Sabtu, 2 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Permata baharu PKNS

Posted:

Permata baharu PKNS

Permata baharu PKNS

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

NAZMI (dua dari kanan) ketika hadir pada majlis memperkenalkannya sebagai pemain baharu Selangor PKNS di Petaling Jaya semalam. Turut hadir, Presiden Kelab Selangor PKNS, Noor Hisham Mohd. Gouth (dua dari kiri).


MUHAMMAD Nazmi Faiz Mansor kini sah menjadi milik kelab Selangor PKNS.

Semalam, dia menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu, namun nilai perpindahan tidak didedahkan.

Pengurus Selangor PKNS, Azmi Adnan berkata, kedatangan Nazmi ke kelab itu ibarat 'durian runtuh' buat mereka dan kehadirannya bakal memperkukuhkan pasukan yang menghuni tangga kelapan saingan Liga Super ketika ini.

"Ejen Nazmi, Marco Guimaraes telah datang mengadakan perbincangan dengan kami pada awal Januari lalu bagi menyatakan bahawa Nazmi akan dilepaskan oleh kelab S.C Beira-Mar dan dia (Nazmi) sedang mencari kelab baharu.

"Selepas mengadakan perbincangan lanjut, kami bersetuju untuk 'membelinya'. Proses itu berjalan lancar manakala kontraknya bersama S.C Beira-Mar telah ditamatkan," kata Azmi kepada Kosmo! semalam.

Menurut Azmi lagi, esok dia akan pergi ke pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan beberapa perkara lagi untuk membolehkan Nazmi turun dalam perlawanan Liga Super pada 16 Februari depan menentang Felda United.

Kata Azmi, Selangor PKNS tidak beraksi dalam Piala Presiden, oleh itu mereka boleh mendaftar 35 orang pemain dan ketika ini mereka hanya memiliki 29 pemain yang didaftarkan.

"Kami bertekad mengasah bakatnya sebaik mungkin dan yakin Nazmi juga mampu memberikan sesuatu kepada kami.

"Nazmi akan memakai jersi nombor 33 bersama Selangor PKNS dan pihaknya akan merayu kepada FAM agar membenarkannya bermain tanpa menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka pada April," kata Azmi lagi.

Sementara itu, ejen Nazmi, Guimaraes berkata, terdapat beberapa kelab Liga Malaysia yang berminat mendapatkan Nazmi, namun dia (Nazmi) telah memilih Selangor PKNS sebagai pasukan baharunya.

Bagaimanapun, Guimaraes juga enggan mengulas lanjut sebab kontrak Nazmi bersama SC Beira-Mar ditamatkan lebih awal.

Untuk rekod, Nazmi, 19, telah menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar selama tiga tahun pada 21 Mei tahun lalu.

Sebelum menyertai kelab Portugal, pemain kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mewakili skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee.

Kekalahan pertama Harimau Muda

Posted:

Kekalahan pertama Harimau Muda

Kekalahan pertama Harimau Muda


BARISAN skuad Harimau Malaya yang mengalami kekalahan pertama pada siri jelajah Australia semalam. Mereka tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic.


BRISBANE, Australia - Harimau Muda merakamkan kekalahan pertama selepas tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic pada aksi siri persahabatan Jelajah Australia di padang latihan Goodwin Park Brisbane semalam.

Pada babak pertama perlawanan, skuad muda negara hampir membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi penyerang, Iz- zaq Faris Ramlan, namun tandukan pemain Terengganu itu tidak menepati sasaran.

Skuad kendalian Ong Kim Swee terus menggandakan asakan tetapi sekali lagi tandukan lemah Izzaq masih gagal menewaskan penjaga gol Brisbane Olympic.

Di sebalik keghairahan Harimau Muda memburu jaringan, Brisbane Olympic akhirnya berjaya membolosi gawang skuad negara menerusi Mark Fisk pada minit ke-19.

Pasukan Australia itu terus memberikan tekanan kepada skuad negara dengan menjaringkan gol kedua menerusi Jake Mclean pada minit ke-36.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan penjaga gol, Mohd. Far- han Abu Bakar yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan peluang tersebut disempurnakan dengan baik oleh pemain lawan untuk menghasilkan jaringan.

Bersambung pada babak kedua, Kim Swee melakukan rombakan apabila menurunkan pemain-pemain utama, antaranya Irfan Fazail, Mohd. Rozaimi Abdul Rahman, Mohd. Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, namun kehadiran mereka gagal mengubah kedudukan.

Malang menimpa pasukan Brisbane Olympic selepas menyaksikan pasukan Australia itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nick Efstathis dilayangkan kad merah kerana menyiku Muhammad Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-62.

Selepas insiden tersebut, skuad negara kembali mengasak benteng pertahanan Brisbane Olympic dengan melakukan percubaan berbahaya tetapi terus gagal menemui sasaran.

Usaha Harimau Muda untuk merapatkan jurang akhirnya berhasil apabila Ferris Danial Mat Nasir menjaringkan gol sagu hati buat skuad negara pada minit ke-83.

Skuad negara gagal mencari gol penyamaan dan kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, ia merupakan kekalahan pertama Harimau Muda selepas menang ke atas Gold Coast Sharks 5-1 dan Brisbane Lions 2-1 pada 26 dan 29 Januari lalu.

Selepas menentang Brisbane Olympic, Harimau Muda bakal bertemu juara Liga Australia, Brisbane Roar, Selasa ini sebagai aksi terakhir Jelajah Australia.

Jurulatih Harimau Muda, Kim Swee tetap gembira dengan persembahan barisan pemainnya.

"Kita boleh lihat persembahan mereka dari sudut berbeza.

"Kita memiliki banyak peluang, namun gagal menyempurnakannya.

"Apa yang saya harapkan, skuad ini akan sentiasa memanfaatkan peluang dan kurangkan kesilapan ketika beraksi di atas padang.

"Pemain harus belajar daripada kesilapan seperti itu dan secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan gaya persembahan pemain saya," kata Kim Swee.

Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

Posted:

Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

GOLD COAST, Australia - Biarpun sukan bola sepak tempatan masih hangat membicarakan mengenai keputusan bintang muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang bertindak menamatkan kontrak dengan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar dan memilih Selangor PKNS sebagai destinasi terbaharu, kem Harimau Muda sentiasa menjadi perhatian pemerhati bola sepak dunia.

Ini kerana selepas kejayaan Nazmi Faiz menambat perhatian kelab Portugal itu, kini tiba pula giliran dua pemain sayap Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria diberi- kan peluang menjadi pemain muda contoh negara selepas ditawarkan kontrak oleh kelab Jepun, FC Ryukyu.

Perkara itu disahkan jurulatih Hari- mau Muda, Ong Kim Swee, namun pengendali kelahiran Melaka itu masih meneliti kontrak dua tahun tersebut sebelum melepaskan dua tonggak utamanya ke negara yang dikenali sebagai Samurai Biru itu.

Ternyata, persembahan dua anak muda negara itu berjaya menarik perhatian Ryukyu selepas menjalani ujian pada Mac tahun lalu, dan perkhabaran itu jelas memberikan impak positif terhadap program pembangunan bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

Mengulas mengenai tawaran tersebut, Wan Zaharulnizam mengakui, dia sudah bersedia untuk membuktikan keupayaan dalam saingan liga yang lebih baik.

Jelasnya, dia bersama rakan sepasukan, Wan Zack telah mengenal pasti budaya hidup, pemakanan serta bahasa Jepun sekiranya mereka berjaya menyarung jersi Ryukyu pada tahun ini.

"Sejujurnya, saya amat gembira kerana saya sudah menunggu lama peluang keemasan seperti ini.

"Ia adalah impian seluruh pemain bola sepak untuk beraksi di liga yang lebih baik. Apa yang pasti, saya juga mahu meningkatkan tahap keupayaan saya di luar negara dalam usaha membantu skuad negara nanti.

"Ketika menjalani ujian di sana, saya mendapati tiada masalah dari segi cara hidup dan pemakanan. Cuma, komunikasi agak menyukarkan tetapi ia bukan masalah besar.

"Jika proses perpindahan ini berjalan lancar, saya akan mengambil kursus bahasa Jepun bagi melancarkan urusan saya di sana kelak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved