Isnin, 14 Januari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program joging galak belia hidup sihat

Posted:

Program joging galak belia hidup sihat

Program joging galak belia hidup sihat


SEBAHAGIAN daripada belia yang menyertai program Joging Santai di hadapan Memorial Kemerdekaan di Bandar Hilir baru-baru ini.


SIHAT. Selain ke pusat kecergasan, joging merupakan salah satu senaman yang paling mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Baru-baru ini, kira-kira 300 orang belia menyertai program Joging Santai anjuran Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka sekitar Banda Hilir.

Ketua Instruktor Kecergasan Persatuan Joging Melaka, Abdul Aziz Ahmad berkata, program yang turut disertai oleh pelajar-pelajar sains sukan itu merupakan acara mingguan di negeri itu sejak 13 tahun lalu bagi mengisi masa lapang golongan belia yang cintakan kesihatan.

"Seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar sains sukan, orang awam dan badan bukan kerajaan memeriahkan acara joging sejauh 3.5 kilometer," katanya.

Kata Abdul Aziz, laluan joging bermula di Memorial Kemerdekaan merentasi sekitar Banda Hilir seterusnya ke Taman Melaka Raya sebelum kembali ke tapak memorial itu.

Pengantin berarak dalam bot Melaka River Cruise

Posted:

Pengantin berarak dalam bot Melaka River Cruise

Pengantin berarak dalam bot Melaka River Cruise


KHAIRUL dan Faizah Othman (duduk, tengah) diarak menggunakan bot Melaka River Cruise sejauh tiga kilometer sebelum bersanding di Melaka baru-baru ini.


SEJARAH. Pengantin baharu, Khairul Afnan Zakeria, 29, dan Faizah Othman, 25, memilih bot Melaka River Cruise untuk mengabadikan kenangan perkahwinan mereka di Melaka baru-baru ini.

Pasangan mempelai itu melengkapkan hari bersejarah mereka dengan diarak menaiki bot sejauh kira-kira tiga kilometer ke Hotel Best Western Wana Riverside yang terletak bersebelahan Sungai Melaka untuk disandingkan.

Menurut Faizah, idea menaiki bot Melaka River Cruise itu dicetuskan bapanya, Othman Abdul Rahim sejak dia bertunang pada 24 Ogos tahun lalu.

"Kebetulan hotel tempat kami bersanding terletak bersebelahan Sungai Melaka jadi ayah saya memberi idea supaya kami membuat kelainan dan berarak menggunakan bot Melaka River Cruise.

"Saya tidak membantah dan rasa seronok diarak di dalam bot," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Faizah, selain bersanding di dalam bot, keluarganya juga menempah tiga lagi bot untuk dinaiki tetamu ke hotel dari Taman Rempah.

URB tingkat rondaan cegah kejadian jenayah

Posted:

URB tingkat rondaan cegah kejadian jenayah

URB tingkat rondaan cegah kejadian jenayah


HATTA (dua dari kiri) menerangkan kepada wakil-wakil komuniti mengenai URB di Pantai Jerejak, Sungai Nibong baru-baru ini.


RONDAAN. Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah menerima 11 buah motosikal bagi memantapkan lagi tugas-tugas kepolisan menerusi penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu akan digunakan dalam tugas rondaan dan cegah jenayah di samping merapatkan lagi hubungan antara polis dengan masyarakat.

Menurut Hatta, lapan buah motosikal lagi akan diterima secara berperingkat dalam masa terdekat bagi membolehkan URB beroperasi sepenuhnya.

"Kita akan menumpukan kawasan taman perumahan dan lokasi panas di negeri ini bagi mengurangkan kadar jenayah," katanya ketika ditemui ketika majlis penerangan kepada komuniti di Pantai Jerejak, Sungai Nibong baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved