Rabu, 10 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Persatuan sukan diminta ubah jadual bertembung PRU-13

Posted:

Persatuan sukan diminta ubah jadual bertembung PRU-13

Persatuan sukan diminta ubah jadual bertembung PRU-13

10/04/2013 10:10pm

KUALA LUMPUR - Persatuan-persatuan sukan di negara ini diminta supaya menunda atau mengubah jadual pertandingan mereka sekiranya bertembung tarikh pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Saya fikir ada baiknya jadual-jadual yang diputuskan pada hari tersebut (hari pengundian) supaya diubah kepada tarikh yang bersesuaian untuk memberi laluan kepada proses pilihan raya umum.

"Bagaimanapun, kita kena tengok juga kalau acara sukan bertaraf antarabangsa yang jadualnya sukar diubah maka ia tidak dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan perlawanan amal antarabangsa Malaysia-Palestin di sini, hari ini.

Turut berangkat Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia, Sultan Ahmad Shah.

Ahmad Shabery berharap semua persatuan sukan akan berusaha membuat perubahan jadual bagi membolehkan atlet-atlet negara menjalankan kewajiban sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. - Bernama

Berlumbaan berbasikal Jelajah Borneo ditunda ke Ogos

Posted:

Berlumbaan berbasikal Jelajah Borneo ditunda ke Ogos

Berlumbaan berbasikal Jelajah Borneo ditunda ke Ogos

10/04/2013 10:08pm

KUALA LUMPUR - Perlumbaan berbasikal Jelajah Borneo yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 30 April ini terpaksa ditunda pada 22 hingga 26 Ogos ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pihak penganjur dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu itu dipersetujui oleh Kesatuan Berbasikal Anta rabangsa (UCI) atas permintaan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM).

Pada PRU ke-13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 5 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Jelajah Borneo, Datuk Fredie Sua berkata, walaupun berlaku kelewatan, mereka mengharapkan kejohanan edisi kedua kali ini akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

"Tarikh baharu itu tidak menimbulkan masalah kerana kami memang sudah cukup bersedia menjayakan perlumbaan ini," katanya. - Bernama

Tiga lelaki ditahan tipu iklan rumah sewa babitkan 13 mangsa

Posted:

Tiga lelaki ditahan tipu iklan rumah sewa babitkan 13 mangsa

Tiga lelaki ditahan tipu iklan rumah sewa babitkan 13 mangsa

10/04/2013 10:07pm

KUANTAN - Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes penipuan menggunakan laman web bagi mengiklankan rumah sewa di Bandar Indera Mahkota di sini.

Seramai 13 individu menjadi mangsa kepada tiga suspek lelaki berusia 26 hingga 40 tahun itu sejak Disember tahun lepas sehingga April ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff berkata, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memburu semua suspek sebelum berjaya menahan seorang daripada mereka berusia 26 tahun ketika sedang berurusan di sebuah bank di Shah Alam, Selangor, pada 5 April lepas.

"Berikutan penahanan suspek pertama, polis berjaya menahan dua lagi suspek berusia 28 dan 40 tahun ketika sedang berjalan di bandar Kuantan semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mengakui menggunakan sebuah laman web untuk mengiklankan ru mah sewa di Bandar Indera Mahkota dengan meminta bayaran wang pendahuluan RM500 hingga RM700, sedangkan rumah sewa itu didapati tidak wujud. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved