Jumaat, 25 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Mahkamah tinggi tolak

Posted:

Mahkamah tinggi tolak

Mahkamah tinggi tolak

Tan Sri Annuar Musa


MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam semalam, menolak dengan kos permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM.

Hakim, Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan tersebut di dalam kamarnya.

Peguam, Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, hakim menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes tersebut.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara malafide (berniat jahat).

Beliau berkata, Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang akan mewakili beliau.

Sedangkan katanya, Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya, pertuduhan FAM terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bola sepak.

Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. – Bernama

Harimau Muda uji kekuatan di Australia

Posted:

Harimau Muda uji kekuatan di Australia

Harimau Muda uji kekuatan di Australia

Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PERSIAPAN Harimau Muda dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 Myanmar bermula apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu bakal menguji kekuatan dengan kelab Gold Coast Sharks, Australia hari ini.

Menurut jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, dia akan menguji beberapa pemain baharu pada perlawanan itu kelak bagi menilai tahap kemampuan mereka.

"Ini adalah ujian pertama buat pemain-pemain baharu yang beraksi di pentas antarabangsa.

"Mereka harus menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi membuktikan bahawa mereka boleh beraksi di peringkat yang lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas bertemu dengan Gold Coast Sharks, skuad negara yang kini berada di Australia untuk latihan pendedahan, bakal menentang Sunshine Coast Fire (29 Januari) dan Brisbane Olympic (2 Februari) sebelum bertemu kelab juara Liga Australia, Brisbane Roar (5 Februari).

Tambah pengendali kelahiran Melaka itu, beliau sempat turun padang bagi meninjau latihan pasukan Gold Coast Sharks kelmarin dan meramalkan bahawa mereka akan berdepan satu perlawanan yang sengit.

"Pasukan Gold Coast Sharks sedang melakukan persiapan bagi menghadapi musim baharu Liga Australia dan mereka juga memiliki pemain yang berkualiti.

"Apa yang pasti, mereka adalah lawan yang cukup sukar namun keputusan perlawanan tidak mustahak memandangkan saya mahu menguji barisan pemain saya," katanya.

Sepanjang jelajah ke Australia itu, Harimau Muda bakal kehilangan khidmat pemain utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Zubir Azmi dan K. Reuben yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal bagi persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia menentang Qatar di Doha pada 6 Februari ini.

Selepas siri Jelajah Australia, skuad Harimau Muda dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos dan dijadualkan mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Selepas Slovakia, skuad muda negara turut menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam sebelum memulakan misi sebenar mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

Larsen mahu bertanding jawatan Presiden BWF

Posted:

Larsen mahu bertanding jawatan Presiden BWF

Larsen mahu bertanding jawatan Presiden BWF

PRESIDEN Konfederasi Badminton Eropah (BEC), Poul-Erik Hoyer Larsen (gambar) telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada pemilihan Mei ini.

Larsen, 47, bekas juara acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 1996, dipilih memimpin BEC pada 2010 dan juga berkhidmat dalam Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Denmark.

Dalam satu kenyataannya, Larsen berkata: "Saya mahu memimpin BWF dan ingin memastikan adanya dialog terbuka dengan pemegang kepentingan utama dalam BWF. Saya mahukan perpaduan dalam dunia badminton kerana percaya kita memerlukan kerjasama kuat untuk bersaing dengan sukan yang lain.

"Sasaran utama kita adalah untuk menentukan status badminton sebagai acara dalam Sukan Olimpik dan dengan kedudukan yang ada pada diri saya, saya percaya boleh memberi sumbangan terhadap aspirasi badminton di Sukan Olimpik," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, Larsen mendapat sokongan rakan daripada seluruh dunia kerana sudah diketahui penyandang Presiden BWF, Dr Kang Young Joong dari Korea Selatan, tidak mahu bertanding semula.

Mesyuarat Agung tahunan BWF akan berlangsung pada 18 Mei di Kuala Lumpur semasa berlangsungnya Kejohanan Piala Sudirman.

Selain Larsen, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh dan Justian Suhandinata dari Indonesia juga mengumumkan akan mencabar jawatan tertinggi dalam BWF.

Justian ialah pemilik Kelab Badminton Tangkas, yang mana di bawah kepimpinan beliau telah melahirkan jaguh seperti Icuk Sugiarto, Ricky Subagja dan Rexy Mainaky.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Larsen berkata beliau tidak akan menawarkan dirinya sekiranya tidak yakin terhadap kebolehannya memimpin BWF dan juga jika tidak mendapat galakan dan sokongan yang kuat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved