Sabtu, 18 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat

Posted:

Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat

Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat

18/05/2013 10:19pm

BEIJING - Seorang lelaki yang dipercayai membuat panggilan palsu mengenai ancaman bom dan menjejaskan jadual penerbangan pesawat

di lima bandar raya China, ditahan di Yancheng City, Wilayah Jiangsu, China pada Jumaat, kata pegawai China hari ini.

Agensi berita kerajaan Xinhua melaporkan, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kerana membuat panggilan kononnya beberapa butir bom dipasang di dalam pesawat yang akan berlepas ke Shanghai.

Pangilan itu menjejaskan lima penerbangan yang dijadual berlepas dari Beijing, Chongqing, Shanghai, Tianjin dan Guangzhou pada Jumaat.

Suspek, yang ditahan selepas polis memulakan siasatan, mengaku membuat panggilan palsu.

Ini merupakan ancaman bom palsu dalam tempoh seminggu.

Pada Khamis, seorang lelaki ditahan kerana membuat panggilan serupa yang menjejaskan lima penerbangan ke Shenzhen dan Xi'an dari beberapa bandar raya termasuk Beijing, Nanjing dan Shanghai.

Xinhua melaporkan sekurang-kurangnya 10 ancaman bom palsu dilaporkan di China tahun lepas, yang mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata mereka yang melakukan jenayah itu boleh dikenakan hukuman hingga 15 tahun penjara. - Bernama

Ricky, Freanceay terbaik di Sabah

Posted:

Ricky, Freanceay terbaik di Sabah

Ricky, Freanceay terbaik di Sabah

18/05/2013 10:16pm

KOTA KINABALU - Atlet karate, Ricky Leong Tze Wai dan jaguh angkat berat wanita, Freanceay Titus dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati pada Anugerah Sukan Negeri Sabah 2011/2012 hari ini.

Kejayaan tersebut membolehkan kedua-dua atlet kebangsaan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala, blazer dan sijil.

Ricky, 27, menewaskan enam calon lain iaitu jaguh lompat berpagar, Rayzamshah Wan Sofian, Bryan Jr. Kinson (taekwondo), Adam Wong (memanah), Stefan Walter Sundang Alex (tenis), Adam Nicholas (lawan pedang) dan Lee Kin Lip (memanah).

Freanceay, 21, yang memecahkan dua rekod kebangsaan dalam acara angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang tahun lalu pula mengetepikan empat calon lain iaitu Diedre Aprille David (karate), Cheryl Ye (tenis), Aretha Pan Heng (gold) dan Soong Fie Cho dari sukan badminton.

Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dan perenang muda, Chris Tan Li Ling dipilih sebagai Anugerah Atlet Harapan manakala Anugerah Olahragawan OKU menjadi milik atlet padang dan balapan, Doriah Paulus.

Kesemua anugerah disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. - KOSMO!

Mourinho anggap musim ini rekod paling buruk dalam karier

Posted:

Mourinho anggap musim ini rekod paling buruk dalam karier

Mourinho anggap musim ini rekod paling buruk dalam karier

18/05/2013 9:24pm

MADRID - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan musim ini merupakan rekod paling buruk dalam sejarah sebagai pengendali selepas gagal menjulang se barang piala.

Mourinho berkata demikian selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada Atletico Madrid pada aksi Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Ini kerana Real telah menyerahkan kejuaraan Liga Sepanyol kepada Barcelona dan disingkirkan oleh Borrusia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara pada aksi separuh akhir.

Impian untuk mengutip sekurang-kurang satu trofi turut musnah apabila tewas kepada Atletico pada aksi Piala Raja Sepanyol sekali gus menyaksikan Real menutup musim ini tanpa sebarang kejuaraan.

"Karier dibina dalam tempoh yang lama, bukan untuk satu tahun. Saya tidak pasti mana-mana pemain Realyang me nikmati musim cemerlang dengan memenangi kejuaraan penting pada musim ini.

"Ini merupakan musim paling teruk dalam karier saya apabila gagal membantu Real untuk menjulang sekurang-kurang satu trofi," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved