Isnin, 14 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


LTdL: Pelumba negara ada misi tersendiri

Posted:

LTdL: Pelumba negara ada misi tersendiri

LTdL: Pelumba negara ada misi tersendiri

FAUZAN (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan yang lain pada Majlis Pengenalan Skuad Kebangsaan bagi LTdL 2013 di Putrajaya semalam.


ADA misi tersendiri yang perlu dilaksanakan oleh enam pelumba basikal negara yang akan berentap pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bulan depan.

Paling tidak, kejayaan yang dilakar 14 tahun lalu oleh skuad senior negara yang muncul juara keseluruhan berpasukan kategori Asia perlu diulangi pada perlumbaan yang akan bermula pada 21 Februari hingga 3 Mac depan itu.

Meskipun misi tersebut dianggap agak mustahil, pelumba negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang menggalas tugas selaku kapten pasukan tetap yakin dengan kemampuan pelumba yang disenaraikan pada tahun ini.

"Saya yakin prestasi kami semakin meningkat dan boleh mempamerkan persembahan terbaik, sekali gus mengulangi pencapaian skuad senior pada 1999," katanya.

Keyakinan tersebut dizahirkan pada Majlis Pengenalan Pasukan Kebangsaan dan penyerahan tajaan daripada Ciclista Sdn. Bhd. semalam.

Edisi ke-18 tersebut turut menyaksikan skuad negara bakal diperkuatkan dengan kehadiran tiga lagi pelumba berpengalaman iaitu Amir Mustafa Rusli, Mohd. Nor Rizuan, Muhamad Rauf Nur Misbah dan dua pelumba muda, Ahmad Fakhrullah Alias serta Mohd. Ekbar Zaman Huri.

"Untuk kejohanan kali ini, saya memberi perhatian kepada laluan berbukit iaitu di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Latihan banyak dilakukan di laluan tersebut yang bukan saja melibatkan aspek teknikal tetapi kami juga berusaha mencari keserasian antara pelumba," katanya yang turut diberi tugasan sebagai pendaki.

Kayuhan Fauzan akan turut diperkuatkan dengan bantuan Amir, Rauf dan Ekbar di laluan-laluan yang dianggap paling mencabar sepanjang perlumbaan tersebut nanti.

Dalam pada itu, jurulatih kebangsaan, Aminuddin Sulaiman menjelaskan, sebarang perubahan mungkin berlaku seandainya prestasi pelumba yang dipilih tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

Boleh dianggap sebagai amaran, Aminuddin berharap enam pelumba tersebut melakukan persiapan yang terbaik menjelang perlumbaan berprestij di Asia itu.

"Jika dilihat pada senarai pelumba, mereka mampu memperbaiki kedudukan keseluruhan termasuk melakukan pemecahan dan pecutan," jelasnya yang menjadikan perlumbaan di Vietnam dan Grand Prix Akhir sebagai kayu pengukur kemampuan anak didiknya itu mengutip mata dalam LTdL 2013 nanti.

Menegaskan perlumbaan ini berkait rapat dengan maruah negara, jurulatih dari Temerloh, Pahang itu kini menumpukan perhatian pada tiga laluan pendakian kritikal iaitu Cameron Highlands, Genting Highlands serta Bukit Sumpitan.

"Menerusi latihan ini, saya akan menilai kemampuan pelumba untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan yang akan diumumkan pada 4 atau 5 Februari nanti," katanya mengenai persediaan menghadapi perlumbaan membabitkan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1,466.6 kilometer itu.

Kelantan tetap pertaruh Mandjou

Posted:

Kelantan tetap pertaruh Mandjou

Kelantan tetap pertaruh Mandjou

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


MANDJOU (kiri) tetap menjadi pilihan Kelantan pada aksi menentang Johor DT malam ini.


BIARPUN gagal memberikan impak dalam tiga perlawanan sebelum ini, magis pemain dari Guinea, Keita Mandjou terus ditagih oleh Kelantan untuk memusnahkan impian Johor Darul Takzim (Johor DT) pada pertemuan Liga Super di Kota Bharu malam ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memberitahu, pemain tersebut tetap berada dalam senarai kesebelasan utamanya dan akan mengetuai jentera serangan The Red Warriors walaupun prestasinya kini agak diragui.

Menurutnya, beliau perlu menggunakan khidmat Mandjou sehingga April depan walau apa cara sekalipun sebelum membuat keputusan sama ada khidmat pemain tersebut akan digantikan atau sebaliknya sebaik jendela perpindahan tersebut dibuka nanti.

"Saya tetap beri sokongan kepadanya dan saya harap dia akan menggunakan peluang dan menjaringkan gol malam esok (malam ini).

"Saya tidak boleh buat percaturan seperti jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang merehatkan dua pemain import mereka. Kita tak ada pemain tempatan seperti Pahang, kita ada masalah pemain tempatan. Jadi, kita terus menagih sentuhan Mandjou," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pertembungan malam ini cukup penting terutama untuk membuktikan bahawa Kelantan adalah jaguh sebenar bola sepak Malaysia biarpun menyedari Johor DT diperkuatkan dengan ramai pemain kebangsaan dan berada pada kedudukan lebih baik dalam Liga Super.

"Ini adalah Kota Bharu. Kita merupakan pasukan pilihan apabila beraksi di sini dan kita bersedia untuk menewaskan mana-mana pasukan yang datang ke sini. Dengan sokongan padu peminat, saya rasa kerja kita akan lebih mudah.

"Saya tidak melihat aksi pertama Simone Del Nero (pemain import Johor DT) kerana dia tak bermain semasa mereka tewas 2-3 kepada Pahang tempoh hari tetapi saya tahu dia pemain penting untuk Johor DT.

"Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan David Guiza pemain yang berbahaya jika diberi ruang bergerak bebas.

"Kita akan cuba memberi tekanan kepada dua pemain ini. Kalau itu kita mampu lakukan, mereka pasti bermasalah untuk menembusi pintu gol kita," ujarnya.

Mengulas mengenai rombakan kesebelasan utamanya, Hodak berkata, beliau akan menyenaraikan semula Daudsu Jamaluddin yang direhatkan ketika aksi menentang T-Team, Sabtu lalu.

"Saya akan menyenaraikan semula Daudsu dan sekarang saya sedang fikirkan siapa yang akan digandingkan bersama Obinna Nwaneri di posisi pertahanan tengah. Siapa pemain yang akan diturunkan, akan saya nilai selepas latihan petang ini (petang semalam)," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu pertelagahannya dengan jurulatih T-Team, Peter James Butler yang mendakwa beliau mengeluarkan kata-kata menghina mendiang ibu jurulatih dari Halifax, England itu, Hodak dilihat tidak begitu berminat untuk menjawabnya.

"Dia sepatutnya menghubungi saya dan bukan bercakap kepada media. Saya tidak mahu komen apa-apa. Dia boleh hubungi saya terus, mengapa pergi bercakap kepada media.

"Bagus juga jika dia mahu bawa benda ini ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), biar dia teruskan," katanya ringkas.

Penggempur Terengganu masih belum mantap

Posted:

Penggempur Terengganu masih belum mantap

Penggempur Terengganu masih belum mantap

Oleh NADZARUL AMIR
ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


BARISAN pemain Terengganu gigih menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Selangor dalam saingan Liga Super
di Kuala Terengganu malam ini.


JENTERA serangan Terengganu masih belum memberi kepuasan kepada jurulatihnya, E. Elavarasan.

Justeru, beliau kini sedang bekerja keras untuk memperkemaskan jentera serangan menjelang perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu petang ini.

Setakat ini, Terengganu hanya mampu meraih dua mata daripada dua perlawanan dan ini membuktikan jentera serangan skuad yang mendapat jolokan Penyu itu masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Elavarasan memberitahu, beliau akan memantapkan jentera serangan skuad bimbingannya itu bagi menghadapi Selangor, sekali gus meraih kemenangan sulung dalam saingan musim baharu ini.

"Pada perlawanan menentang Selangor, saya perlu mencari pemain paling sesuai untuk bergandingan dengan Effa Owona.

"Buat masa ini, saya masih tidak mempunyai bayangan tetapi akan memastikan barisan yang dipilih kelak mampu membantu Owona menjaringkan gol," katanya.

Secara jujur, Elavarasan merasakan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk meraih kemenangan pada perlawanan hari ini.

Bagaimanapun, beliau tetap menganggap ia satu perlawanan yang sukar.

"Semua pasukan mahukan kemenangan bagi menempatkan diri dalam kedudukan terbaik dan Terengganu juga tidak terkecuali," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai bekas penyerang berbisa Terengganu, Francis Forkey Doe, Elavarasan memberitahu, kemungkinan besar beliau akan membuktikan kepada Terengganu bahawa pemain tersebut masih berbisa di depan gawang lawan.

"Dia mengetahui rentak permainan pemain-pemain pertahanan Terengganu tetapi begitu juga benteng pertahanan kami.

"Justeru, kita akan lihat dalam perlawanan ini kelak," ujarnya.

Setakat ini, Elavarasan menambah, benteng pertahanan skuad Terengganu menunjukkan sikap positif dan komitmen itu harus dikekalkan.

"Dalam dua perlawanan sebelum ini, mereka berjaya mengekang serangan lawan dengan baik.

"Saya berharap mereka dapat mengekalkan momentum tersebut. Kita juga berharap dapat meraih tiga mata penuh di laman sendiri," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved