Selasa, 5 Mac 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kampung Sungai Peroh kini bercahaya

Posted:

Kampung Sungai Peroh kini bercahaya

Kampung Sungai Peroh kini bercahaya

Oleh ADLAN JAAFAR

SUSUNAN plat solar yang sedikit condong di Malaysia bertujuan memudahkan kerja-kerja pembersihan.


SEBELUM tahun 2007, penduduk Kampung Sungai Peroh, Kluang, Johor yang mempunyai populasi lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada 23 buah keluarga mendapat sinaran cahaya pada waktu malam dengan bantuan lampu minyak tanah sahaja.

Selepas anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) mendirikan Stesen Solar Hibrid (SSH) di kampung yang penduduknya berketurunan Jakun itu, mereka kini sudah boleh dikatakan amat selesa.

Tok Batin Kampung Sungai Peroh, Ugeh Ganduh, 90, merupakan individu yang sangat prihatin terhadap keperluan anak-anak buahnya, malah panggilan pada waktu malam oleh penduduk kampung untuk ke hospital turut dilayani tanpa sebarang rungutan.

Setakat ini, kata Ugeh, hanya kemudahan bekalan elektrik yang dapat dinikmati hampir sempurna walaupun kadangkala elektrik terputus kerana SSH disambar petir namun, dia dapat menerimanya.

Kampung Sungai Peroh terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sana kerana permukaan jalan yang berlubang-lubang.

Ugeh masih kuat bekerja mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 57 hektar biarpun usianya hampir mencecah seabad. Dia mula menggalas tanggungjawab sebagai tok batin sejak tahun 1982.

SSH Kampung Sungai Peroh sama seperti SSH Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara (SKLM) yang kedudukannya berdekatan dengan kampung tersebut.

Sistem solar hibrid merupakan gabungan sumber tenaga diperbaharui iaitu solar dengan tenaga konvensional, bahan api fosil.

Ia sesuai untuk diaplikasi di lokasi yang terletak jauh di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pengangkutan, perhubungan dan logistik yang baik.

Generator diesel

Bekalan tenaga keseluruhan menggunakan nisbah 70:30 atau 80:20 dengan sumber tenaga utama daripada solar, manakala generator yang dijana oleh diesel menjadi sokongan dalam sistem keseluruhan.

Sistem berjalan secara automatik dengan memberikan bekalan elektrik 24 jam tanpa henti sama dengan sistem talian penghantaran kuasa elektrik.

"Sistem Off Grid ini sesuai digunakan di kawasan pedalaman yang terletak berpuluh-puluh kilometer dari jalan besar dan kepadatan penduduk yang tidak ramai," terang Pengarah Urusan TNBES, Shahrir Abdul Latiff ketika ditemui di Kluang, Johor.

Sistem operasinya dipanggil Sistem Pemantauan Jarak Jauh (Remote Monitoring System) yang membolehkan SSH beroperasi sendiri dengan penyeliaan manusia secara minimum.

Sinaran matahari yang memancar pada waktu siang diserap oleh panel solar fotovolta (PV). Haba yang diserap memberi tenaga getaran pada butiran zarah dalam panel sekali gus menghasilkan tenaga elektrik arus terus (DC).

SSH SKLM menggunakan panel solar PV daripada bahan silikon polihabluran (polycrystalline) jenama Sharp yang mempunyai jaminan jangka hayat selama 20 tahun untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kecekapan 100 peratus.


STESEN Solar Hibrid ini memberi bekalan elektrik kepada penduduk Kampung Sungai Peroh selepas sekian lama menggunakan lampu minyak tanah.


Selepas tempoh itu, kecekapan penghasilan elektrik mula menurun sedikit demi sedikit seiring peningkatan usia penggunaan panel solar.

"Di SKLM, ada enam susunan panel solar PV yang secara keseluruhan boleh menghasilkan tenaga elektrik berjumlah 40 kilowatt DC," kata Jurutera Pengurusan Projek TNBES, Johari Jalldin, 42.

Disebabkan Malaysia berada di garisan Khatulistiwa yang menerima sinaran sang suria secara terus jadi, susunan panel solar tidak perlu terlalu condong seperti negara-negara di hemisfera utara atau selatan.

Serap haba

Namun begitu, susunan panel solar di SSH SKLM disusun secara sedikit miring pada sudut berukuran lapan darjah bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

"Panel solar menyerap haba pada kapasiti maksimum selama 3.5 jam dalam tempoh sehari," kata Shahrir yang ditemui di Kluang, Johor awal November lalu.

Selebihnya, penyerapan masih berlaku, tetapi tidak 100 peratus.

Maka, jika dijumlahkan masa penyerapan maksimum secara keseluruhan dalam sebulan, lebih kurang empat hari panel solar PV dapat mengutip haba daripada pancaran cahaya matahari.

Panel-panel diletakkan tinggi sedikit daripada permukaan tanah supaya ruang yang tinggal dapat memberi kesan penyejukan pada panel solar sekali gus dapat meningkatkan kecekapan alat tersebut.

Tenaga elektrik DC yang diserap oleh panel ditukar menjadi arus ulang-alik (AC) oleh penyongsang (inverter) melalui Solar Charge Medium (SCM) untuk kegunaan sekolah.

Lebihan tenaga elektrik yang tidak digunakan ketika tenaga dijana pada siang hari akan disimpan dalam penyimpanan bateri.

Sebanyak 120 unit bateri yang mampu menampung kapasiti penyimpanan elektrik pada tahap maksimum iaitu 540 kilowatt perjam.

Jika penyimpanan maksimum dibuat dan tiada penyerapan haba matahari daripada panel solar, bateri-bateri itu mampu memberikan bekalan tenaga selama 10 hari.

Buatan Itali, ia merupakan bateri asid berplumbum dan boleh dikitar semula. Jangka hayatnya mampu bertahan paling kurang 10 tahun dan boleh dipanjangkan dengan penyelenggaraan yang baik serta berkala.

Bateri juga merupakan bahagian yang paling banyak memakan kos pembinaan iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebiji bateri berharga kira-kira RM3,000.

Sekiranya panel solar PV tidak dapat menjana tenaga elektrik dan simpanan tenaga dalam bateri kehabisan, maka generator akan berfungsi secara automatik.

Kapasiti tangki minyak yang direka oleh TNBES bagi membekalkan diesel ke generator direka supaya dapat menampung penggunaan selama tiga bulan.

Kesemua tata susunan sistem tersebut dapat dipantau pada skrin yang berada dalam bilik yang menempatkan inverter.

Maklumat yang terpapar ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah supaya pengesan dan pembacaan data lebih cepat serta mudah dilakukan.

Data-data seperti bacaan nombor penyerapan haba ditunjukkan dalam bentuk digital supaya lebih jelas dan tepat berbanding analog.

Gambar rajah yang sama turut dipantau di ibu pejabat TNB terdekat menggunakan teknologi satelit.

Maka, jika terdapat kelainan dalam sistem, bantuan awal dapat dihantar dan fungsi itu amat berguna bagi SSH Kampung Peroh dan SKLM kerana kedudukan antara kedua-dua lokasi dengan bandar Kluang lebih kurang 60 kilometer.

Setiap tiga bulan, pasukan TNBES akan sampai ke lokasi terbabit bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahan diesel.

"Kami melakukan penyelenggaraan dan pemeriksaan pada setiap bahagian sistem seperti panel solar PV, bateri dan generator," terang Jurutera Operasi dan Selenggara TNBES, Mahzanarul Ahza Mahamod, 29.


RUANG penyimpanan bateri dan inverter mesti pada suhu sekitar 18 darjah Celsius.


Disebabkan reka bentuk panel solar yang miring, maka daun-daun yang gugur terkena permukaan alat tersebut akan jatuh ke tanah akhirnya.

Cuci habuk

Habuk-habuk yang terperangkap pula, boleh dicuci dengan air hujan secara beransur-ansur. Apabila TNBES datang melawat, kerja-kerja membersih dengan mengelap permukaan sahaja dibuat supaya kecekapan penyerapan dapat dimaksimum.

Suhu dalam bilik penyimpanan bateri dan inverter sentiasa dikekalkan pada bacaan 18 darjah Celsius dengan menggunakan pendingin hawa bagi menyejukkan perkakas yang beroperasi 24 jam.

Sama seperti penyelenggaraan bateri kereta yang memerlukan air bateri diisi pada masa-masa tertentu, bateri penyimpanan solar juga begitu.

Selain itu, bacaan graviti spesifik (S.G) pada elektrolit diambil bagi mengetahui ketumpatan dan konsentrasi bahan.

Dengan menggunakan alat dipanggil hidrometer, sedikit cecair dalam bateri diambil untuk dibuat bacaan. Bacaan itu penting untuk dipantau kerana nilai S.G akan menurun apabila bateri nyahcas. Bacaan S.G elektrolit bateri di SKLM ialah 1.24 kilogram per meter persegi.

Selain dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam, SSH juga mampu mengurangkan pencemaran udara yang terhasil daripada generator yang berfungsi terlalu lama.

Generator dalam sistem solar hibrid hanya bertindak sebagai sumber sokongan bekalan elektrik apabila sistem solar tidak mampu berfungsi 100 peratus. Penggunaannya terhad dan pada saat-saat terdesak sahaja.

TNBES mempunyai kakitangan seramai 100 orang dan 30 daripadanya ialah jurutera. Terdapat sebanyak 42 buah SSH di seluruh Malaysia seperti di stesen kereta kabel di Gunung Machinchang, Pulau Langkawi, Sistem Solar Hibrid di Pulau Tinggi, Mersing dan Sistem Solar Hibrid di Kampung Denai, Rompin.

Selain itu, tenaga elektrik diperbaharui minihidro turut dibangunkan oleh TNBES dan terdapat 28 buah di seluruh Malaysia, manakala kos pembinaan SSH SKLM.

Tikus belanda sumber protein

Posted:

Tikus belanda sumber protein

Tikus belanda sumber protein


TIKUS belanda dilihat menjadi jalan penyelesaian terbaik buat rakyat Congo yang terhimpit dalam masalah kemiskinan, kebuluran dan malnutrisi.


SEORANG wanita sedang berjalan sambil menjunjung sebuah besen di atas kepalanya. Di dalamnya terdapat beberapa ekor haiwan kecil yang comel bertompok-tompok warna hitam, coklat dan putih di sebuah kawasan di Karete, Republik Demokratik Congo.

Haiwan berbulu itu adalah tikus belanda yang tergolong dalam kategori rodensia. Antara haiwan lain yang berada dalam kelompok sama ialah tikus, tupai dan landak.

Lebih 500 ekor tikus belanda diagih-agihkan kepada penduduk tempatan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan sebagai sebahagian daripada program keselamatan makanan, Pasukan Tindakan Menentang Kelaparan (ACF) pertengahan bulan Februari lalu.

Program itu memberi fokus dalam memberi bekalan nutrisi sekali gus mencegah masalah malnutrisi di kawasan-kawasan konflik.

Itu merupakan sebuah eksperimen yang memberikan nilai tambah pada tikus belanda, iaitu bukan sekadar haiwan peliharaan.

Para saintis menemui dan percaya haiwan itu bakal membantu menamatkan masalah kekurangan bekalan makanan di negara yang berdepan kehancuran akibat peperangan itu.


PARA petugas ACF memeriksa bekalan tikus belanda sebelum haiwan-haiwan itu dikumpul untuk diagih-agihkan.


Kebuluran

Tikus belanda disimpan sebagai haiwan ternakan mikro di wilayah timur Kivu Utara dan Kivu Selatan, Congo. Kedua-dua wilayah itu berdepan daripada konflik perang selama berdekad-dekad.

Konflik tersebut telah menyebabkan berjuta-juta manusia di situ mengalami kebuluran dan berdepan maut setiap hari.

Makhluk berbulu itu mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan mampu menjadi bekalan makanan yang hebat berbanding ternakan konvensional seperti ayam atau babi.

Kenyataan tersebut diakui oleh Pusat untuk Pertanian Tropika Antarabangsa (CIAT) yang merupakan sebuah institut penyelidikan yang berpusat di Colombia.

"Ia merupakan sumber protein dan mikronutrisi di negara yang mempunyai kadar matnutrisi tertinggi di dunia," kata pegawai rasmi CIAT.

"Bersaiz kecil dan mudah disembunyikan, tikus belanda dengan mudah menyesuaikan diri di zon-zon konflik yang sentiasa berdepan masalah kemiskinan ekstrem dan wilayah tanpa undang-undang.

"Kebanyakan negara-negara seperti itu biasanya berlaku aktiviti menjarah haiwan ternakan tempatan," terangnya lagi.

Haiwan itu turut mempunyai kelebihan lain, ia boleh diberi makan bahan buangan dapur dan secara relatif memerlukan kos pelaburan yang rendah berbanding ternakan lain.

Paling penting, tikus belanda dapat melahirkan anak dengan cepat dengan tikus betina mampu menghasilkan anak kira-kira 10 hingga 15 ekor anak setiap tahun.

"Tikus belanda juga berdepan jenis penyakit yang sedikit, tidak seperti babi, ayam atau arnab. Jika berlaku jangkitan penyakit, kadar penghasilan anak yang tinggi atau populasi boleh pulih semula dalam masa yang singkat," ujar pihak itu lagi.


USAHA mengatasi masalah kebuluran dan malnutrisi melalui pengagihan tikus belanda di Congo mendapat sambutan menggalakkan.


Tingkatkan pengeluaran

Binatang comel itu dibela sebagai haiwan peliharaan di Eropah, tetapi dijadikan bahan makanan di Amerika Selatan terutamanya di Peru.

Rasanya dikatakan boleh menandingi daging babi, ayam atau arnab. Tikus belanda merupakan haiwan natif Amerika Selatan dan sehingga kini masih lagi belum diketahui cara ia sampai ke Congo.

Saintis-saintis di CIAT sedang melakukan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran ternakan itu melalui sebuah projek yang dibiayai oleh kerajaan Jerman.

Pada peringkat awal penyelidikan, ia menyasarkan pada babi, ayam dan itik. Kini, ia dikembangkan dengan memasukkan sekali tikus belanda.

Kajian terhadap tikus belanda itu dijalankan di empat buah kampung Kivu Selatan bagi mencari cara terbaik meningkatkan kuantiti dan kualiti daging.

"Tiada seorangpun saintis di sini yang berfikir bahawa tikus belanda boleh dijadikan pilihan diet ketika projek ini dimulakan. Sekarang, ia menjadi sesuatu yang sangat diperlukan," kata Michael Peters daripada CIAT.

Ia sebenarnya lebih daripada sekadar menternak haiwan, ujar ahli sosiologi CIAT, Wanjiku Chiuri. Sebagai contoh, ramai suri rumah menggunakan hasil jualan haiwan ternakan untuk membayar yuran sekolah.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak dikatakan memberi sumbangan yang signifikan dalam memelihara haiwan ternakan.

"Dengan meningkatkan produktiviti ternakan, kanak-kanak tidak lagi perlu menghabiskan masa yang lama untuk mencari makanan.

"Sebaliknya, ia dapat meningkatkan peluang mereka untuk hadir dan memberi fokus sepenuhnya di sekolah," katanya lagi.

Variasi fungsi HTC One

Posted:

Variasi fungsi HTC One

Variasi fungsi HTC One


REKAAN baharu telefon pintar HTC One membolehkan pengguna tampil bergaya di depan khalayak.


PEMAIN industri mobil, HTC melancarkan telefon pintar terbaharu, HTC One dengan rekaan luaran yang lebih unik dan lain daripada lain iaitu rangka tunggal (unibody) sifar renggang. Ia diperbuat daripada aluminium menjadikannya lebih elegan.

HTC One turut didatangkan bersama fungsi HTC BlinkFeed, HTC Zoe, HTC BoomSound dan HTC Sense.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou, pengguna kini hidup dalam zaman informasi dan berita yang sentiasa dikemas kini pada masa nyata.

"HTC One mengubah semula pengalaman menggunakan mobil dari peringkat asas mencerminkan realiti kehidupan baharu kini," katanya.

Ciri paling ketara dapat dilihat ialah HTC BlinkFeed yang merupakan aliran langsung peribadi pada skrin depan. Ia mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini lama sosial, berita dan imej.

HTC BlinkFeed membolehkan pengguna melihat segala maklumat terkini berkaitan dalam sekali pandang tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web berlainan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved