Kosmo Online |
- Perlu desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram III
- Rakyat malaysia di Filipina dinasihati berwaspada
- Penduduk di gugusan Felda Sahabat selamat
Perlu desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram III Posted: Perlu desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram III05/03/2013 11:07pm KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan. "Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya "Sultan Sulu", untuk dibicarakan di mahkamah negara ini. – BERNAMA |
Rakyat malaysia di Filipina dinasihati berwaspada Posted: Ruang
|
Penduduk di gugusan Felda Sahabat selamat Posted: Penduduk di gugusan Felda Sahabat selamat05/03/2013 10:51pm PUTRAJAYA – Kesemua 15,500 peneroka, anggota keluarga serta pekerja di gugusan Felda Sahabat, yang terletak berhampiran Kampung Tanduo di mana pihak berkuasa melancarkan serangan ofensif, setakat ini berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sejak pengganas menceroboh kawasan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, seramai 1,000 pekerja di Felda berhampiran kawasan serangan diberi cuti kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini kepada mereka. "Kita telah mengarahkan cuti terutama di kawasan ladang yang berhampiran dengan Kampung Tanduo iaitu Ladang Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan 56. Untuk esok, sekiranya operasi belum selesai, cuti mereka juga patut diteruskan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Beliau berkata, seramai 10,000 pekerja turut diberi cuti Sabtu lepas atas alasan sama, dan kawalan keselamatan sekitar gugusan Felda itu turut dipertingkat dengan kerjasama Polis Bantuan Felda, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan