Sabtu, 26 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Boleh hanyut dalam setengah jam

Posted:

Boleh hanyut dalam setengah jam

Boleh hanyut dalam setengah jam

Beberapa anggota polis memeriksa longkang di Putra Heights tempat William Yau Zhen Zhong dipercayai dihanyutkan arus hingga ke Pelabuhan Klang semalam.


SUBANG JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya ditemui di Jeti Sungai Sireh, Klang kelmarin terjatuh ke dalam longkang besar di Putra Heights di sini sebelum dihanyutkan arus deras.

Longkang tersebut jika dipenuhi air akibat hujan lebat mampu menghanyutkan William yang dianggarkan seberat 15 kilogram, menuju ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang sejauh 30 kilometer dalam tempoh setengah jam.

Kosmo! Ahad difahamkan, dua hari selepas kehilangan kanak-kanak itu iaitu pada 18 Januari lalu, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat.

Pemeriksaan mendapati parit di kawasan tersebut bersambung dengan sebatang longkang di Kampung Bukit Lanchong, sebelum ia bersambung pula dengan Sungai Klang yang mengalir ke Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, adalah tidak mustahil mangsa terjatuh ke dalam longkang.

"Tinjauan mendapati ada sistem longkang yang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang.

"Situasi itu boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu.

"Oleh itu, kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada, lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan bersama hampir 30 anggota polis dan kakitangan JPS di sekitar lokasi William hilang.

William, anak kedua daripada tiga beradik dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights selepas mangsa dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Kelmarin, ibu bapa kanak-kanak itu mengenal pasti mayat budak lelaki yang dijumpai terapung dan mereput di Jeti Sungai Sireh adalah anak mereka.

Pengecaman itu berdasarkan kesan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak itu yang mempunyai persamaan dengan William.

Selain itu, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, yang hadir di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam pada mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, terjatuh ke dalam longkang adalah antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihaknya.

"Perkara itu masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana siasatan dijalankan daripada semua sudut," ujarnya.

Selain kemungkinan terjatuh, kematian kanak-kanak itu juga turut dikaitkan dengan perlakuan jenayah apabila mangsa dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai.

Bagaimanapun, menurut Yahaya, bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah berikutan tiada kecederaan luaran ditemui pada tubuh si mati.

Kata beliau, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada penduduk sekitar tempat kejadian bagi mengetahui bagaimana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui di Jeti Sungai Sireh.

Yahaya juga tidak menolak untuk mengambil semula keterangan daripada pihak keluarga mangsa termasuk ibu bapa William selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui pada Selasa ini.

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di HTAR.

Afif juara Soulstar 2012

Posted:

Afif juara Soulstar 2012

Afif juara Soulstar 2012

Oleh MULLER ASEN


DARI kiri, Sheila, Afif dan Feeza menjulang trofi yang dimenangi masing-masing pada program Soulstar 2012 di Kuching malam tadi.


KUCHING – Selepas 10 minggu berjuang mempertaruhkan bakat masing-masing, akhirnya Afif dinobatkan sebagai juara program realiti Soulstar 2012 dalam konsert akhir yang berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di sini malam tadi.

Ia menjadi kejayaan yang cukup bermakna bagi Afif atau nama penuhnya, Mohammed Afif Amier, 23, selepas berjaya mencuri hati juri dan penonton lantas diangkat sebagai pemenang utama pertandingan nyanyian musim ketiga itu.

Dalam persembahan tersebut, Afif mendendangkan lagu Tinggalkan Aku.

Kemenangan itu sekali gus mengetepikan finalis lain iaitu Feeza (Norfiza Sani) yang muncul sebagai naib juara manakala Sheila (Norshila Ideris) di tempat ketiga.

Feeza menyanyi lagu Sweet Dream manakala Sheila pula lagu Apa Nak Jadi.

Selain mereka, Ary, Athari, Didiy, Ezza, Iena, Iz, Jamal, Mizam, Nadhar, Nyda dan Warith turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir itu.

Kemenangan Afif yang bergelar juara dalam siri saingan Soulstar 2012 itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi.

Lebih menarik, Afif turut dilantik sebagai duta pelancongan bagi negeri Sarawak selain dipilih menjalani program perantis sistem latihan dual nasional dalam bidang muzik tradisional dan audio visual selama 10 bulan di Kampung Budaya Sarawak.

Sementara itu, Feeza selaku naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang Sheila dan menerima wang tunai berjumlah RM2,000 serta trofi.

Sheila turut menggondol persembahan terbaik dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.

Disaksikan lebih 2,000 penonton, Afif membuktikan dia berada dalam standard yang tersendiri.

Bagaimanapun, saingan yang diberikan oleh 11 peserta lain juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.

Menurut Afif, dia tidak menyangka menjuarai Soulstar 2012 memandangkan saingan yang diberikan oleh peserta lain cukup sengit.

"Saya mengucapkan rasa syukur sebab rezeki saya pada malam ini atas sokongan ibu bapa, saudara-mara dan pihak produksi yang memberi peluang belajar di akademi Soulstar," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya pertandingan program realiti paling popular di Sarawak itu.

Ketua juri konsert akhir itu ialah penyanyi popular, Sam Innuendo dan dibantu Bob AF2 dan Cassie My Star LG.

Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Neng dan Nick itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Saiful Malaysian Idol termasuklah peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Abang atau Abang Abd. Hafidz Abang Bujang.

Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang turut mengumumkan dana sebanyak RM50,000 kepada pihak produksi Soulstar.

Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala Kosmo! menjadi rakan media rasmi.

Najib berjaya pasarkan Malaysia

Posted:

Najib berjaya pasarkan Malaysia

Najib berjaya pasarkan Malaysia


NAJIB menyampaikan ucapan pada majlis Malam Malaysia sempena WEF 2013 di Davos, Switzerland semalam.


DAVOS (Switzerland) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencatat kejayaan tersendiri apabila berhasil memasarkan Malaysia di pentas dunia pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam

Berpuas hati dengan hasil kerja keras memasarkan Malaysia sepanjang forum itu berlangsung, Najib berkata, beliau yang dibantu tiga orang menteri kanan telah berjaya menyampaikan 'kisah Malaysia' kepada sebahagian besar peserta forum kali ini.

Mesyuarat Tahunan WEF itu berlangsung selama lima hari sehingga hari ini.

Najib berkata, keputusan untuk menyertai WEF secara besar-besaran pada tahun ini dibuat kerana beliau begitu yakin Malaysia sememangnya sarat dengan kejayaan terutamanya melalui transformasi yang besar termasuk dalam bidang ekonomi yang menjurus ke arah negara berpendapatan tinggi kurang lapan tahun lagi.

Katanya, Malaysia juga telah berjaya menambah pelaburan, meningkatkan nilai pasaran saham dan menyediakan peluang pekerjaan.

"Kita juga berjaya membendung inflasi, kadar pengangguran yang rendah, kedudukan ranking yang lebih baik oleh Bank Dunia dan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).

"Kejayaan ini, kita dapat persembahkan ketika pertemuan-pertemuan yang diatur sepanjang WEF ini berlangsung," katanya pada majlis Malam Malaysia sempena WEF di sini semalam.

Turut hadir pada Malam Malaysia itu ialah Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved