Kosmo Online |
Posted: Kelantan terima tamparan awal13/01/2013 2:33am KUALA LUMPUR - Juara trebel musim lepas, Kelantan, menerima tamparan hebat pada awal musim apabila kalah 1-0 kepada pasukan kelab T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini. Keputusan tidak diduga itu sudah pasti mengundang kritikan penyokong "The Red Warriors" apabila skuad bimbingan Bojan Hodak yang nampak tidak bermaya untuk mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan. Bagaimanapun, T-Team, di bawah kendalian Peter James, mencipta kemenangan pertama selepas dua perlawanan apabila Mohd Aizulridzwan Razali menjaringkan gol tunggal seawal minit kesembilan. Di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan jemputan Lions XII mencapai kemenangan kedua apabila mengalahkan Selangor 1-0, hasil jaringan Fazrul Nawaz pada minit ke-24. Di Stadium Shah Alam, naib juara Piala Malaysia musim lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip tiga mata pertama selepas menewaskan pasukan PKNS Selangor 3-1. Pemain import ATM, Marlon Alex James beraksi cemerlang apabila melakukan hatrik menerusi jaringan pada minit ketujuh, ke-64 dan ke-72. Manakala gol saguhati PKNS disumbangkan oleh Mohamad Fazli Baharudin pada minit ke-26. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan