Kosmo Online - Negara |
Posted: Diburu lagiOleh NUR AISHAH AMIN
KUALA LUMPUR – Kecuaian penjaga sebuah premis pusat servis kenderaan mengawal premis itu membolehkan seorang ejen penghantaran kastam melarikan sebuah kereta mewah jenis Nissan Fairlady 350Z yang merupakan hadiah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam baru-baru ini. Ejen tersebut, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, dikatakan telah mencuri kereta berwarna hitam itu dengan menggunakan modus operandi mudah iaitu menyamar sebagai pelanggan kononnya mahu melihat dan mengambil gambar sebelum melarikannya sebaik ternampak kunci kenderaan itu berada di dalamnya. Mohd. Azri dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Oktober tahun lalu atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini 14 hari sebelum itu. Kes itu masih berjalan. Mengulas lanjut mengenai kejadian terbaharu di Segambut di sini pada pukul 10.45 pagi Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, imej Mohd. Azri kelihatan pada rakaman televisyen litar tertutup premis berkenaan. Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. "Polis telah menemui semula sebuah kereta mewah bernilai RM400,000 berkenaan di Taman Skudai, Johor pada pukul 1 pagi tadi (semalam). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Maut terjatuh pokok rambutanOleh MUHAMMAD ZIKRI ![]() POKOK rambutan dalam gambar inilah yang menjadi tempat Abd. Jalil terjatuh lalu meninggal dunia ketika hendak membetulkan bendera sebuah parti politik semalam. PONTIAN - Hajat seorang sukarelawan sebuah parti politik untuk membetulkan bendera yang dipasang di sebatang pokok rambutan berakhir tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dari pokok tersebut dalam kejadian di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini semalam. Mayat Abd. Jalil Buyamin, 58, ditemui di dalam longkang pada pukul 12 tengah hari oleh seorang pelajar sekolah yang melalui kawasan tersebut dalam keadaan kepalanya berdarah. Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Khatijah Md. Dom, 51, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh saudaranya ketika sedang menyapu sampah di rumahnya di Taman Sentosa, Pekan Nanas. "Saya yang terkejut dengan berita itu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suami telah meninggal dunia. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Polis berkas empat pengedar, 35 penagih dadah Posted: Polis berkas empat pengedar, 35 penagih dadah![]() SAHADAN (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas daripada empat pengedar dan 35 penagih dadah pada sidang akhbar di Muar semalam. MUAR - Polis menahan empat pengedar dan 35 penagih dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM30,000 dalam serbuan selama 10 hari yang berakhir semalam di sekitar daerah ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, dadah berkenaan ialah heroin 253 gram (g), syabu (14.97 g), 160 biji pil eramin 5 dan 20 biji pil ekstasi yang boleh dibekalkan untuk kegunaan 3,000 penagih. "Kita tangkap pengedar pertama berusia 51 tahun di Taman Bintang, Parit Jawa pada pukul 11 pagi 6 April lalu. Suspek yang mengedar heroin didapati masih bujang dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. "Dua hari kemudian, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Indah, Sungai Abong pada pukul 6 petang dan menahan seorang lelaki berusia 37 tahun. Kita turut merampas heroin, syabu, ekstasi, pil eramin 5 dan ketamin daripada suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan