Jumaat, 25 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dipenjara 5 tahun kerana miliki pistol, peluru

Posted:

Dipenjara 5 tahun kerana miliki pistol, peluru

Dipenjara 5 tahun kerana miliki pistol, peluru

25/01/2013 11:50pm

BUTTERWORTH – Seorang peniaga ikan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku memiliki dua pucuk pistol, sepucuk pistol tiruan dan 68 butir peluru pada awal Januari lepas.

Hakim Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu selepas Ooi Gin Cheong, 69, mengaku melakukan perbuatan tersebut di rumahnya No 1550, Jalan Satu, Jalan Datuk Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas pada 1 pagi, 2 Januari lepas.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Gin Cheong didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960 dibaca bersama Seksyen 8(a) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan didenda.

Pertuduhan keempat pula menyaksikan Gin Cheong didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Nabisha kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua, tiga tahun penjara bagi pertuduhan ketiga dan enam bulan penjara bagi pertuduhan keempat. – BERNAMA

Pasangan suami isteri ditahan, ganja dirampas

Posted:

Pasangan suami isteri ditahan, ganja dirampas

Pasangan suami isteri ditahan, ganja dirampas

25/01/2013 8:56pm

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik gerai makan di Kampung Baru di sini kerana disyaki mengedar dan menyimpan dadah bernilai RM110,000.

Mereka ditahan dalam serbuan polis di gerai makan itu pada 4.30 petang semalam yang menyaksikan rampasan ganja seberat 670 gram, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kira-kira sejam selepas serbuan di gerai itu, polis menyerbu sebuah stor kira-kira 200 meter di belakang rumah pasangan itu dan merampas 40 ketulan mampat dipercayai ganja yang telah dibalut.

"Pasangan berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak beberapa tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai pembeli dadah itu.

"Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 32 dan 53 tahun dan saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ganja," katanya sambil memberitahu suspek ditahan reman hari ini hingga Khamis. – BERNAMA

Tiga mengaku salah cederakan polis, larikan diri

Posted:

Tiga mengaku salah cederakan polis, larikan diri

Tiga mengaku salah cederakan polis, larikan diri

25/01/2013 8:54pm

BUTTERWORTH – Tiga tahanan yang ditangkap semula selepas meloloskan diri dari polis pada 7 Januari lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk mencederakan empat anggota polis pengiring.

Mohamad Farid Akhtar, 24; Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28; dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Hizween Azleena Othman Kamal.

Bagi empat tuduhan pertama, mereka didakwa mencederakan anggota polis Mohd Nazzuwan Md Zain, Mohd Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T.K. Mahendran yang mengiringi mereka dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut sebelum melarikan diri di Jalan Susur Keluar Bagan Ajam , Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, di sini, pada pukul 9.45 pagi, 7 Januari lepas.

Bagi tuduhan kelima, mereka didakwa dengan niat bersama dan sengaja telah melarikan diri dari jagaan pasukan pengiring polis selepas ditahan atas kesalahan jenayah sebelum itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tempat, masa dan tarikh yang sama. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved