Selasa, 22 Januari 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Mengejutkan orang ramai di CES 2013

Posted:

Mengejutkan orang ramai di CES 2013

Mengejutkan orang ramai di CES 2013

PEMAIN-PEMAIN industri pembuatan televisyen dunia berlumba-lumba menunjukkan produk terbaharu mereka yang lebih besar dan paparan lebih menarik dengan pelbagai teknologi yang lebih pintar untuk para pelanggan yang mahukan pengalaman menonton berbilang skrin.

Syarikat-syarikat seperti Samsung, Sony, LG, Sharp dan Panasonic menayangkan evolusi terbaharu televisyen mereka pada Pameran Elektronik Pengguna (CES 2013) yang berlangsung di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Acara yang berlangsung pada awal Januari lalu itu memperlihat generasi televisyen baharu yang dikenali sebagai Ultra HD (Ultra Berdefinisi Tinggi), ia berdefinisi tinggi 4K (3840 × 2160 resolusi).

Ultra HD memberikan paparan yang lebih menakjubkan, imej-imej seakan-akan hidup tetapi dijual pada harga yang tinggi.

Saiznya turut bertambah dengan kebanyakan pengguna mencari skrin televisyen berukuran kira-kira 60 inci (152 sentimeter atau lebih besar) terutamanya di AS, menurut kaji selidik yang dibuat oleh pemain industri.


SAMSUNG turut mempamerkan televisyen berdefinisi tinggi keluaran mereka di CES.


"Bagi pengguna-pengguna di AS, lebih besar sudah semestinya lebih baik," kata wakil AS untuk pengeluar televisyen dari Jepun, Sharp.

Sharp merupakan salah satu pengeluar terbesar televisyen jumbo di pasaran AS.

Syarikat tersebut menjual televisyen dengan paparan sehingga 84 inci (213 sentimeter) menggunakan teknologi definisi tinggi dipanggil IGZO (indium galium zink oksida).

Syarikat dari Korea Selatan, Samsung turut memperkenalkan televisyen baharu yang membolehkan dua individu menonton dua buah program berbeza dalam satu masa.

Televisyen F9500 merupakan yang pertama di dunia menawarkan ciri berbilang pandang (multiview) menggunakan teknologi skrin yang dipanggil Organik Diod Pemancar Cahaya (OLED).

Para penonton mesti memakai cermin mata tiga dimensi, manakala pembesar suara binaan dalam dapat memberikan audio dalam bentuk stereo terus kepada mereka.

Namun, Ultra HD dan televisyen-televisyen lain masih lagi perlahan dalam menawan pasaran sedia ada kerana harganya yang terlalu tinggi sehingga mencapai AS$10,000 (RM30,153).


SONY memperkenalkan televisyen Ultra HD 4K pada CES.


Ramalan jualan

Ramalan jualan itu dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Elektronik yang menunjukkan segmen tersebut hanya meliputi lima peratus pasaran AS sehingga tahun 2016.

Para pengeluar televisyen masih lagi dalam langkah agresif bagi mendapatkan pengguna yang lebih ramai pada produk terbaharu mereka termasuk menyenarai beberapa isu.

Antaranya, kekurangan kandungan yang bersesuaian dengan format baharu televisyen.

Sebagai contoh, Sony mengumumkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan video 4K di AS pada tahun ini dan juga mendedahkan cadangan untuk mengeluarkan lebih banyak televisyen mampu milik berukuran 55 dan 65 inci (140 dan 165 sentimeter) sebagai tambahan sedia ada, set 84 inci.

LG pula akan melancarkan kali pertama set OLED dan bakal berada di pasaran AS pada harga runcit lebih kurang AS$12,000 (RM45,229) untuk model berukuran 55 inci.


PANASONIC juga memperkenalkan televisyen 4K dengan OLED.


"Televisyen OLED akan menjadi permulaan era pada hiburan di rumah.

"Dengan warna yang hidup, nisbah kontras tidak terbatas dan nipis, LG OLED memberikan pengalaman menonton yang mengagumkan.

"Ia tidak boleh disangkal lagi merupakan sebuah produk premium yang berbaloi pada harga yang premium juga," kata timbalan kanan presiden, LG Electronics AS, Jay Vandenbree.

Pengalaman menonton

Sementara itu, Samsung turut mendedahkan televisyen OLED pertama di dunia melengkung, menurut pengeluar itu, ia mampu menawarkan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan.

Pengeluar dari China juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan televisyen dengan memperkenalkan barangan elektrik itu dengan lebih menarik.

Contohnya, Haier dan TCL mendedahkan televisyen pintar baharu yang boleh menggunakan platform Google 3.0 yang akan dijual di AS sekitar tahun ini.

Bagi para analisis pula berpendapat, pengguna lebih fokus pada ciri-ciri baharu televisyen termasuk kebolehan untuk pergerakan data daripada peranti mobil ke skrin besar atau sebaliknya.

"Kita hidup di dalam dunia yang didominasi oleh aplikasi sama ada pada telefon pintar, tablet atau televisyen. Para pengguna mahu mengakses aplikasi mereka setiap masa tanpa mengira jenis peranti termasuk televisyen.


TIMBALAN presiden strategik pemasaran produk Sharp, Jim Sanduski turut memperkenalkan kepada umum televisyen ultra HD mereka.


"Televisyen perlu menawarkan ciri yang terbaik dan paling senang untuk pengalaman pengguna," kata penganalisis kanan CEA, Kevin Tillman.

CEA menemui lebih seorang daripada lima orang lelaki dewasa AS mempunyai satu aplikasi pintar untuk HDTV dan 90 peratus menggunakan aplikasi yang ada pada paparan pada tahap tertentu.

"Pada pendapat saya, penyelarasan kandungan merupakan magis yang ada. Orang ramai menggunakan purata lima atau enam peranti dan dengan mudah mendapat data yang sama pada semua jenis peranti," kata penganalisis teknikal pengguna IDC, Danielle Levitas.


MASALAH dengan televisyen 4K adalah masih lagi tiada bahan tontonan dalam format ultra HD di dunia.


Danielle berkata, inisiatif terbaharu yang dikenali televisyen yang membolehkan pengguna berdaftar menonton pada peranti ketika sedang dalam pemergian.

"Disebabkan kandungannya dilesenkan, banyak pengalaman menonton hanya terhad di rumah. Orang ramai mahu menonton kandungan dalam tablet di lokasi yang jauh ke dalam atau di dalam bilik hotel," katanya.

James McQuivey dari Forrester berkata, para pengguna lebih fokus pada tablet dan bersedia untuk membeli televisyen baharu.

Tambahnya, kebanyakan mereka sudah memiliki set definisi tinggi yang masih lagi boleh digunakan dan hanya melihat Ultra HD sebagai peningkatan yang terlalu kecil atau tidak penting.

"Para pengguna tidak perlu resolusi. Tidak ada cara untuk mereka melihat perbezaan tersebut melainkan kamu mempunyai skrin yang bersaiz sebuah dinding.

"Malah, tidak ada kandungan rancangan dalam format 4K. Jadi, sesiapa sahaja yang membeli televisyen 4K dalam erti kata lain, seperti membakar duit mereka sendiri," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved