Kosmo Online - Negara |
- Program transformasi direalisasi
- BR1M akan jadi inisiatif tahunan
- Sabah selama-lamanya sebahagian Malaysia
Program transformasi direalisasi Posted: Program transformasi direalisasiOleh JUNHAIRI ALYASA, LUQMAN RIDHWAN MOHD NOR dan MOHD. HAFIZI AHMAD
KUALA LUMPUR - Inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lalu telah terbukti membawa kejayaan kepada negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Alhamdulilah, ceritera Malaysia ialah cerita kejayaan. Ia cerita harapan yang mengatasi nujum kemusnahan yang tidak mungkin tercipta tanpa gebar keselamatan dan kestabilan pasukan keselamatan negara," katanya. Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya untuk rakyat membuat pilihan tentang hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang. "Saya bagi pihak kerajaan telah pun membentangkan laporan tentang perjalanan yang telah dilalui semenjak tiga tahun lalu. Saya yakin bahawa rakyat bukan sahaja dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, tetapi juga merasai kesannya," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam tadi. Ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen utama negara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
BR1M akan jadi inisiatif tahunan Posted: BR1M akan jadi inisiatif tahunanKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan. Beliau berkata, BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat yang mendatangkan manfaat besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah. "Sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sabah selama-lamanya sebahagian Malaysia Posted: Sabah selama-lamanya sebahagian Malaysia![]() KOMITMEN kerajaan mempertahankan Lahad Datu daripada pencerobohan pengganas Sulu membuktikan kerajaan tidak akan membenarkan seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Untuk itu, beliau menjelaskan, rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan. "Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa pun. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan di sini malam tadi. Beliau memberitahu, insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan. "Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada. "Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan