Rabu, 9 Januari 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sejuta warga Syria kekurangan makanan

Posted:

Sejuta warga Syria kekurangan makanan

Sejuta warga Syria kekurangan makanan

AP
GAMBAR bertarikh 5 Januari lalu menunjukkan bangunan yang musnah akibat serangan tentera Syria di Binnish.


GENEVA, Switzerland - Sekitar satu juta penduduk Syria mengalami kekurangan makanan dengan kebanyakan mereka berada di zon konflik berikutan tindakan pemerintah menyekat pengagihan bantuan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Elizabeth Byrs berkata, pihaknya kini menyalurkan bantuan makanan kepada sekitar 1.5 juta rakyat Syria pada setiap bulan berbanding sejumlah 2.5 juta orang yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kelmarin berkata, tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad meletakkan syarat untuk berdamai tidak akan membantu menamatkan penderitaan rakyat Syria.

"Setiausaha Agung (Ki-moon) kecewa bahawa ucapan Bashar pada 6 Januari lalu tidak membantu ke arah penyelesaian bagi menamatkan kesengsaraan rakyat Syria," kata jurucakap PBB, Martin Nesirky.

Menurutnya, Ki-moon dan Utusan PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi sedang berusaha membentuk peralihan politik termasuk penubuhan pentadbiran sementara dan mengadakan pilihan raya di bawah kelolaan PBB.

Selepas usaha damai terbaharu tersebut ditolak Bashar, Brahimi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi pada hari ini.

Iran kini merupakan satu-satunya negara yang menyokong ucapan Bashar tersebut.

Dalam ucapannya, Bashar berikrar mahu menghapuskan pihak penentang di Syria yang dilabel sebagai pengganas yang disokong oleh pihak asing.

Pertempuran di Syria bermula pada Mac 2011 dengan lebih 43,000 orang dilaporkan terbunuh.

Para penentang Bashar mahu beliau digulingkan selepas didapati gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi

Halimah bakal Speaker Parlimen Singapura

Posted:

Halimah bakal Speaker Parlimen Singapura

Halimah bakal Speaker Parlimen Singapura


HALIMAH


SINGAPURA - Seorang wanita Muslim bakal menggantikan bekas Speaker Parlimen Singapura yang terpaksa meletak jawatan kerana terbabit dalam skandal seks, menurut pengumuman yang dibuat semalam.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, beliau akan mencalonkan Halimah Yacob yang kini Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan untuk jawatan tersebut apabila Parlimen bersidang Isnin depan.

Halimah akan menjadi Speaker wanita pertama di Singapura.

Berusia 58 tahun, wanita itu bakal menggantikan Michael Palmer yang meletak jawatan secara mengejut pada bulan lalu. Palmer, 44, berundur selepas membuat pengakuan terbuka bahawa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti dalam skandal seks terbaharu yang melanda pulau ini.

Halimah perlu meletakkan jawatannya dalam Kabinet sebelum beliau memikul tugas baharu tersebut.

Wanita itu mempunyai pengalaman luas dalam pergerakan buruh, kerja kemasyarakatan dan pendidikan prasekolah.

"Di Kabinet, Halimah bertutur dengan kata-kata yang penuh belas kasihan dan praktikal sekali gus membolehkan kita membentuk dasar yang efektif secara bersama dengan sentuhan kemanusiaan," kata Hsien Loong dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, parti-parti pembangkang di sini mendesak Hsien Loong supaya mengadakan pilihan raya kecil untuk kerusi Timur Punggol yang dikosongkan oleh Palmer.

Ahli politik yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak itu meletak jawatan bagi mengelak parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dianggotainya dan Parlimen mendapat malu kerana skandal seksnya.

Parlimen yang mempunyai 87 anggota itu didominasi PAP yang terus memerintah pulau ini sejak tahun 1959.

Sehingga kini, cuma terdapat enam anggota pembangkang di Parlimen. - AFP

Aktivis tentang cadangan undang-undang membonceng

Posted:

Aktivis tentang cadangan undang-undang membonceng

Aktivis tentang cadangan undang-undang membonceng


AFP
DUA orang wanita membonceng dua buah motosikal di Banda Aceh semalam.


JAKARTA - Seorang anggota kumpulan hak asasi manusia semalam menggesa pemerintah Indonesia untuk menyekat cadangan pelaksanaan undang-undang yang melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam di bandar Lhokseumawe, Aceh.

Wanita-wanita yang duduk dengan mengangkang kaki mereka itu dianggap sebagai posisi yang tidak sopan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

Datuk Bandar Lhokseumawe, Suaidi Yahya pada Isnin lalu mengedarkan surat penjelasan tentang perlunya undang-undang tersebut dilaksanakan.

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengelak perbuatan yang tidak bermoral.

Bagaimanapun, seorang aktivis hak-hak wanita, Roslina Rasyid berkata, pelaksanaan itu akan menyebabkan ciri-ciri keselamatan semasa menunggang motosikal telah diabaikan.

Beliau merupakan anggota Persatuan Bantuan Guaman Wanita Indonesia. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved