Sabtu, 18 Mei 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Barang kemas lebih RM3.02 juta dicuri

Posted:

Barang kemas lebih RM3.02 juta dicuri

Barang kemas lebih RM3.02 juta dicuri

AKTRES Fan Bingbing berdiri di tepi kotak kaca yang mengandungi satu set barang kemas Chopard semasa Festival Filem Cannes berlangsung di Cannes semalam.- REUTERS


CANNES - Beberapa barang kemas bernilai lebih AS$1 juta (RM3.02 juta) dicuri dari bilik sebuah hotel di sini semasa Festival Filem Cannes Kali Ke-66 berlangsung, lapor media Perancis semalam.

Barang kemas milik firma Switzerland, Chopard itu dicuri dari bilik Hotel Novotel yang dihuni para petugas syarikat berkenaan pada malam kelmarin.

Ketika kejadian, Chopard membekalkan barang kemas tersebut untuk dipakai oleh bintang-bintang filem antarabangsa pada acara karpet merah festival tersebut.

Media tempatan memetik polis di bandar Nice, dekat sini, sebagai berkata, beberapa pencuri telah melarikan barangan kemas itu yang berharga lebih sejuta dolar.

Kejadian itu dianggap mirip seperti sebuah filem.

Menurut laporan polis, para pencuri tersebut memasuki bilik hotel seorang pekerja wanita syarikat barang kemas itu.

Laporan itu menyatakan, para pencuri tersebut menarik sebuah kotak di dalam tempat penyimpanan koleksi pakaian.

Polis kini cuba mengesan identiti para pencuri itu menerusi rakaman litar kamera kawalan keselamatan.

Syarikat Chopard merupakan antara penaja festival itu. - Agensi

Kereta Mercedes S-Class boleh bergerak sendiri

Posted:

Kereta Mercedes S-Class boleh bergerak sendiri

Kereta Mercedes S-Class boleh bergerak sendiri


ZETSCHE duduk di ruang pemandu kereta tersebut.- AP


HAMBURG - Model baharu kereta Mercedes S-Class yang dilancarkan di sini pada Rabu lalu boleh bergerak secara automatik ketika berlaku kesesakan jalan raya.

Menurut akhbar The Sun kelmarin, Ia boleh bergerak menerusi pemanduan automatik pada kelajuan 48.28 kilometer sejam ketika kesesakan jalan raya

Kereta itu turut mempunyai sistem brek yang boleh berfungsi secara automatik apabila ia mengesan pejalan kaki atau kenderaan yang berada di hadapannya.

Ia juga mempunyai kamera yang dapat mengesan bonggol di depan kereta itu.

Kereta itu mungkin dijual pada harga antara £65,000 (RM298,244) hingga £170,000 (RM780,024). - Agensi

Glover juara American Idol

Posted:

Glover juara American Idol

Glover juara American Idol


GLOVER (kiri) yang berdiri di sebelah Harrison terkejut apabila dia diumumkan sebagai pemenang oleh Seacrest (kanan) di Teater Nokia, Los Angeles kelmarin.- REUTERS


LOS ANGELES - Penyanyi soul berusia 23 tahun, Candice Glover menjuarai pertandingan nyanyian American Idol musim ke-12 kelmarin dengan mengalahkan penyanyi irama country, Kree Harrison.

Glover menewaskan Harrison, 22, menerusi undi popular manakala pihak juri menyatakan ia merupakan pertandingan yang sengit.

Dia menjadi pemenang selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga.

Glover sebelum ini pernah menyertai pertandingan itu sebanyak dua kali iaitu pada musim kesembilan dan ke-11 tetapi gagal melangkah ke pusingan akhir.

Penyanyi berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat itu kelihatan terkejut dan menitiskan air mata apabila pengacara Ryan Seacrest mengumumkan bahawa dia memenangi pertandingan itu.

"Tiga tahun," kata Glover selepas dia diumumkan sebagai pemenang pada pertandingan akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles.

Kenyataannya itu merujuk kepada bilangan penyertaannya dalam pertandingan tersebut sebelum dia menjadi juara.

Dia menyanyikan lagu Somewhere daripada filem muzikal West Side Story dan lagu jaz gubahannya, You've Changed pada pertandingan itu.

Dia menutup pertandingan itu dengan menyanyi lagu single terbaharunya, I Am Beautiful.

Glover menjadi peserta wanita pertama dan yang bukan berkulit putih memenangi pertandingan itu sejak Jordin Sparks dinobatkan juara musim keenam pada tahun 2007.

Selain itu, dia turut mendapat kontrak rakaman yang dapat membantu melonjakkan namanya dalam industri hiburan.

Juri American Idol itu terdiri daripada Randy Jackson, Keith Urban, Mariah Carey dan Nicki Minaj.

Penyanyi Jennifer Lopez, Psy dan Pitbull turut membuat persembahan dalam pertandingan itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved