Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Peniaga Medan Selera PKNK terima payung
- 9,000 peserta berbasikal mengelilingi Sungai Manik
- 163 mangsa banjir di Johor terima bantuan
Peniaga Medan Selera PKNK terima payung Posted: Peniaga Medan Selera PKNK terima payung![]() MOHD. RIDZUAN (lima dari kanan) bergambar bersama peniaga selepas menyerahkan payung di Alor Setar baru-baru ini. SUMBANGAN. Seramai 33 peniaga di Medan Selera PKNK, Alor Setar menerima sumbangan payung penjaja daripada Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) baru-baru ini. Penyampaian payung yang disumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilakukan oleh Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah. Mohd. Ridzuan memberitahu, ia bagi menggantikan payung penjaja yang rosak dan kotor. Katanya, selain Kedah, sebanyak 1,000 payung telah diperuntukkan untuk diagih kepada peniaga kecil di seluruh negara. |
9,000 peserta berbasikal mengelilingi Sungai Manik Posted: 9,000 peserta berbasikal mengelilingi Sungai Manik![]() ZAINOL FADZI (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada peserta program berbasikal di Sungai Manik baru-baru ini. RIADAH. Sebanyak 9,000 peminat sukan basikal menyertai program Kayuhan Basikal Bukit Sungai Manik di Teluk Intan, Perak baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, peserta program itu berbasikal sejauh kira-kira 45 kilometer mengelilingi mukim Sungai Manik. Beliau memberitahu, antara kawasan yang dilalui ialah Kampung Degung, Kampung Kunci Air 12, Kampung SC Belt, Kampung Chenderong Balai dan Labu Kubong. "Selain bertujuan menerapkan gaya hidup sihat, peserta juga dapat menikmati panorama damai dan indah di Sungai Manik yang dikelilingi jelapang padi," katanya. |
163 mangsa banjir di Johor terima bantuan Posted: 163 mangsa banjir di Johor terima bantuan![]() ABDUL HALIM (kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor Bahru baru-baru ini. BANTUAN. Nasib malang yang menimpa 163 penduduk di Johor akibat bencana banjir baru-baru ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri. Bagi meringankan beban penduduk, Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman menyampaikan bantuan wang berjumlah RM500 kepada setiap mangsa berkenaan pada satu majlis di Johor Bahru baru-baru ini. Mereka merupakan penduduk dari Kampung Ubi Baru, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan, Kampung Umah, Taman Desa Harmoni dan Taman Saujana. "Sumbangan yang disampaikan ini harus digunakan sebaiknya seperti memperbaiki kerosakan rumah, menggantikan keperluan sekolah anak-anak yang musnah dalam kejadian banjir itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan