Selasa, 22 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Najib marakkan perjuangan Palestin

Posted:

Najib marakkan perjuangan Palestin

Najib marakkan perjuangan Palestin


HUBUNGAN AKRAB... Najib (kiri) menyatakan sesuatu pada pertemuan dengan Ismail di Gaza.


GAZA, Palestin - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza semalam.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 10.40 pagi (waktu Gaza) atau kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia.

Satunya-satunya pintu masuk ke Genting Gaza tanpa memerlukan kebenaran Israel adalah melalui lintasan Rafah di Mesir.

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan Gaza.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang dalam upacara sambutan ketibaannya.

Najib juga memeriksa barisan kehormat pasukan polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan darat sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Najib dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum meninjau tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah dalam serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Sementara itu, Najib dalam laman Twitternya turut menyatakan kesyukuran kerana segala urusan berkaitan kunjungan bersejarahnya ke Gaza berjalan lancar.

Ketibaannya di Gaza disambut oleh Ismail, pemimpin tertinggi Hamas, dan lebih menggembirakan apabila beliau dapat mengunjungi tapak projek sekolah Malaysia di Gaza.

"Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya. (Saya) harap lawatan ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara dua negara," ujarnya.

Dalam mesej Twitter pada pukul 11 malam tadi (waktu Malaysia), Najib menyatakan beliau sudah pun keluar dari Gaza.

Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir tiba di Kaherah kelmarin.

Penjenayah larikan budak, Toyota Wish

Posted:

Penjenayah larikan budak, Toyota Wish

Penjenayah larikan budak, Toyota Wish

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my

CHEYANNE ditenteramkan oleh ibunya sebaik dia ditemui oleh orang awam dan diserahkan ke Balai Polis Gita, Kuching semalam.


KUCHING – Seorang budak perempuan melalui detik mencemaskan selama 30 minit apabila dia dilarikan bersama kereta milik ibunya oleh sekumpulan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Matang di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 6.15 pagi, Cheyanne Michcal, 8, ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan Toyota Wish yang enjinnya dihidupkan tetapi berkunci selepas ibunya pergi ke tandas.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Christinah Madan, 42, yang terkejut apabila mendapati kenderaan itu dan anaknya tiada selepas dia keluar dari tandas beberapa minit kemudian.

Bagaimanapun, Cheyanne bernasib baik apabila dia ditemui oleh seorang penjual kuih di kawasan Pasar Raya E-Mart kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Balai Polis Gita.

Ketika ditemui, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya itu sedang menangis meminta pertolongan orang awam.

Christinah yang juga seorang guru di SK St. John, Bau berkata, sebelum kejadian, dia meninggalkan anaknya di dalam kenderaan kerana ketika itu mangsa tidur.

"Saya hanya mampu menjerit meminta tolong kerana telefon, komputer serta beg tangan mengandungi wang, kad bank dan dokumen peribadi ditinggalkan di dalam kereta yang hilang bersama anak saya," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia bernasib baik apabila terdapat orang awam sudi menghulurkan bantuan menghubungi suaminya sebelum dia pergi ke Balai Polis Gita untuk membuat laporan.

"Sebaik tiba di balai polis, saya terkejut melihat anak saya berada di situ," katanya yang bersyukur kerana Cheyanne ditemui selamat selepas hilang kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, polis percaya suspek berjaya melarikan kenderaan itu selepas mengumpil pintunya dengan alat khas mencuri kenderaan.

Budak lelaki maut dihempap TV

Posted:

Budak lelaki maut dihempap TV

Budak lelaki maut dihempap TV

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
berita@kosmo.com.my


luqhman


ALOR SETAR – Sebuah keluarga tidak menyangka keseronokan selepas pulang daripada makan malam berakhir tragedi apabila anak tunggal mereka maut akibat dihempap sebuah televisyen bersaiz 29 inci di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai di sini kelmarin

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan, 2, mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak, 37, berkata, semasa kejadian dia sedang mandi, isterinya, Waida Kasim, 27, bersolat Isyak manakala mangsa menonton televisyen sambil bermain-main berhampiran rak televisyen di ruang tamu rumah sejurus pulang daripada makan.

Ketinggian rak tersebut kira-kira satu meter.

"Sebelum mandi saya menemani Luqhman sementara menunggu isteri solat namun disebabkan berasa panas saya pergi mandi dengan meninggalkan anak saya diperhatikan oleh neneknya," kata Lazzuan ketika ditemui di sini semalam.


INILAH rak dan televisyen yang meragut nyawa Luqhman.


Lazzuan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, ketika sedang mandi dia mendengar bunyi dentuman kuat menyebabkan dia keluar bilik air.

"Saya terkejut apabila melihat televisyen berusia lebih 10 tahun bersama rak tempat letak televisyen telah rebah dengan Luqhman berada di bawah televisyen.

"Ketika itu juga saya lihat darah banyak keluar dari belakang kepalanya menyebabkan saya segera menghantarnya ke sebuah hospital swasta di sini," ceritanya sedih.

Ketika tiba di hospital, Luqhman masih bernafas namun dia disahkan meninggal dunia ketika diperiksa oleh doktor di wad kecemasan.

Pemandu bas itu berkata, dia dan nenek mangsa tidak mengetahui bagaimana rak televisyen itu boleh jatuh.

Mayat Luqhman dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Sebelum ini, Lazzuan berkata, dia sering menegur Luqhman agar tidak bermain berhampiran rak televisyen kerana bimbang kejadian ini berlaku.

"Setiap kali saya nampak Luqhman bermain di rak televisyen saya akan panggil dan beritahu dia jangan bermain di situ namun tidak menyangka kejadian sebegini terjadi juga," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ariff Abu Bakar, 33, berkata, dia tidak menyangka aktiviti memancing yang dilakukan bersama anak buahnya pada waktu petang sebelum kejadian merupakan detik-detik terakhir bersamanya.

"Ketika memancing Luqhman kelihatan sangat manja berbanding hari-hari sebelum ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved