Selasa, 22 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tindakan pantas URB tahan tiga penyamun

Posted:

Tindakan pantas URB tahan tiga penyamun

Tindakan pantas URB tahan tiga penyamun

22/01/2013 11:32pm

KUALA LUMPUR – Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mula menunjukkan keberkesanannya dengan kejayaan menahan tiga lelaki yang menjalankan kegiatan samun di sekitar Kepong di sini.

Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sentul, DSP Habibi Majinji berkata, kejayaan itu dicapai apabila anggota URB bertindak pantas sebaik mendapat maklumat mengenai seorang mangsa yang diugut supaya mengeluarkan wang di sebuah bank di Medan Putra, Kepong, Khamis lepas.

Lima minit selepas dimaklumkan, bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, dua anggota URB yang meronda di kawasan itu menahan seorang suspek.

Susulan tangkapan itu, dua lagi rakan suspek ditahan setengah jam kemudian di sebuah rumah kedai di Taman Ferdason, Kepong.

Ketiga-tiga suspek yang berumur lingkungan 30-an itu yang positif syabu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, direman sehingga esok, katanya. – BERNAMA

Banduan Penjara Penor bolos ketika cuci tasik

Posted:

Banduan Penjara Penor bolos ketika cuci tasik

Banduan Penjara Penor bolos ketika cuci tasik

22/01/2013 10:42pm

KUANTAN – Seorang banduan dipercayai melarikan diri dari Penjara Penor ketika sedang melakukan kerja-kerja mencuci tasik dalam kawasan penjara itu petang ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, kejadian itu hanya disedari seorang petugas penjara ketika memeriksa bilangan banduan yang melakukan kerja-kerja tersebut.

"Banduan terbabit, Mohd Norhafiza Mat Sudin, 26, berasal dari Felda Tenang, Besut, Terengganu sedang menjalani hukuman selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 2(2) (3)/15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dia dihukum menjalani hukuman penjara mulai 15 September lepas dan tarikh bebas ialah pada 6 Disember 2013," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, banduan berkenaan melarikan diri dalam kawalan anggota penjara kira-kira jam 1.15 petang.

"Polis menerima laporan kira-kira jam 4.43 petang dan terus melancarkan operasi bersama kakitangan penjara di semua kawasan yang disyaki dan sempadan bagi mencari banduan itu," katanya. – BERNAMA

Pelajar kosongkan Dewan Malaysia mulai esok

Posted:

Pelajar kosongkan Dewan Malaysia mulai esok

Pelajar kosongkan Dewan Malaysia mulai esok

22/01/2013 10:39pm

JAKARTA – Baki lapan pelajar Universiti Trisakti dari Malaysia yang masih ditempatkan sementara di Dewan Malaysia Jakarta Pusat, akibat banjir di kawasan penempatan mereka di Jakarta Barat, akan mengosongkan dewan itu mulai esok.

Pengarah Education Malaysia (EM) Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata, mereka dibenarkan pulang setelah keadaan di tempat kediaman masing-masing pulih daripada banjir.

Pada kemuncaknya Ahad lepas, Dewan Malaysia menampung 62 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Trisakti setelah rumah mereka atau jalan akses menuju rumah mereka dinaiki air, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Juzhar berkata, Dewan Malaysia Jakarta sentiasa bersedia menempatkan pelajar Malaysia jika kejadian banjir berulang. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved