Kosmo Online - Negara |
Posted: Empat pengganas ditembak mati
LAHAD DATU - Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembak mati empat pengganas yang bersembunyi di dalam sebuah rumah semalam. Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh. Seorang pengganas turut tercedera dalam kejadian berbalas tembak tersebut. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ketika operasi, pasukan keselamatan telah menjejaki kehadiran dua pengganas Sulu sebelum mereka melarikan diri ke dalam sebuah rumah lalu berlaku pertempuran. Katanya, ketika bertempur, salah seorang pengganas telah lari ke dalam sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan. Dia berjaya melarikan diri. "Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah selepas selesai bertempur sebelum menemui empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak. Salah seorang dewasa dan kanak-kanak itu merupakan perempuan. "Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun terdapat sedikit bekalan makanan yang disimpan di dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Tambahnya, pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemui seorang lagi kanak-kanak yang cedera dan kini dirawat di Hospital Sandakan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Memang sah jeneral Sulu![]() ZULKIFELI (kiri) dan Khalid memberikan situasi terkini Ops Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam. LAHAD DATU - Polis semalam mengesahkan pemimpin utama pengganas Sulu yang diberkas di kawasan berpaya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini kelmarin merupakan Menteri Pertahanan Suluk berpangkat jeneral lima bintang. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, panglima pengganas Sulu yang dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40-an ditahan bersama isterinya, Gina Taves Kiram pada pukul 1.30 pagi ketika cuba melarikan diri di kawasan tersebut. "Ya, saya mengesahkan penangkapan itu adalah mereka," katanya ringkas pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16 dekat sini semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengatakan pasukan keselamatan telah menahan Amirbahar yang dikatakan anak saudara pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III di satu kawasan paya sewaktu cuba melarikan diri bersama isterinya. Turut dirampas pada lelaki berkenaan adalah dua beg yang mengandungi komputer riba, tiga telefon bimbit, kad bank Western Union, kad sim, kad memori, fail mengandungi dokumen Kesultanan Sulu serta wang tunai RM3,000. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Potong zakar bapa, diri sendiri Posted: Potong zakar bapa, diri sendiriOleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM ![]() BAPA suspek yang cedera dibawa ke HSNZ, Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU – Gara-gara terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Ketengah Jaya, Dungun di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara sebelum itu telah memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri. Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas mempercayai ia sebagai persediaan menghadapi kiamat yang kononnya akan berlaku pada Jumaat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan (gambar) berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pulang bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas. Namun, selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan