Selasa, 19 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rakyat Malaysia semakin celik internet

Posted:

Rakyat Malaysia semakin celik internet

Rakyat Malaysia semakin celik internet

19/03/2013 10:46pm

KUALA LUMPUR — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mencatatkan kejayaan besar dalam penyediaan kemudahan internet dengan kadar penembusan jalur lebar pada akhir Oktober 2012 meningkat sehingga 64 peratus berbanding hanya 10.9 peratus pada tahun 2006.

Peningkatan ketara ini merupakan kesan langsung daripada inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang dilancar pada tahun 2009 khususnya melalui pembinaan Pusat Internet Rakyat dan pengagihan komputer riba 1Malaysia kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2012, Jabatan Perdana Menteri, tahun 2011 menyaksikan pelaksanaan program Kampung Tanpa Wayar di kawasan luar bandar dan kerajaan menyediakan akses Internet percuma di situ.

Pada tahun itu sahaja, 1,400 kampung menerima manfaat daripada program ini dan lebih kurang 349,400 komputer riba diagihkan.

Pada tahun 2012, sejumlah 689 kampung menerima akses Internet percuma ini malahan kerajaan turut membina 162 Pusat Internet Rakyat dan 336 menara komunikasi tambahan.

Kementerian itu juga berusaha untuk membaiki keselesaan dan kecekapan perkhidmatan komunikasi rakyat dan negara apabila memperkenal Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan untuk telefon mudah alih awam.

Melalui standard ini, bilangan panggilan terputus tidak boleh melebihi lima peratus nilai ambang dan bermula tahun 2012 program ini diperluas untuk menyediakan statistik panggilan terputus sebanyak dua kali setahun.

Pada Jun 2012, statistik ini menunjukkan hanya 1.3 peratus panggilan terputus. - Bernama

RM7.6 bilion dibelanjakan untuk laksana program NKRA tahun lepas

Posted:

RM7.6 bilion dibelanjakan untuk laksana program NKRA tahun lepas

RM7.6 bilion dibelanjakan untuk laksana program NKRA tahun lepas

19/03/2013 10:39pm

KUALA LUMPUR — Sebanyak RM7.6 bilion atau 58.2 peratus daripada RM10.997 bilion peruntukan bajet dibelanjakan sepanjang 2012 untuk melaksanakan pelbagai program yang digariskan di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), demikian menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2012.

Tujuh NKRA itu ialah mempertingkat pencapaian pelajar (EDU), mempertingkat infrastruktur luar bandar (RBI), mempertingkat taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah (LIH), menangani kos sara hidup rakyat (COL), mempertingkat pengangkutan bandar (UPT), membanteras jenayah (CRI) dan membanteras rasuah (COR).

Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, bajet tertinggi pada tahun lepas disalurkan kepada RBI dengan RM5,277 juta, diikuti dengan COL (RM3,490 juta), UPT (RM1,039 juta), LIH (RM432.9 juta), EDU (RM391 juta), CRI RM356.9 juta) dan COR (RM9.4 juta).

Di bawah NKRA menangani kos sara hidup rakyat, sebanyak 4.18 juta isi rumah meraih manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia berbanding 3.4 juta isi rumah yang disasarkan.

Di bawah NKRA itu, sebanyak 59 buah Kedai Rakyat 1Malaysia dibuka pada tahun 2012 berbanding 60 yang disasarkan manakala bagi Klinik 1Malaysia, 81 buah telah dibuka, melepasi sasaran pada tahun itu, sebanyak 50 buah.

Menurut laporan itu, bagi NKRA COR, sebanyak 19 kementerian daripada 25 kementerian yang disasarkan mendapat skor melebihi 90 peratus dalam Indeks Akauntabiliti Perolehan. Peratusan perbicaraan yang diselesaikan dalam satu tahun juga mencecah 75.5 peratus tahun lepas, berbanding 70 peratus yang disasarkan.

Bagi NKRA, satu daripada program yang dilancarkan ialah melatih dan membangunkan 1,000 orang usahawan wanita menjelang 31 Dis 2012. Bagaimanapun, ia melebihi sasaran iaitu berjaya melatih seramai 1,200 orang.

Sementara bagi usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan isi rumah miskin, 2,010 telah memanfaatkan program itu berbanding 1,500 isi rumah yang disasarkan.

Bagi NKRA RBI, secara keseluruhannya ia mencapai sasaran yang ditetapkan.

Misalnya dalam pembinaan jalan raya, jalan raya sepanjang 520km telah dibina di Semenanjung Malaysia tahun lepas berbanding 462km yang disasarkan, manakala di Sabah 555km jalan raya dibina (sasaran: 454.8km) dan di Sarawak jalan raya sepanjang 478km dibina (sasaran: 433.1km).

Pembekalan elektrik di bawah NKRA juga berjaya memanfaatkan 41,030 isi rumah di seluruh negara, berbanding dengan 39,442 isi rumah yang disasarkan, manakala bagi pembekalan bekalan air bersih, 187,567 isi rumah mendapat manfaat tahun lepas berbanding 201,192 isi rumah yang disasarkan.

Di bawah NKRA UPT, laporan itu mengatakan bahawa bilangan penumpang pengangkutan awam (waktu puncak pagi harian) pada tahun 2012 ialah seramai 334,598 orang berbanding enam juta orang penumpang yang disasarkan. - Bernama

22 maut stesen bas diserang di Nigeria

Posted:

22 maut stesen bas diserang di Nigeria

22 maut stesen bas diserang di Nigeria

19/03/2013 8:24pm

KANO — Sekurang-kurangnya 22 nyawa melayang manakala berpuluh-puluh orang cedera apabila dua pengebom berani mati memandu kereta Volkswagen Golf mereka lalu merempuh sebuah stesen bas di Kano, utara Nigeria.

Jurucakap polis, Magaji Majia berkata, serangan kelmarin turut menyebabkan letupan kuat yang menyebabkan lima buah bas musnah.

"Ketika kejadian, bas yang dirempuh baru memulakan perjalanan ke selatan. Bas berkenaan dan empat bas lain meletup dalam insiden itu," katanya.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu tetapi ia mirip beberapa serangan yang pernah dilakukan kumpulan militan Boko Haram. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved