Sabtu, 2 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penebusan jalur lebar isi rumah kini 66.7 peratus

Posted:

Penebusan jalur lebar isi rumah kini 66.7 peratus

Penebusan jalur lebar isi rumah kini 66.7 peratus

02/02/2013 6:49pm

MIRI – Kadar penebusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara kini mencecah 66.7 peratus berbanding hanya 22 peratus pada 2008.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata, setakat suku ketiga tahun lepas, jumlah pelanggan telefon selular di negara ini telah melebihi 39 juta.

Selari dengan perkembangan positif di peringkat kebangsaan, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Sarawak juga menunjukkan petanda positif dengan 54.9 peratus setakat ini, kata kenyataan itu yang dikeluarkan sempena Karnival Jalur Lebar 1Malaysia, di sini.

"Untuk meluaskan lagi penggunaan jalur lebar di luar bandar, lebih banyak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Kampung Tanpa Wayar (KTW) telah dibangunkan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu di Sarawak terdapat empat Pusat Internet Desa, 34 PI1M dan 828 KTW setakat ini. – BERNAMA

Dera: Kenyataan nenek dan ibu bapa diambil

Posted:

Dera: Kenyataan nenek dan ibu bapa diambil

Dera: Kenyataan nenek dan ibu bapa diambil

02/02/2013 6:12pm

KUALA LUMPUR – Polis merekodkan kenyataan nenek dan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang mati di kediamannya di Semenyih dekat sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu malam tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

"Polis juga mengambil kenyataan ibu mentua bapa kanak-kanak itu hari ini selain mengambil keterangan dua lagi anggota polis yang tiba ke rumah ibu bapa kanak-kanak pada Khamis lepas selepas menerima aduan mengenai kematiannya," kata Ab Rashid di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan bedah siasat ke atas kanak-kanak itu, Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shah adalah mangsa dera berdasarkan hasil bedah siasat itu di Hospital Serdang.

Punca kematian Muhammad Irfan Raiyan adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki. - BERNAMA

Bergaduh: Buruh mati ditetak sekumpulan lelaki

Posted:

Bergaduh: Buruh mati ditetak sekumpulan lelaki

Bergaduh: Buruh mati ditetak sekumpulan lelaki

02/02/2013 5:15pm

ALOR SETAR – Seorang buruh maut akibat ditetak dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berdekatan tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar di sini semalam.

Mohd Najib Bakar, 37, yang mengalami cedera parah di kepala dan leher serta kedua-dua belah kakinya, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 malam.

Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mangsa berlumuran darah, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit dan motif kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved