Rabu, 27 Mac 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Sam miliki kriteria lelaki idaman Syatilla

Posted:

Sam miliki kriteria lelaki idaman Syatilla

Sam miliki kriteria lelaki idaman Syatilla

PEMBABITAN Siti Nur Syatilla Amirol Melvin atau sinonim dengan panggilan Syatilla Melvin dalam bidang lakonan boleh dianggap masih setahun jagung, namun dia dilihat antara segelintir pelakon wanita yang agak pantas menempa populariti dalam industri hiburan tempatan.

Bagaimanapun, ia bukan disebabkan lakonannya yang telah memberikan impak kepada penonton, sebaliknya kisah peribadi pelakon yang dikenali menerusi drama Julia itu lebih menjadi tumpuan ramai setelah timbul gosip mengenai hubungan cintanya dengan Shaheizy Sam.

Gosip mengenai hubungan mereka berdua mula timbul setelah Sam dikatakan menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla di Parit Buntar pada tahun lalu sehingga menimbulkan pertanyaan ramai peminat.

Biarpun Syatilla dan Sam masing-masing telah membuat penjelasan dan penafian hubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua, namun masih ada lagi segelintir pihak yang kurang yakin dan menganggap kedua-duanya memang benar-benar bercinta.

Berkesempatan menemui Syatilla di lokasi penggambaran drama telefilem Wasilah Cinta di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor minggu lalu, pelakon itu menyatakan dia sudah mula bosan apabila diajukan pertanyaan yang sama.

"Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, saya dan Sam tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta kerana hubungan kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa sahaja.

"Kami sudah berkawan selama tiga tahun dan setakat ini saya selesa berkawan dengan Sam. Ini kerana dia merupakan seorang teman yang baik dan saya turut kagum dengan kejayaan yang diraihnya sepanjang bergelar pelakon," jelasnya mengenai hubungan dengan Sam.

Ketika ditanya mengenai perasaannya terhadap Sam sepanjang tiga tahun mengenali anak kepada pelakon Khaty Fauziah itu, Syatilla mengakui dia begitu menyayangi Sam.

Namun begitu, sayangnya terhadap Sam tidak lebih daripada sayang terhadap seorang teman dan dia tidak mahu sebarang gosip yang timbul itu akan menjejaskan hubungan mereka berdua.

"Sam merupakan seorang lelaki yang sangat kelakar serta begitu mengambil berat terhadap orang di sekelilingnya dan itu merupakan antara kriteria lelaki idaman saya.

"Kalau ditanya tentang jodoh pula semuanya saya serahkan kepada Allah dan buat masa ini, saya mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu memandangkan usia saya masih lagi muda," ujar pelakon yang baru mencecah usia 22 tahun itu.

Menurut Syatilla, dengan penjelasannya itu dia berharap agar tiada lagi yang mengungkit tentang gosip percintaannya dengan Sam kerana sudah banyak penjelasan yang dibuat dan dia mula berasa rimas sekiranya terus ditanya perkara yang sama.

Ujarnya, dia lebih selesa sekiranya orang ramai memperkatakan tentang kerjaya lakonannya berbanding kisah peribadi memandangkan kini dia sedang berusaha untuk mencipta nama agar mampu berdiri sebaris dengan pelakon sedia ada.

"Mengenai kisah peribadi saya, biarlah diri saya sendiri yang tahu dan tidak semuanya yang boleh dikongsikan. Saya tidak mahu dikenali ramai kerana cerita-cerita sensasi," ujarnya.


SAM


Tidak tumpang populariti

Berkenaan dengan gosip percintaan dengan Sam, ada segelintir pihak yang menganggap Syatilla tidak lebih sekadar mahu menumpang populariti pelakon itu, memandangkan dia baru sahaja mula menapak dalam bidang lakonan.

Syatilla bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut, memandangkan selama ini dia berusaha keras untuk mencipta nama sebagai pelakon dan membantu keluarga di kampung.

"Saya sudah lama mengenali Sam dan kalau mahu berbuat demikian sudah lama saya lakukan, namun saya lebih suka sekiranya apa yang diperoleh itu adalah hasil usaha sendiri.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus merantau ke Kuala Lumpur dan sudah melakukan pelbagai kerja sehinggalah mendapat peluang berlakon pada tahun lalu.

"Dengan peluang yang diperoleh sudah tentu saya tidak akan sia-siakan sama sekali," jelasnya.

Ujar Syatilla, dia kini sangat bersyukur memandangkan kerjaya lakonannya yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran lakonan, meskipun masih lagi baru berkecimpung dalam bidang seni.

"Setakat ini saya berasa cukup bertuah dengan rezeki lakonan yang tidak putus-putus dan gembira kerana kebanyakan pengarah sudah mula nampak kemampuan dan bakat lakonan saya.


SYATILLA (tengah) semasa penggambaran telefilem, Wasilah Cinta baru-baru ini.


"Meskipun pernah hampir berputus asa menjadi seorang pelakon, akhirnya bidang lakonan sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan mahu terus berusaha untuk mencipta kejayaan," ujarnya.

Mengenai perkembangan kerjaya lakonannya pula, Syatilla menyatakan, dia bakal melangkah setapak lagi apabila bakal muncul di layar perak menerusi filem sulungnya berjudul Romeo Kota arahan Ahmad Idham.

Kasar

Di sebalik wajah lembut yang dimiliki oleh Syatilla, mungkin ramai yang tidak menyangka pelakon itu sebenarnya berperwatakan kasar dan gemarkan aktiviti lasak.

Pada masa yang sama, dia mengakui ramai pihak yang akan menganggapnya sebagai seorang gadis yang sombong sekiranya tidak mengenali diri dan sikapnya yang sebenar.

"Salah satu sebab saya memiliki perwatakan kasar kerana adik-beradik saya semuanya perempuan. Selain itu, saya juga gemar mengikut ayah konvoi bersama-sama rakannya menaiki motor besar.

"Semasa bersekolah pula saya memiliki ramai kawan-kawan lelaki serta aktif bersukan seperti lumba lari, lompat tinggi dan bola baling," ujar anak kedua daripada lima orang beradik itu.

Menurut Syatilla, sikap kasarnya itu tidak menjadi satu masalah yang besar buat dirinya dan kini dia beransur-ansur mengikis sikap sedemikian agar dilihat sebagai seorang gadis yang lebih sopan dan matang.

Saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja! – Rita Rudaini

Posted:

Saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja! – Rita Rudaini

Saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja! – Rita Rudaini


ADI PUTRA tidak ketinggalan digosip dengan Rita Rudaini.


NAMA aktres jelita Rita Rudaini nampaknya semakin hangat. Selain sibuk naik turun mahkamah kerana masalah rumah tangganya bersama suami, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang masih belum menemui titik noktahnya, timbul pula isu bahawa suaminya itu pernah melarangnya berlakon dengan aktor kelahiran Singapura.

Banyak spekulasi timbul biarpun selepas dua aktor kelahiran Singapura, Adi Putra dan Aaron Aziz memberi komen masing-masing berhubung isu tersebut.

Sebelum ini Rita pernah berlakon dalam filem Balistik dan drama Sehangat Asmara bersama Adi Putra, selain bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama Rahsia Hati.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu, ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita baru-baru ini.

Kosmo!: Bagaimanakah isu Aidil melarang Rita berlakon dengan aktor Singapura ini boleh timbul?

RITA: Sebenarnya isu yang dibangkitkan ini merupakan isu lama bermula awal tahun lalu sebelum rumah tangga saya bergolak lagi. Ketika itu wartawan ada bertanya kepada saya kenapa kurang berlakon dan saya jawab untuk tumpu perhatian pada keluarga. Saya berlakon jika suami izinkan sahaja dan tidak akan berlakon dengan pelakon lelaki yang tidak diizinkan suami.

Jika isu lama kenapa boleh timbul kembali?

Cerita ini ada keluar dalam sebuah blog, kemudian sebuah lagi blog menggunakan artikel yang sama tetapi menambah perasa dan putar belit cerita untuk melariskan blognya. Orang yang baca ingat isu itu berlaku sekarang sedangkan isu itu sudah lama, itu yang menyebabkan saya marah. Jika ingin melariskan blog masing-masing janganlah buat dosa, kalau mahu tahu kisah sebenar teruslah tanya pada saya.

Adakah anda ada baca komen peminat berhubung isu ini?

Ya, saya ada baca komen orang luar mengenai isu ini di internet. Apa yang mengejutkan, mereka lebih tahu tentang hal rumah tangga saya berbanding diri saya sendiri. Jika tidak tahu, jangan beri komen kerana perkara yang kecil akan menjadi besar apabila ramai orang yang cuba masuk campur.


RITA RUDAINI dan Aaron Aziz dalam satu babak drama, Rahsia Hati.


Apakah perasaan anda apabila peminat dan orang luar terlalu lantang bersuara tentang isu ini dan rumah tangga anda?

Terus terang saya sedih. Mereka cukup lantang memberi komen sedangkan yang berada di tempat itu adalah saya. Secara tidak langsung komen yang diberikan memberi kesan kepada saya yang sudah ada masalah rumah tangga.

Mungkinkah isu terbaharu ini memberi kesan kepada kerjaya lakonan anda?

Orang yang kenal saya secara profesional akan hubungi dan bertanya kepada saya. Buat masa ini, kerjaya saya berjalan seperti biasa kerana siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya berkerja. Sekarang saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja.

Maksudnya Rita sudah tidak mengikut cakap suami?

Saya ada alasan kenapa tidak ikut cakap suami sekarang ini. Apa yang saya tahu, saya tidak perlu ikut cakap suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dengan cara yang betul. Lakonan merupakan periuk nasi saya, jika saya tidak bekerja, siapa yang akan menyara saya dan anak-anak?

Selagi, saya tidak jatuhkan maruah seorang wanita dan cari rezeki yang halal untuk diri saya serta anak-anak, saya akan terus berlakon dengan sesiapa sahaja.

Khabarnya anda sekarang ligat berniaga?

Alhamdulillah, dalam saya sibuk kerja dan akan ke mahkamah pada 3 April serta 6 Mei depan, Allah beri rezeki kepada saya. Saya tidak pernah merancang untuk ceburi perniagaan kecantikan iaitu kolegen. Mulanya sekadar untuk suka-suka sahaja serta berkongsi rahsia kecantikan. Sekarang menjadi serius apabila semakin ramai pelangan memberi respons positif. Perniagaan saya baru sebulan lebih dan dalam proses untuk ke pasaran yang lebih besar.

Wanita Hari Ini lebih segar

Posted:

Wanita Hari Ini lebih segar

Wanita Hari Ini lebih segar

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


NABIHAH (kiri) diberi tanggungjawab menggalas tugasan untuk mengendalikan segmen fesyen dalam salah satu slot program bual bicara Wanita Hari Ini.


TAHUN ini genap 12 tahun program bual bicara Wanita Hari Ini disiarkan di TV3. Program bual bicara yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 12 tengah hari hingga 1 petang itu kini tampil dengan musim baharu.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Siti Hatija Yusof, sempena musim baharu, Wanita Hari Ini memperkenalkan set yang lebih elegan, segmen-segmen baharu dan juga pengacara baharu iaitu Nabihah Rosdi.

"Nabihah merupakan salah seorang peserta Top Host 2010. Selama dua tahun dia bekerja di belakang tabir sebelum kami jadikan dia pengacara Wanita Hari Ini.

"Sengaja kami lakukan begitu kerana mahu dia mempunyai pengalaman yang luas dalam selok-belok dunia kewartawanan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya, kepetahan Nabihah dalam mengacara juga menjadi platform gadis lulusan ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris (TESL) dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dipilih sebagai pengacara Wanita Hari Ini.

Siti Hatija memberitahu, bukan sahaja segmen baharu malah Wanita Hari Ini turut menggabungkan segmen terdahulu untuk menjadikan kandungan program tersebut lebih menarik dan segar.

Ulasnya, setiap hari Isnin, Wanita Hari Ini akan membincangkan topik kecantikan, fesyen dan trend masa kini. Khusus bagi kaum wanita yang prihatin dan menitikberatkan kesihatan, siaran hari Selasa adalah rujukan terbaik.

Beralih dari segmen kesihatan, kata Siti Hatija, segmen hari Rabu pula memaparkan topik bualan hangat dan isu-isu semasa yang membabitkan wanita, remaja dan anak-anak kecil.

"Wanita Hari ini juga memperkenalkan segmen Dari Fail Mahkamah sebagai topik mingguan pada setiap hari Khamis. Wanita Hari Ini ibarat seperti majalah. Kita kena pandai uruskan topik supaya ia menjadi ringan tetapi dalam masa yang sama, lain daripada lain serta menarik.

"Disebabkan itu, segmen Asam Garam Rumah Tangga yang bersiaran pada setiap hari Jumaat dikekalkan kerana ia diminati ramai," ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut pengacara baharu, Nabihah, dia bersyukur kerana pengalaman yang ditimba selama dua tahun bekerja di belakang tabir membuatkannya faham mengenai perjalanan dan cara kerja program bual bicara wanita itu.

Mengakui berasa takut dan gementar bila pertama kali muncul sebagai pengacara program, Nabihah juga pernah berasa berbelah bahagi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program itu.

"Mula-mula hati saya rasa berbelah bahagi sebab saya tidak tahu sama ada dapat pikul tanggungjawab atau tidak mengacarakan program siaran langsung. Bagaimanapun, saya sahut cabaran tersebut," ulasnya.

Selain Nabihah, program Wanita Hari Ini masih mengekalkan barisan pengacara lama iaitu Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida dan Irin Putri.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved