Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 4,000 golongan bujang di Gombak terima BR1M
- 40 pegawai, penyelia Kemas ikuti kursus keselamatan
- lMesyuarat agung Mubarak cawangan Perak kali ke-11
4,000 golongan bujang di Gombak terima BR1M Posted: 4,000 golongan bujang di Gombak terima BR1M![]() SAID ANUAR (tengah) bersama para penerima BR1M untuk golongan bujang di Gombak baru-baru ini. TERIMA. Seramai 4,000 golongan bujang yang berkelayakan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM250 setiap seorang di Gombak baru-baru ini. Ia disampaikan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad. Menurut beliau, pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada belia yang menghargai bantuan tersebut. Katanya, selain golongan bujang, seramai 7,000 isi rumah berpendapatan rendah pula menerima BR1M berjumlah RM500. | |
40 pegawai, penyelia Kemas ikuti kursus keselamatan Posted: 40 pegawai, penyelia Kemas ikuti kursus keselamatan
PEMANTAUAN. Seramai 40 pegawai dan penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh Malaysia yang menghadiri kursus tahap keselamatan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di Putrajaya membuat pemantauan tahap keselamatan di Tabika Kemas Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang baru-baru ini. Menurut Ketua Unit Pengurusan Bahagian Pengurusan dan Pemakanan Kemas, Anies Suzana Azhar Ahmad yang mengetuai tugasan tersebut, pemantauan tersebut dilakukan untuk mengenal pasti tahap keselamatan dan beberapa piawaian lain yang dipatuhi. Selain itu, menurutnya, ia adalah satu tugasan kepada para pegawai dan penyelia tersebut mengisi slot khusus memantau kekurangan terhadap bangunan yang disewa untuk dijadikan kelas tabika. | |
lMesyuarat agung Mubarak cawangan Perak kali ke-11 Posted: lMesyuarat agung Mubarak cawangan Perak kali ke-11![]() ZAMBRY (tiga dari kiri) menyampaikan baju-T sebagai simbolik program turun padang Mubarak Perak kepada ahlinya, Datuk Peter Chin Gun Oon sambil diperhatikan Saharuddin (dua dari kanan) dan Abdul Aziz (dua dari kiri) di Ipoh baru-baru ini. BERSATU. Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) cawangan Perak mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-11 di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Datuk Saharuddin Abdul Jabar berkata, mesyuarat dihadiri kira-kira 80 ahli terdiri daripada bekas wakil rakyat Perak dan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Turut hadir, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman. Katanya, Mubarak berazam membantu Barisan Nasional mempertahankan mandat kerajaan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan