Sabtu, 18 Mei 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Suami kejam pijak isteri sampai mati

Posted:

Suami kejam pijak isteri sampai mati

Suami kejam pijak isteri sampai mati

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN dan ZULHILMI JALIL
berita@kosmo.com.my

INILAH hotel di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur tempat Nur Hidayah bekerja.


PETALING JAYA - Seorang wanita yang mempunyai empat anak menemui ajal di tangan suami sendiri yang bertindak mendera dengan memijak dan menikam pisau di tubuh mangsa dalam satu kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.

Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.

Bagaimanapun pada malam kejadian, suspek bertindak membawa isterinya yang cedera parah itu untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada kira-kira pukul 1 pagi tetapi mangsa mati dalam perjalanan.

Kosmo! Ahad difahamkan, rumah tangga pasangan tersebut kerap bergolak berpunca daripada sikap panas baran dan kaki pukul si suami sejak mereka mendirikan rumah tangga 11 tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan

Posted:

Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan

Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan

Oleh FARHANA
HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


ADAM ADLI (bertopi) menunjukkan surat daripada pihak UPSI yang mengarahkan beliau menghadiri sesi pendengaran kes beliau menurunkan bendera Perdana Menteri. Gambar ini dirakam di Kuala Lumpur pada 23 September 2011.


KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian setelah didakwa melanggar peraturan universiti itu, ditahan polis di kawasan Bangsar di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penahanan tersebut adalah bersabit satu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

"Adam Adli ditahan pada pukul 3.15 petang hari ini (semalam) dan dia kini ditempatkan di lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mukhriz arah aktiviti balak dihenti

Posted:

Mukhriz arah aktiviti balak dihenti

Mukhriz arah aktiviti balak dihenti

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


MUKHRIZ bersalaman dengan orang ramai pada majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh.

"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas.

"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved