Khamis, 28 Februari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Harga barang sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Posted:

Harga barang sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Harga barang sama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com

ISMAIL SABRI (tengah) ditemani Rohani (kiri) meninjau barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia yang dirasmikan beliau di Kuching semalam.


KUCHING – Kerajaan semalam mengumumkan berita gembira kepada kira-kira 5.7 juta penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan apabila mereka boleh membeli barangan keperluan asas dan produk makanan pada harga seperti di Semenanjung menerusi program 1Malaysia 1Harga berkuat kuasa hari ini.

Ketika mengumumkannya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyelarasan harga itu dapat dilakukan apabila kerajaan membayar kos pengangkutan produk-produk terbabit ke tiga negeri tersebut.

"Bagi memastikan harga barangan keperluan dan makanan sama seperti di Semenanjung, kerajaan akan membayar kos pengangkutan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya selepas melancarkan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harga kereta turun sejak 2012

Posted:

Harga kereta turun sejak 2012

Harga kereta turun sejak 2012


MUSTAPA


PUTRAJAYA – Harga kereta di negara ini telah melalui fasa penurunan sejak suku keempat tahun lalu dengan membabitkan beberapa model tertentu.

Enggan mengulas mengenai jenis model kereta yang terbabit, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, nilai penurunan kereta ialah di antara RM2,200 hingga RM17,000 seunit.

Menurut beliau, pengurangan harga selanjutnya akan terus berlaku apabila pelaksanaan Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) berkuat kuasa pada tahun 2016.

"Kerajaan telah berunding dengan syarikat-syarikat pembuat kereta agar mereka dapat mengurangkan harga kereta secara sukarela.

"Bermula Oktober 2012, sebilangan syarikat telah memperkenalkan rebat istimewa bagi model terpilih, secara efektif mengurangkan harga jualan kereta," katanya pada sidang akhbar Pelan Penurunan Harga Kereta di sini semalam.

Menurut Mustapa, penurunan harga kereta ini dapat dilihat pada harga model Perodua Viva yang telah dijual di pasaran pada harga serendah RM25,000.

Makluman ini sekali gus menyangkal manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat mengeluarkan kereta pada harga RM25,000 seunit.

"Melalui usaha kami untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti, pengeluar kereta seperti Perodua mampu menjual model Viva pada harga RM25,000 manakala model Proton Saga yang dijual pada harga RM38,000 seunit merupakan kereta termurah dalam kategori 1,400 cc di ASEAN," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia jadi orang tengah

Posted:

Malaysia jadi orang tengah

Malaysia jadi orang tengah

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my


NAJIB (kanan) bersalam dengan Yingluck selepas menandatangani MOU di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Malaysia berjaya merintis jalan kepada perjanjian konsensus antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Islam, Barisan Revolusi Nasional (BRN), untuk mengadakan dialog bagi proses damai di wilayah selatan negara jiran itu semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya berasa bangga apabila kedua-dua pihak bersetuju mempelawa Malaysia menjadi fasilitator untuk menggerakkan dialog itu.

"Malaysia akan melantik seorang pegawai kanan kerajaan yang sesuai untuk bertindak sebagai fasilitator.

"Kita berharap dan berdoa supaya siri dialog yang akan bermula dalam masa dua minggu di Kuala Lumpur akan membuahkan hasil yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Terdahulu, perjanjian berkenaan telah ditandatangani antara Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr dan wakil BRN, Hassan Taib di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved