Khamis, 7 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson berdepan tindakan

Posted:

Ferguson berdepan tindakan

Ferguson berdepan tindakan

FERGUSON bakal berdepan tindakan UEFA atas tindakannya menghindarkan sidang akhbar.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson dan pemain-pemainnya bakal berdepan tindakan disiplin daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana enggan berhadapan dengan media selepas kekalahan kontroversi mereka kepada Real Madrid pada pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara awal pagi kelmarin.

UEFA menjelaskan, badan siasatan disiplin mereka akan meneliti insiden yang berlaku pada perlawanan tersebut dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada 21 Mac ini.

Ferguson bakal berdepan hukuman kerana enggan menghadiri sidang akhbar selepas kekalahan 1-2 kepada Real pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu.

Pengurus The Red Devils itu berang dengan tindakan pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir yang melayangkan kad merah ke atas Nani selepas pemain itu mengangkat kakinya terlalu tinggi sehingga mencederakan pemain Real, Alvaro Arbeloa pada minit ke-56, dan ketika itu, United mendahului 1-0.

Insiden itu jelas memberi kelebihan kepada Real untuk bangkit dan memenangi perlawanan 2-1 sekali gus menyingkirkan United dengan agregat 3-2.

"Tidak timbul isu bagi kami mengenai keputusan pengadil melayangkan kad merah itu.

"Kami akan menunggu laporan rasmi pegawai perlawanan dan juga pegawai pemerhati. Jika mereka mendapati ada isu yang perlu diketengahkan, maka kami akan bertindak," kata jurucakap UEFA.

Peraturan UEFA dalam Liga Juara-Juara mewajibkan setiap pengurus atau jurulatih pasukan menghadiri sidang akhbar selepas perlawanan berakhir.

Pada malam tersebut, Ferguson tidak hadir pada sidang akhbar itu dan hanya menghantar pembantunya, Mike Phelan menggantikannya.

Sementara itu, Nani akan secara automatik digantung satu perlawanan atas kad merah yang diterimanya itu, namun dia akan mengetahui nasib sebenarnya apabila badan disiplin UEFA bersidang 21 Mac nanti.

UEFA bagaimanapun tidak menyebut tentang tindakan yang diambil terhadap pertahanan, Rio Ferdinand yang secara sinisnya menepuk tangan di hadapan muka pengadil, Cuneyt Cakir ketika dia dikerumuni pemain United sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. - Agensi

'Jangan terlalu harapkan kelibat Marlon'

Posted:

'Jangan terlalu harapkan kelibat Marlon'

'Jangan terlalu harapkan kelibat Marlon'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PEMAIN ATM diingatkan agar tidak terlalu mengharapkan Marlon (kanan) untuk merobek gawang pasukan lawan.


"JANGAN terlalu mengharapkan Marlon."

Demikian tegas jurulatih skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan menjelang aksi menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Lumut malam ini.

Sathianathan mengingatkan barisan pemainnya agar tidak terlalu bergantung dengan kudrat penyerang import, Marlon Alex James untuk memusnahkan kubu lawan.

Sathianathan menyedari peluang ATM untuk meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan pasti sukar sekiranya tanggungjawab merobek gawang hanya disandarkan kepada Marlon.

Ini kerana, bekas jurulatih Kelantan itu menyifatkan Perak merupakan pasukan yang cukup kuat terutama pada posisi pertahanan, dan beliau menggesa anak-anak buahnya memberikan aksi terbaik dalam usaha merampas kedudukan sebagai pendahulu liga daripada Johor Darul Takzim.

Untuk rekod, Marlon muncul sebagai penjaring terbanyak liga ketika ini selepas meledak tujuh gol dalam sembilan perlawanan.

"Saya tidak mahu anak-anak buah saya terlalu mengharapkan Marlon untuk mencari gol.

"Kita perlu sedar bahawa Perak merupakan pasukan kedua yang kurang dibolosi (enam gol) selepas Lions XII (lima gol) dalam saingan Liga Super setakat ini.

"Jika kami terlalu mengharapkan Marlon, sudah tentu ia menyukarkan ATM dalam usaha meraih tiga mata di Lumut. Jadi, saya berharap ada pemain lain tampil memberikan sumbangan kepada ATM," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam perkembangan lain, Sathianathan tidak menolak dakwaan bahawa fokus barisan The Gladiators sedikit sebanyak terjejas selepas tewas 2-3 kepada Terengganu pada 23 Februari lalu.

Jelasnya, skuad kendaliannya harus bangkit dengan memberikan persembahan lebih bertenaga dalam misi memburu tiga tempat teratas liga.

"Mungkin moral ATM sedikit merudum selepas tewas kepada Terengganu, tetapi dalam tempoh seminggu lalu, saya menyaksikan barisan pemain telah memberikan aksi terbaik dalam sesi latihan.

"Saya berpuas hati persembahan ATM ketika berjaya mengikat Pahang tanpa jaringan di Kuantan, awal bulan ini. Jadi, saya yakin moral pemain-pemain saya akan lebih meningkat sekiranya berjaya menewaskan Perak."

Perjuangan Juventus bermula

Posted:

Perjuangan Juventus bermula

Perjuangan Juventus bermula


PEMAIN-PEMAIN Juventus melonjak kegembiraan selepas layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


TURIN, Itali - Jurulatih Juventus, Antonio Conte menegaskan bahawa perjuangan kelab gergasi Itali itu dipentas Eropah baru bermula.

Conte menyuarakan keyakinan itu selepas Juventus menewaskan Celtic 2-0 pada aksi kalah mati kedua di Stadium Juventus awal pagi semalam.

Juventus menempah slot ke suku akhir dengan agregat 5-0 hasil kemenangan 3-0 ke atas juara Liga Scotland itu di Celtic Park bulan lalu.

Pada aksi tersebut, Celtic menampilkan aksi yang positif pada babak pertama tetapi ketinggalan 1-0 seawal minit ke-24 hasil jaringan Alessandro Matri.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan pelawat menggandakan usaha bagi memberikan tekanan kepada Juventus tetapi gagal menembusi benteng pertahanan juara Serie A itu.

Bagaimanapun, impian Celtic untuk mara ke kelompok lapan pasukan terakhir lebur selepas Fabio Quagliarella menjaringkan gol kedua Juventus pada minit ke-65.

Untuk rekod, kali terakhir Juventus mara ke suku akhir pada kempen Liga Juara-Juara adalah pada 2006 sebelum disingkirkan oleh Arsenal.

Menjelang undian aksi suku akhir minggu depan, Conte yang mendapat tepukan gemuruh para penyokong Celtic dan tuan rumah berkata, juara Itali itu tetap merendah diri apabila diundi bertemu pasukan gergasi seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Real Madrid.

Ketika ditanya mengenai strategi untuk menghadapi perlawanan seterusnya, Conte yang menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Juventus ketika masih bergelar pemain pada 1988 berkata: "Kami perlu menunggu keputusan undian.

"Saya lebih suka untuk mendiamkan diri. Jadi, kami perlu memantau dan melihat pemain mana yang sesuai serta siapa yang bakal kami temui.

"Kini, kami berada dalam situasi yang sangat positif tetapi ada kebaikan dan keburukan. Saya harap, kami mampu menghadapi cabaran yang mendatang.

Sementara itu, Juventus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara Serie A selepas memiliki kelebihan enam mata di depan pencabar terdekat, Napoli.

Begitupun, Conte berkata, situasi sekarang sangat penting terutamanya pada peringkat ini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved