Ahad, 24 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Acara sukan antarabangsa bantu lonjakkan pelancongan sukan Malaysia

Posted:

Acara sukan antarabangsa bantu lonjakkan pelancongan sukan Malaysia

Acara sukan antarabangsa bantu lonjakkan pelancongan sukan Malaysia

24/03/2013 9:09pm

KUALA LUMPUR - Kejayaan acara sukan antarabangsa tidak syak lagi membawa Malaysia ke arah pembangunan dalam sektor pelancongan sukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata acara sedemikian bukan hanya memberi manfaat dalam satu bidang ekonomi, tetapi turut memacu pelaburan dalam sektor lain misalnya hospitaliti, peruncitan, perdagangan dan industri.

"Dalam acara antarabangsa seperti kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia, ini adalah peluang untuk Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa kita mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menganjurkan acara bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Golf and Country Club, di sini hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin menegaskan inisiatif Maybank dan Persatuan Golf Malaysia (MGA) memupuk bakat golongan muda dan mendidik mereka mengenai skil yang diperlukan untuk berjaya adalah penting bagi memastikan negara ini terus berada di pentas dunia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada bintang yang semakin bersinar dari Thailand, Kiradech Aphibarnrat yang menjuarai Terbuka Malaysia Maybank 2013 hari ini dan pemain amatur ranking tertinggi Malaysia, Gavin Kyle Green yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia. - Bernama

Kolej Poly-Tech Mara Semporna mampu tampung 1,000 pelajar

Posted:

Kolej Poly-Tech Mara Semporna mampu tampung 1,000 pelajar

Kolej Poly-Tech Mara Semporna mampu tampung 1,000 pelajar

24/03/2013 7:50pm

SEMPORNA - Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Cawangan Semporna boleh menampung kira-kira 1,000 pelajar pada satu-satu masa berbanding 400 pelajar sekarang berikutan pembukaan Kampus 2 KPTM di daerah berkenaan.

Majlis perasmian Kampus 2 KPTM yang terletak tidak jauh dari Kampus 1 itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini.

Dengan pembukaan Kampus 2 itu, KPTM Cawangan Semporna kini menawarkan enam kursus atau program berbanding cuma empat sebelum ini.

Kursus yang ditawarkan ialah Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Komunikasi Korporat dan Diploma Pelancongan.

"Pembukaan Kampus 2 KPTM Semporna merupakan satu inisiatif terbaik bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang semakin berdaya saing," ujar Mohd. Shafie. - Bernama

Bayi dilahirkan dua jam sebelum pencerobohan

Posted:

Bayi dilahirkan dua jam sebelum pencerobohan

Bayi dilahirkan dua jam sebelum pencerobohan

24/03/2013 7:30pm

LAHAD DATU - Baru dua jam melahirkan bayi, seorang ibu terpaksa melupakan kesakitannya demi menyelamatkan bayi dan dua lagi anaknya daripada serangan pengganas militan yang menceroboh Kampung Tanjung Labian 3 Mac lepas.

Adawiyah Jannah Maulaha, 25, berkata beliau dan tiga anaknya itu menaiki lori bersama penduduk kampung lain selepas kampung mereka diserang pengganas militan dari Sulu itu.

"Masa tu suami berada di luar kawasan dan kami bertemu di pusat pemindahan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17, dekat sini.

Adawiyah Jannah berkata beliau melahirkan bayinya pada pukul 6.30 petang dan ketika berehat kira-kira dua jam selepas itu, beliau mendengar penduduk kampung menjerit 'lari, lari'.

"Saya bergegas ambil bayi dan dua anak lagi terus keluar dari rumah dan menaiki lori. Semasa mula-mula tiba di sini, saya sedih dan menangis melihat keadaan kami ini, tapi bersyukur kerana selamat," katanya sambil memberitahu bayi perempuan yang dilahirkan itu kini berusia 21 hari dan diberi nama Wan Mauleyanana Amanie Azzyati.

Beliau yang bersyukur kerana selamat daripada ancaman pengganas militan itu, bagaimanapun berkata mereka rindu untuk pulang ke rumah dan berharap ancaman pengganas Sulu dapat dihapuskan segera. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved