Isnin, 25 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia berdepan misi sukar

Posted:

Malaysia berdepan misi sukar

Malaysia berdepan misi sukar

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


MALAYSIA berdepan laluan sukar pada PSAS tahun ini kerana semua pasukan bertanding antara yang terbaik dalam ranking dunia.


SKUAD hoki negara bakal berdepan cabaran sukar dalam misi mencipta kejutan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2013 yang bakal berlangsung di Ipoh, 9 hingga 17 Mac depan.

Ini kerana empat pasukan yang beraksi dalam Trofi Juara-Juara di Melbourne tahun lalu iaitu kejohanan utama dalam kalendar hoki dunia, bakal menghantar pasukan terkuat mereka pada kejohanan ini yang reputasinya mula dilihat antara berprestij di Asia.

Pasukan No. 2 dunia, Australia bakal menghantar skuad gabungan pemain berpengalaman dan muda dalam misi merangkul gelaran ketujuh mereka dalam PSAS manakala juara bertahan, New Zealand pula sudah pasti mahu mempertahankan gelarannya biarpun melakukan kejutan dengan menghantar pemain muda.

Berdasarkan ranking dunia, Malaysia yang dibimbing jurulatih baharu, Paul Revington kini menduduki ranking ke-13 dunia dan paling terendah dalam kalangan tiga pasukan Asia yang lain iaitu Pakistan (ke-5), Korea Selatan (ke-8) dan India (ke-11).

Jurulatih Australia, Ric Charlesworth menjelaskan, tujuh pemain dalam skuad yang menjuarai Trofi Juara-Juara di Melbourne tahun lepas akan digabungkan dengan pemain muda yang hanya membuat beberapa penampilan di pentas antarabangsa sebelum ini.

"Kami akan menggabungkan tujuh pemain dalam skuad yang memenangi Trofi Juara-Juara tahun lepas, lima pemain baharu dan yang selebihnya pemain yang pernah membuat beberapa penampilan dalam skuad senior di PSAS nanti," kata Charlesworth dalam laman web PSAS baru-baru ini.

"Dengan gabungan ini, PSAS 2013 akan menjadi platform terbaik bagi pemain-pemain muda ini mengutip pengalaman dan ia juga adalah sebahagian daripada program pembangunan kami.

"Kami memiliki tiga pemain daripada skuad Olimpik 2012 dan berharap dapat mencapai hasil yang lebih baik selepas pemain-pemain ini dikumpulkan sejak lima tahun lalu," jelasnya lagi.

Sementara itu, New Zealand yang menewaskan Argentina 1-0 pada final tahun lepas, berada di ranking keenam dunia dan akan turun dengan misi menjadi pasukan kedua mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut selepas Australia melakukannya pada 2004 dan 2005.

Jurulatihnya, Colin Batch menjelaskan, beliau bakal menurunkan barisan muda pada kempen kali ini sebagai pendedahan pasukannya dalam menghadapi kejohanan utama pada tahun 2013.

"Kami pulang dari kem latihan dengan hasil yang positif dan ada beberapa pemain baharu beraksi dengan baik dan patut diberi peluang beraksi dalam skuad ini.

"Saya kagum dengan kualiti pemain-pemain muda kami. Pengalaman dalam kejohanan antarabangsa sangat penting sebagai usaha pembangunan untuk masa hadapan dan PSAS sudah pasti menjadi program utama kami."

FAM terlalu kebal

Posted:

FAM terlalu kebal

FAM terlalu kebal

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik badan induk bola sepak negara itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan ramai 'kawan' yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.

Pengkritik sukan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk bola sepak negara itu, boleh mengundang perasaan benci peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.

"FAM seharusnya lebih bersifat terbuka, menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari nanti, semua orang jemu dengan tindakan FAM.

"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini, dan bukannya sibuk menjatuhkan hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa terbaharu Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.

Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi mangsa hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhkan hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuatkan penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.

"FAM memang dibenci peminat sejak dari dahulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM," katanya.

Beliau berkata, peminat dan persatuan bola sepak negeri boleh diibaratkan sebagai 'mentimun' dan FAM pula adalah 'durian' yang sentiasa kebal dan tidak terjejas dengan apa juga kritikan.

Lekir berkata, kelab penyokong bola sepak Malaysia itu menyokong tindakan berani Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam hampir semua saingan Liga Malaysia.

"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya," kata beliau.

Sementara itu, menurut sumber dalaman FAM, Artikel 88 FAM menyebabkan mereka terpaksa 'mengunci mulut' masing-masing daripada mengemukakan sebarang kritikan ataupun teguran kepada FAM.

"Kita tidak boleh terlampau mengikut emosi dalam mengeluarkan kenyataan kerana terikat dengan peraturan FAM. Sekiranya FAM berkuasa menjatuhkan hukuman kepada timbalan presiden, inikan pula kepada ahli biasa," katanya.

– Bernama

Arrendondo tawan puncak Genting

Posted:

Arrendondo tawan puncak Genting

Arrendondo tawan puncak Genting

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


ARRENDONDO (kiri) muncul juara perlumbaan peringkat kelima dari Proton, Shah Alam ke puncak Genting Highlands semalam, sekali gus mengambil alih kedudukan pendahulu keseluruhan.


PELUMBA Colombia, Julian Arredondo menampilkan kayuhan yang bertenaga untuk menawan puncak Genting Highlands pada saingan peringkat kelima kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.

Arredondo, 25, yang menyarung jersi pasukan benua dari Jepun, Team Nippo-De Rosa, mengambil masa tiga jam 11 minit 41 saat untuk melepasi garisan penamat pada perlumbaan yang bermula dari Proton, Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 110.30 kilometer (km) itu.

Pelumba Orica GreenEDGE, Pieter Weening di tempat kedua (3'12:07s) manakala Victor Nino Corredor daripada RTS Racing Team di kedudukan ketiga (3'12:25s).

Kemenangan itu turut membolehkan naib juara Tour of Japan tahun lalu itu untuk merampas Jersi Kuning (Individu Keseluruhan) dan Jersi Merah (Raja Bukit) daripada pelumba Hengxiang Cycling Team, Wang Meiying.

Bagaimanapun, kejayaan Arredondo lebih bermakna selepas dia berjaya meneruskan legasi pelumba kelahiran Amerika Selatan untuk menawan puncak Genting Highlands.

Arredondo mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Jose Serpa yang melakukannya bersama Androni Giocattoli pada 2009 dan 2012.

Dua pelumba Venezuela, Jose Rujano daripada ISD-NERI dan Jonathan Monsalve yang beraksi bersama Vini Fantini-Selle Italia tahun ini, menang pada 2011.

"Strategi kami hari ini (semalam) adalah tunggu dan lihat. Kami perhatikan Wang Meiyin mendahului dan selepas itu baru kami melakukan serangan untuk menang Jersi Kuning. Ini adalah kemenangan terbaik saya.

"Saya baru bermula sebagai pelumba profesional tahun lalu. Saya ada memenangi beberapa perlumbaan di Jepun. Saya harap kemenangan ini dapat membantu saya mencipta lebih banyak kejayaan," katanya.

Sementara itu pelumba, Astana Pro Team, Andrea Guardini masih lagi mengekalkan Jersi Biru (Raja Pecut) selepas mengutip 44 mata.

Pelumba kelahiran Itali itu meninggalkan Wang Meiyin (36 mata) dan Francesco Chicchi dari Vini Fantini-Selle Italia (33 mata).

"Masih ada lima peringkat untuk saya cuba menaiki podium. Seperti saya cakap sebelum ini, saya akan cuba untuk menang.

"Perlumbaan esok (hari ini) mungkin sukar bagi saya kerana laluan panjang, sekali gus menyukarkan saya untuk mengawal keadaan," katanya.

Sementara itu, Wang Meiyin yang terlepas Jersi Kuning, hanya berpuas hati dengan Jersi Putih (Terbaik Asia) tetapi hanya lima saat di depan Amir Kolahdozhagh dari Tarbriz Petrochemical Team).

Perlumbaan peringkat keenam hari ini iaitu yang terpanjang pada edisi tahun ini akan bermula di Mentakab dan berakhir di Kuantan sejauh 217.5km.

Terdapat tiga zon pecutan iaitu di Jerantut, Bandar Jengka, Maran manakala zon pendakian pula menanti pelumba di Sungai Piul, Kota Gelanggi dan Jengka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved