Khamis, 28 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM buntu

Posted:

FAM buntu

FAM buntu

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

TAUFIK (kiri) enggan mendedahkan bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Tunku Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) buntu. Peliknya, mereka mengambil pendekatan 'kunci mulut' selain dilihat menge lak untuk mendedahkan bentuk hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang didakwa mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, badan induk bola sepak negara itu masih belum dapat melaksanakan hukuman terhadap Tunku Ismail memandangkan FAM belum memiliki bukti yang kukuh.

Bagaimanapun, Taufik menjelaskan bahawa pihaknya belum mahu mengumumkan bentuk hukuman terhadap baginda, dan buat masa ini terpaksa merahsiakan keputusan daripada pihak media kerana takut ia disalahtafsirkan.

Beliau memberi jaminan bahawa FAM tetap melakanakan hukuman tersebut sekiranya sudah menerima bukti-bukti yang lengkap dalam tempoh terdekat.

"Jawatankuasa telah membincangkan dengan panjang lebar kes ini. Kami juga telah mengkaji dan me nyelidik, namun apa yang saya boleh simpulkan ialah buat masa ini saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya tahu kamu semua (media) menunggu perkara ini, cuma saya minta tunggu sahajalah. Kita akan tahu dan itu sahaja yang kita dapat beritahu pada petang ini (semalam).

"Saya tidak mahu komen walaupun sudah ada keputusan dibuat. Saya takut ia disalahtafsirkan.

"Kita sudah buat keputusan tetapi saya tidak boleh berikan keputusan pada petang ini (semalam).," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Taufik menambah, FAM masih perlu mendapatkan penjelasan serta menjalankan siasatan dengan lebih terperinci mengenai kenyataan Tunku Ismail.

"Jadi, bagaimana saya hendak beritahu anda? Saya rasa, yang terbaik adalah tidak memberikan komen buat masa ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Taufik menegaskan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Tunku Ismail selain memberitahu, FAM masih belum mengutuskan surat pertuduhan kepada baginda.

Taufik juga tidak dapat mengesahkan sama ada Tunku Ismail bakal disiasat atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut FAM ataupun peraturan lain yang terkandung dalam Perlembagaan FAM.

Artikel 88 Statut FAM menjelaskan bahawa hanya presiden dan setiausaha agung dibenarkan membuat kenyataan kepada pihak media.

Sebelum ini, Tunku Ismail tampil secara terbuka mengkritik mutu pengadilan dalam liga tempatan yang tidak mencapai standard yang diharapkan.

Baginda menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisen.

Kayuhan TSG serba tak menjadi

Posted:

Kayuhan TSG serba tak menjadi

Kayuhan TSG serba tak menjadi


HARRIF masih belum mampu untuk mengubah kedudukan TSG pada LTdL kali ini.


PASUKAN benua negara, Terengganu Cycling Team (TSG) serba tidak menjadi pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Selain gagal menduduki kelompok 10 terbaik dalam kedudukan keseluruhan pasukan, TSG turut ketinggalan di tempat kelapan daripada sepuluh pasukan Asia yang menyertai perlumbaan berstatus Hors ini.

Ketika ini, TSG sekadar menduduki tempat ke-19 keseluruhan selepas ketinggalan 59 minit 25 saat dibelakang pendahulu keseluruhan, MTN Qhubeka (88'44:34s).

Pada masa yang sama, pencapaian pelumba TSG juga tidak boleh dibanggakan.

Kedudukan terbaik pelumba TSG dalam pemburuan Jersi Kuning (Individu Keseluruhan) hadir menerusi Mohd. Saufi Mat Senan yang berada di tempat ke-37 diikuti Mohd. Saiful Anuar Aziz (ke-79), Mohd. Nor Umardi Rosdi (ke-82), Mohd. Hariff Salleh (ke-105) dan Mohd. Zamri Salleh (ke-108).

Barisan pelumba TSG yang diketuai Harrif juga masih belum mampu untuk menaiki podium, sekali gus memenangi peringkat meskipun berlumba di hadapan peminat dan negeri sendiri.

Pada perlumbaan peringkat kelapan dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah, Kelantan sejauh 164.50km semalam, Harrif sekadar menduduki tempat ke-44 di belakang Mohd. Saufi (ke-14).

"Perlumbaan hari ini (semalam) sangat laju. Saya cuba beberapa kali untuk keluar daripada kelompok besar pelumba pada 30 kilometer pertama, tetapi tidak mampu bertahan lama.

"Selepas itu, saya kehabisan tenaga. Hari ini saya seperti tidak sedap badan. Sekiranya saya berada pada prestasi terbaik, saya mungkin menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik.

"Perlumbaan hari ini (semalam) juga sedikit kelam kabut. Saufi berada di depan saya. Semua pelumba pecut memecut laju ke hadapan tetapi saya kehilangan tenaga," kata Harrif.

Ketika ditanya mengenai strategi untuk menghadapi baki dua perlumbaan terakhir, pelumba pecut negara itu berkata, dia sukar untuk membuat jangkaan.

"Saya pun tidak tahu nak cakap apa. Keputusan susah hendak dijangka tetapi saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan berkerja keras," katanya.

Impian Harrif untuk menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut juga semakin samar selepas dia hanya mengumpul 41 mata untuk menduduki tempat keenam di belakang Andrea Guardini dari Astana Pro Cycling (84 mata) dan pelumba Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi (60 mata).

Arredondo masih selesa

Posted:

Arredondo masih selesa

Arredondo masih selesa

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


COQUARD (kiri) meraikan kejayaannya selepas menjuarai perlumbaan peringkat kelapan dari Kuala Terengganu
ke Tanah Merah, Kelantan semalam.


PENDAHULU keseluruhan, Julian Arredondo dari Colombia tidak bimbang mengenai kedudukannya pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Ketika perlumbaan berbaki dua peringkat, pelumba Team Nippo-De Rosa ini masih selesa memimpin saingan selepas memiliki kelebihan satu minit 15 saat di depan pencabar terdekat, Pieter Weening dari Orica GreenEDGE (29'33:07s).

Arredondo, 25, menyarung Jersi Kuning buat hari keempat berturut-turut meskipun menamatkan saingan peringkat kelapan di tempat ke-21 semalam.

"Hanya tinggal dua peringkat. Saya berharap untuk mengekalkan jersi ini sehingga ke penamat.

"Baki dua peringkat ini lagi mudah, kerana jarak laluannya lebih pendek. Saya hanya perlu menjaga jurang masa dengan para pencabar saya.

"Saya juga tidak berasa cemas, tetapi saya rasa sangat gembira," kata Arredondo.

Pada perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah, Kelantan sejauh 164.50 kilometer (km) itu, pelumba Team Europcar, Bryan Coquard dari Perancis muncul pemenang selepas mencatat masa tiga jam 36 minit 47 saat.

Pelumba Omega Pharma-Quick-Step Cycling Team, Andrew Fenn di tempat kedua manakala Francesco Chicchi di kedudukan ketiga dengan catatan masa yang sama.

"Saya gembira dengan kemenangan pertama ini terutamanya selepas saya mengetahui perlumbaan ini sangat laju. Saya gembira apabila mengetahui ramai pelumba pecut beraksi pada kali ini.

"Jurulatih beritahu, sekiranya saya menang di sini, ini bermakna saya sangat bagus.

"Begitupun, kemenangan ini banyak dibantu rakan sepasukan. Kami membuat kerja sejak daripada awal perlumbaan lagi," kata Coquard.

Untuk rekod, Coquard merupakan pemenang pingat perak dalam acara Omnium pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Kejayaan itu membuka peluang kepadanya untuk menandatangani kontrak selaku pelumba profesional dalam acara lebuh raya bersama pasukan profesional benua, Team Europcar pada 2013.

Dia memulakan kempen dengan baik apabila memenangi dua peringkat pada perlumbaan Etoile de Besseges di Perancis, awal tahun ini.

"Saya berasa sangat seronok. Selepas menang dua peringkat di Perancis, saya tidak sangka untuk mengulanginya di Malaysia.

"Namun, saya rasa tahap saya belum menyamai pelumba lain. Saya masih muda. Banyak lagi yang perlu saya lakukan.

"Saya datang sini dengan harapan untuk belajar dan baiki diri. Baki dua peringkat ini saya akan hadapi tanpa tekanan. Bagi saya, misi saya sudah tercapai," kata pelumba berusia 21 tahun itu.

Sementara itu, Jersi Biru (Raja Pecut) kekal menjadi milik pelumba, Astana Pro Team, Andrea Guardini manakala Wang Meiying dari Hengxiang Cycling Team mempertahankan Jersi Merah (Raja Bukit) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia).

Impian jaguh pecut negara, Anuar Manan dari Synergy Baku Cycling Project untuk merampas Jersi Biru, sekali gus mengulangi pencapaian tahun 2010 semakin sukar.

Ketika ini, Anuar sekadar menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 57 mata iaitu ketinggalan 27 mata di belakang Guardini (84 mata) manakala Francesco Chicchi dari Vini Fantini-Selle Italia di kedudukan kedua (60 mata).

Perlumbaan peringkat kesembilan hari ini akan bermula dari Pasir Puteh, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 123.60km meliputi tiga zon pecut (Jerteh, Permaisuri dan Sungai Tong) dan satu zon pendakian (Sungai Tong).

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved