Jumaat, 22 Mac 2013

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Layang-layang bawa Fadzil jelajah dunia

Posted:

Layang-layang bawa Fadzil jelajah dunia

Layang-layang bawa Fadzil jelajah dunia

RUANG udara Pasir Gudang dipenuhi dengan layang-layang sempena Festival Layang-Layang Sedunia ke 18 di Bukit Layang-Layang, Johor Bahru, Johor.


PERNAH suatu ketika dahulu, Deputi Superitendan Mohd. Fadzil Ali beranggapan bahawa bermain layang-layang hanya sekadar hobi picisan atau sekadar permainan tradisi anak kampung. Namun, Mohd. Fadzil terkesima seketika apabila mendapati sesetengah pelayang antarabangsa menjadikan ia sebagai kerjaya profesional mereka.

"Berkenalan dengan pelayang dari seluruh dunia menerusi beberapa festival, telah menepis persepsi saya bahawa bermain layang-layang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.

"Saya mengambil contoh di Shenzen, China, mereka menjadikan layang-layang sebagai satu industri. Di situ juga terdapat kilang khas untuk membuat dan mereka cipta teknologi layang-layang," kata anak kelahiran Merlimau, Melaka ketika ditemui di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-18 di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang baru-baru ini.

Pegawai Polis di Bahagian Pentadbiran Bahagian Agama dan Kaunseling, Bukit Aman itu leka bercerita. Ujarnya, senario di India lebih menakjubkan. Pada setiap 14 Januari, negara itu diisytiharkan cuti umum.

Seluruh penduduk di pelosok India termasuk penggemar layang-layang dari seluruh dunia akan menerbangkan layang-layang ke angkasa biru.

Sesetengah penganut agama juga, menjadikan festival itu sebagai acara spiritual dalam memuja semangat angin.

Berterbangan di udara

"Namun yang paling signifikan dan mencuri tumpuan saya, majoriti daripada pelayang akan bermain atas bumbung rumah dan akan berlawan sesama sendiri dengan memutuskan layang-layang masing-masing.

"Ketika itu, kita akan menyaksikan berjuta layang-layang yang berwarna-warni akan melayang di ruang udara dan hal ini juga menarik perhatian menteri di sana untuk merasakan kehangatan festival itu," katanya penuh teruja.

Mohd. Fadzil sendiri sedang mengorak langkah untuk menjadi pelayang profesional. Beliau mula aktif bermain layang-layang sejak tahun 2004.

Kini dia bernaung di bawah Persatuan Pelayang Johor yang kini terdapat kira-kira 50 pelayang. Sejak itu, dia sudah mengembara jauh ke Perancis, India, China, Vietnam,

MOHD. FADZIL (kanan) menunjukkan layang-layang bertemakan polis trafik dan mat rempitnya.


Kemboja dan banyak lagi negara untuk melayangkan layang-layang jenama Malaysia.

"Sampai sekarang saya tak percaya yang layang-layang telah membawa saya merantau ke serata dunia," ujarnya.

Sambil merenung layang-layang yang berterbangan di awan, pegawai polis itu bercerita tentang perbezaan layang-layang tempatan dan antarabangsa.

"Layang-layang ada banyak jenis dan Malaysia punya yang paling unik kerana kita masih mengekalkan ciri-ciri pembuatan tradisional.

"Kita masih menggunakan kertas, buluh dan masih mengamalkan proses meracik buluh dengan pisau dan ia sama sekali berlainan dengan buatan antarabangsa," jelasnya.

Bagi menonjolkan identiti Malaysia, lelaki ini berkata, lazimnya para pelayang tempatan akan menerbangkan layang-layang imej orang utan, buaya, harimau, petai mahu pun keris.

Sambung Mohd. Fadzil, layang-layang negara Barat diklasifikasikan sebagai layang-layang moden.

"Dalam pembuatan layang-layang seperti itu mereka menggunakan bahan-bahan seperti karbon, spa, kain ripstop, kain nilon dan kain payung.

"Mengapa mereka tak menggunakan kertas seperti kita? Jawapannya kerana kadar tiupan angin di sana sangat kuat, jika gunakan kertas, layang-layang akan koyak," katanya yang mempertaruhkan layang-layangnya yang dinamakan Polis Trafik Naik Motosikal Kejar Mat Rempit pada pertandingan kali ini.

Kikis stigma

Mohd. Fadzil cuba mengikis stigma masyarakat yang memandang sebelah mata permainan tradisi kebanggaan Melayu ini.

Anak kelahiran Melaka ini memberitahu, untuk menjayakan hobi bermain layang-layang kosnya agak tinggi.

"Untuk menyertai festival bertaraf dunia, saya terpaksa membeli layang-layang dari New Zealand sebelum mengubah suainya mengikut cita rasa tempatan dan harganya berjumlah RM20,000.

"Malaysia masih belum mampu menghasilkan teknologi layang-layang mengikut piawaian antarabangsa lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seni pembuatan layang-layang sebenarnya tidak mudah. Hal itu diakui sendiri oleh seorang lagi pelayang tempatan, Syed Nurfaizal Syed Mokhtar, 36, dari Perlis.

Ujarnya, persiapan dan penyediaan layang-layangnya yang diberi nama Paul Perlis agak rumit dan mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

"Kain yang digunakan adalah daripada jenis ripstop yang ditempah dari China," katanya.

Beritahu Syed Nurfaizal, Paul Perlis yang berbentuk jejari sotong berukuran 50 meter panjang dan berat 16 kilogram memerlukan angin yang kuat untuk diterbangkan.

"Faktor angin dan cuaca merupakan faktor penting untuk menerbangkan layang-layang selain kehebatan teknologinya," ujarnya yang berpengalaman luas dalam membuat persembahan layang-layang di Indonesia dan Thailand selain pernah menyertai pertandingan di Berk, Perancis dua tahun lalu.


PESERTA Orang Kurang Upaya dari Korea Selatan, Jacqui bermain layang-layang Inflatable Legs.


Sebenarnya minat terhadap layang-layang setara dengan mereka yang minat memancing, kata seorang pelayang tempatan, Mohd. Zain Abd Hamid, 43. Ujarnya, masa yang agak lama untuk menghasilkan sebuah layang-layang adakalanya menguji kesabaran diri, namun beliau tidak patah semangat.

"Saya dan rakan-rakan bersengkang mata untuk menyiapkannya kerana kami hadir ke sini bukan untuk bertanding atau membuat persembahan, tetapi mahu menonjolkan kreativiti untuk menjamu mata pengunjung," katanya sambil membetulkan kain layangnya.

Sebanyak 836 pelayang dari 36 negara menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang anjuran kerajaan negeri Johor dengan kerjasama MPPG, Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Malaysia.

Masing-masing dari negara China, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Brunei serta empat negara peserta baharu iaitu Colombia, Rusia, Ukraine dan Zambia.

Seorang peserta dari Jerman, Oliver W. Matt, 50, menggambarkan dia sudah sinonim dengan festival ini.

Tonjolkan identiti

"Saya sudah tiga kali menyertainya, menang atau kalah bukan soal utama. Selain suka bermain layang-layang, di sinilah saya dapat melihat keunikan yang dibawa peserta yang menunjukkan kemahiran mereka mencipta layang-layang yang kreatif dengan budaya masing-masing.

"Dalam banyak-banyak negara, saya kagum dengan Malaysia kerana mereka menjadikan layang-layang untuk menonjolkan seni dan identiti negara mereka," ujar W. Matt sambil memberitahu layang-layang juga digemari oleh rakyat di negaranya.

Pelayang dari Austria, Helmut. C. Georgi, 61, pula terpesona dengan pembuatan layang-layang dari Jepun.

"Pelayang Jepun sangat bijak, mereka menonjolkan motif bunga sakura yang sangat cantik dan cara itu sekali gus berjaya mempromosikan budaya mereka," katanya.

Helmut merupakan antara pelayang yang paling senior dalam festival kali ini.

"Saya sudah menyertai festival layang-layang ini sebanyak 15 kali. Setiap tahun peserta melakukan pembaharuan dan menunjukkan kepakaran mereka mencipta layang-layang yang bersaiz kecil sehinggalah besar, itulah yang dinamakan kreatif dan dinamik," katanya.

Bufet untuk gajah

Posted:

Bufet untuk gajah

Bufet untuk gajah


SEKUMPULAN gajah dibawa berarak sebelum dijamu dengan pelbagai jenis buah-buahan.


MEJA makan bersaiz besar disediakan khas di tengah-tengah sebuah kawasan terbuka di Mae Sa, Chiang Mai. Di atas meja itu, limpahan buah-buahan dihidangkan dengan konsep bufet atau makan sehingga kenyang.

Namakan apa sahaja pisang, tebu, betik, nanas, jambu, buah naga, tembikai, jagung dan banyak lagi tersusun rapi. Sekali pandang, makanan tersebut mungkin memerlukan lebih 400 hingga 500 orang untuk menghabiskannya.

"Tambah lagi! Tambah lagi! kita perlukan lebih banyak buah-buahan. Di meja tengah, tetamu istimewa kita sudah kehabisan tebu, tolong isi lagi tebu di mejanya," jerit seorang lelaki, Kiol Chanarong mengarahkan beberapa petugas di situ mengangkat lebih banyak makanan.

Berbeza daripada bufet makan biasa, namun hari itu sajian yang dihidangkan bukanlah untuk orang sebaliknya 52 ekor gajah.

Menjadi salah satu simbol utama negara Thailand, gajah sememangnya mempunyai tempat istimewa di hati rakyat negara itu.

Disebabkan itulah, negara berkenaan mengisytiharkan 13 Mac setiap tahun sebagai Hari Gajah Kebangsaan.

Pada hari tersebut, gajah diberi layanan istimewa bak raja apabila dimandikan, dihias cantik, dibawa berarak dan sudah tentunya dilimpahkan dengan berkilogram makanan.


SEEKOR gajah memilih pelbagai jenis buah-buahan yang diatur bertingkat di Zoo Kao Kaew di Chonburi, Bangkok.


Hari Gajah Kebangsaan disambut di seluruh Thailand, malah tahun ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra turut menyambutnya di Ayutthaya.

Selain menunjukkan betapa eratnya hubungan penduduk Thailand dengan gajah, Hari Gajah Kebangsaan juga diadakan untuk menyebarkan kesedaran ramai tentang ancaman kepupusan haiwan itu.

"Hari ini, di seluruh dunia gajah diburu atas pelbagai sebab komersial. Disebabkan itu, anak-anak kita perlu dididik tentang kesedaran untuk mencintai haiwan ini," ujar Pengarah Zoo Kao Kaew, Suriya Sangpong yang turut meraikan sembilan ekor gajah di zoo berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved