Kosmo Online - Komuniti Kita |
- UniMAP raih 27 pingat
- Hadiah RM20,000 menanti kaki pancing esok
- SK Pulau Tawar muncul juara Kejohanan Ragbi Rimau
Posted: UniMAP raih 27 pingat![]() KAMARUDIN (berdiri, tengah) bersama para penyelidik UniMAP pada MTE 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini. CEMERLANG. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih 27 pingat secara keseluruhan pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada MTE tersebut, UniMAP menggondol tujuh pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa selain mencipta kejayaan manis apabila dua produk emasnya berjaya merangkul Anugerah Terbaik. Antara produk penyelidikan yang memenangi emas bertajuk A Novel Single Photodiode Detection Technique For Optical Code Division Multiple Access Network Application, Web - Based Mobile Olfaction System For Detecting And Monitoring Hazardous Volatile Compounds. Hadir meraikan kejayaan para penyelidik UniMAP terbabit ialah Naib Canselor UniMAP, Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan ketua penyelidik, Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid. |
Hadiah RM20,000 menanti kaki pancing esok Posted: Hadiah RM20,000 menanti kaki pancing esok![]() TUAN IDZAWI (dua dari kanan) dan ahli jawatankuasa Pertandingan Memancing Jelajah Joran Kuala Lumpur menunjukkan ikan patin sebelum melepaskannya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. GANJARAN. Pertandingan Memancing Jelajah Joran Kuala Lumpur menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,000 untuk sirkit terakhirnya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu ini. Setelah enam lokasi siri jelajah telah diadakan sebelum ini, kaki pancing rata-ratanya tidak sabar untuk menyertai siri terakhir yang menawarkan hadiah lumayan. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tuan Idzawi Raja Ismail berbangga dengan penganjuran program yang diperkenalkan sejak 21 Februari tahun lepas yang terbukti mencapai matlamat. Maklumat lanjut serta borang pertandingan boleh diperoleh di laman web beralamat di jelajahjorankl.webs.com atau talian 019-384 1009, 013-305 2811, 017-372 7420 dan 013-2667011. |
SK Pulau Tawar muncul juara Kejohanan Ragbi Rimau Posted: SK Pulau Tawar muncul juara Kejohanan Ragbi Rimau![]() MOHD. NIZAM (belakang, empat dari kiri) bersama pegawai dan pemain pasukan SK Pulau Tawar yang menjuarai Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Jerantut, Pahang baru-baru ini. JUARA. Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Tawar muncul juara Kejohanan Ragbi Rimau Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut, Pahang menewaskan empat pasukan lain di sekolah berkenaan baru-baru ini. Jurulatih sekolah tersebut, Mohd. Nizam Nordin berkata, kejayaan tersebut membolehkan pasukannya mengenepikan juara tujuh tahun berturut-turut iaitu SK Pedah selepas menang semua empat perlawanan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan