Isnin, 21 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang

Posted:

Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang

Kathavarayan nafi mohon perlindungan kerana wang

KATHAVARAYAN


SHAH ALAM - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam, menafikan dia memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan.

R. Kathavarayan, 32, ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan juga menafikan cadangan peguam itu bahawa dia berbuat demikian selepas tidak berjaya mendapatkan wang daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan.

Sebaliknya tertuduh keempat itu berkata, dia memohon untuk berada di bawah program itu kerana bimbangkan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Amer Hamzah: Kamu tahu atau tidak, di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, keluarga kamu boleh diberikan bantuan kewangan?

Kathavarayan: Tidak tahu.

Amer Hamzah: Saya katakan pada kamu, selepas kamu tidak berjaya dapatkan wang daripada Pathmanabhan kamu memutuskan untuk memohon program perlindungan saksi untuk dapatkan bantuan kewangan dan lain-lain.

Kathavarayan: Tidak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemandu teksi tanam ganja mampat di kebun sawit

Posted:

Pemandu teksi tanam ganja mampat di kebun sawit

Pemandu teksi tanam ganja mampat di kebun sawit

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


BAHAROM (dua dari kiri) melihat dadah yang dirampas daripada seorang pemandu teksi pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu teksi kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 11 kilogram bernilai RM30,800 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis perniagaan ayam di Kampung Chelet, Jalan Salak, Nilai kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Baharom Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan selepas sepasukan anggota daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima maklumat awam dan membuat risikan ke atas premis tersebut.

"Semasa pemeriksaan ke atas suspek yang turut bekerja secara sambilan di premis perniagaan ayam tersebut, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah disyaki ganja.

"Seterusnya siasatan dibuat ke atas suspek, akhirnya suspek memberitahu ada lagi dadah ditanam di dalam tanah di kebun kelapa sawit kira-kira 50 meter dari premis tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kes itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Universiti Xiamen di Malaysia 2015

Posted:

Universiti Xiamen di Malaysia 2015

Universiti Xiamen di Malaysia 2015


NAJIB menyaksikan Mohamed Khaled (kanan) menyerahkan surat jemputan penubuhan kampus cawangan Universiti Xiamen di Malaysia kepada Chongshi di Sepang semalam.


SEPANG - Malaysia dipilih tempat pertama bagi kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen pada tahun 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kampus cawangan itu akan dibina di tanah seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi di sini dan dijangka beroperasi pada September 2015.

"Kerajaan Malaysia memberi kelulusan secara prinsip kepada Universiti Xiamen untuk menubuhkan cawangan kampus luar negara pertama di sini.

"Jemputan ini begitu bersejarah kerana inilah kali pertama kerajaan China membenarkan universitinya menubuhkan kampus di luar negara," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Xiamen, Prof. Zhu Chongshi dan anggota delegasinya seramai 20 orang di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Duta Khas Perdana Menteri ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved