 seminggu selepas kekalahan Khim Wah-V Shem pada Terbuka Jerman.

Mengimbas aksi pertama kelmarin, Malaysia turut kehilangan dua mata apabila perseorangan wanita, Sonia Cheah Su Ya tewas kepada Tai Tzu Ying (7-21, 13-21) dan beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei ditumpaskan Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen (17-21, 19-21).

Dua mata kemenangan skuad negara pada perlawanan pertama itu diraih menerusi pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT

Posted:

Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT

Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


KELANTAN tidak akan membiarkan Nunez (tengah) bergerak bebas pada aksi di Larkin malam esok.


KELANTAN akan rantai pergerakan tiga tonggak utama Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya serta penyerang import, Leonel Nunez dalam usaha mereka meraih kemenangan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.

Perkara tersebut disuarakan tonggak pertahanan The Red Warriors, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim yang menyifatkan ketiga-tiga pemain tersebut mampu meranapkan impian Kelantan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan itu kelak.

Nik Mohd. Shahrul berkata, ketiga-tiga pemain ini mempunyai kemahiran individu yang tinggi serta larian pantas, malah mampu mengundang bahaya kepada Kelantan sekiranya diberikan ruang secukupnya untuk mereka bergerak.

Menurutnya, meskipun tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan di bari- san pertahanan untuk mengekang asakan yang bakal dilancarkan Johor DT.

"Saya tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut selepas digantung satu perlawa- nan akibat mengumpul dua kad kuning sebelum ini.

"Jadi, saya berharap rakan- rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan," katanya ketika di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, barisan pertahanan Kelantan berada di tahap terbaik selepas mendapat sentuhan beberapa pemain yang tercedera sebelum ini iaitu Farisham Ismail, Azizi Mat Rose dan Mohd. Rizal Fahmi Rosid.

Pemain kelahiran Rantau Panjang itu memberitahu, Kelantan tidak boleh terus keciciran mata dalam perlawanan selepas ini jika mahu menamatkan saingan musim ini dalam lima kelompok terbaik liga.

"Kita tidak mempunyai banyak pilihan selain melakar kemenangan pada perlawanan selepas ini. Saya yakin dan percaya kita mampu menamatkan saingan musim ini dengan berada di kelompok lima pasukan terbaik musim ini," ujarnya.

Rakan sepasukannya, Mohd. Daudsu Jamaluddin juga me- nganggap tiga pemain tersebut bakal menjadi 'duri dalam daging' buat Kelantan sekiranya tidak dikawal rapi pada perlawanan itu kelak.

"Mereka merupakan tunjang kekuatan pasukan Johor DT dan mampu mengucar- ngacirkan benteng pertahanan pasukan lawan. Jadi, kita perlu memastikan ruang yang mereka miliki ditutup sebaik mungkin."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved