Selasa, 25 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sabah, Sarawak saudara sewarganegara

Posted:

Sabah, Sarawak saudara sewarganegara

Oleh Muller Asen
berita@kosmo.com.my

KEPUTUSAN bekas Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub untuk menjayakan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 merupakan satu usaha tepat dalam memastikan kelangsungan sebuah negara baharu.

Campur tangan British di bawah pemerintahan Rajah Brooke sejak kurun ke-18 di rantau ini seakan-akan dilenyapkan sekelip mata selepas penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia.

DUA buah perahu panjang melintasi mercu tanda Sarawak Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika menyusuri Sungai Sarawak.


Penganalisis politik Sarawak, Dr. Jeniri Amir berkata, perkara itu sudah cukup mengingatkan rakyat Malaysia betapa bersejarahnya 16 September 1963.

Katanya, ia umpama suatu rahmat apabila Sabah dan Sarawak diberi kemerdekaan melalui penggabungan dengan Malaya pada tarikh berkenaan.

"Atas pemahaman tersebut, rakyat pelbagai kaum masa kini perlu lebih menghayati Hari Malaysia dalam sejarah mahupun konteks kontemporari.

"Dari satu sudut, penubuhan Malaysia telah menamatkan pembabitan empayar British di Asia Tenggara selain memerdekakan Sabah dan Sarawak daripada kedaifan dan kemunduran," katanya kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, Dr. Jeniri mengakui, sebelum Hari Malaysia disambut secara rasmi pada 16 September setiap tahun, sambutan bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia sebelum itu agak hambar.

Bagaimanapun, hanya beberapa tahun kebelakangan ini, barulah wujud kesedaran tentang tarikh 16 September itu.


AHLI Suruhanjaya Cobbold melawat Sarawak berikutan cadangan penubuhan Malaysia.


Agenda pembangunan

"Semangat Malaysia perlu serasi dengan realiti negara dalam memastikan bahawa persoalan politik Malaysia bukan semata-mata berkisar kepada kepentingan Melayu, Cina dan India.

"Sebaliknya, agenda pembangunan terancang kerajaan wajar melibatkan semua bangsa dan agama tanpa mengira latar belakang dan lokasi mereka menetap," ujarnya.

Sambil menambah, usaha seumpamanya perlu dilakukan dalam menuntut anjakan ideologi dan pendekatan dari kedua-dua warga Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Misalnya, rakyat Malaysia di Semenanjung dan Kerajaan Persekutuan perlu melihat rakyat di Sabah dan Sarawak sebagai saudara sewarganegera.

Pada masa sama, mereka perlu menyemai kesedaran dan mengakui bahawa tuntutan dan keperluan pembangunan sosio-ekonomi disama rata tanpa adanya tembok pemisah.

"Rakyat Malaysia di Sarawak dan Sabah patut menghakis jurang psikologi antara negeri kerana ia hanya akan mencetuskan ketidaksefahaman antara rakyat.

"Paling utama ialah mengekalkan status quo dan memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin negara, supaya bersama-sama maju ke hadapan sebagai satu negara bangsa yang teguh bersatu," jelasnya.


TUN DATUK ABANG OPENG (tiga dari kanan) mengangkat sumpah sebagai Gabenor Sarawak yang pertama.


Sementara itu, Dr. Jeniri menegaskan, menjiwai tarikh 16 September ini tidak bererti kepentingan Hari Kebangsaan 31 Ogos akan tersusut.

Bagi Dr. Jeniri, kedua-dua peristiwa tersebut berbeza, bagaimanapun ia mempunyai signifikannya yang tersendiri.

Maka keputusan kerajaan mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai cuti umum di semua negeri mulai tahun 2010 adalah tepat.

"Malah, jika tidak ada 16 September, maka Malaysia tidak akan wujud, begitu juga sebaliknya.

"Jadi adalah wajar sambutan Hari Malaysia pada masa hadapan akan diadakan lebih besar bagi mencerminkan kesedaran betapa besar ertinya apabila Sarawak dan Sabah bersetuju bergabung dan merdeka dalam Malaysia," katanya.


PENDUDUK kampung menikmati kemudahan bekalan air paip di Sarawak sekitar tahun 1970-an.


Hormati pemimpin

Sehubungan itu, Dr. Jeniri membidas tindakan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang suka mempolitikkan isu sambutan Hari Malaysia semata-mata untuk menarik perhatian rakyat.

"Saya tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang. Mereka (pembangkang) seolah-olah berniat untuk mempolitikkan sambutan Hari Malaysia dengan cuba menganjurkan satu sambutan lain," katanya.

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pula menyifatkan tindakan biadap segelintir peserta Himpunan Janji Demokrasi bulan lalu sebagai kelakuan yang tidak bertamadun.

Tegasnya, golongan remaja di negara ini perlu menghormati pemimpin negara kerana tanpa pemimpin, mungkin negara Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini.

Abdul Wahap yang juga Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, sebagai rakyat di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mereka perlu menghormati sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin negara ini.

"Seharusnya kita menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana beliau telah banyak membawa perubahan kepada negara ini," katanya.

Hari Malaysia mengingatkan semua rakyat betapa pentingnya membina satu identiti nasional yang menerima perbezaan etnik, agama dan warisan.

Katanya, berpaksi kepada prinsip kepelbagaian itu, ia sewajarnya berpegang kepada satu masa hadapan yang dikongsi bersama.

"Justeru, pada hari ini kita menyebut tentang perlunya saling menerima dan menghormati perbezaan antara kita, semua rakyat perlu menyedari bahawa pada asas penubuhan itu sendiri, Malaysia sudah pun berteraskan prinsip kepelbagaian," katanya.

Rahsia warga Hong Kong panjang umur

Posted:

Rahsia warga Hong Kong panjang umur

ORANG berusia yang rajin bekerja dan berinteraksi dengan masyarakat mampu mengelakkan diri daripada mengalami masalah nyanyuk.


LELAKI Hong Kong sudah memegang gelaran warga tertua dunia lebih sedekad. Data terbaharu pula menunjukkan wanita di kosmopolitan itu juga telah berjaya menyaingi rakan seangkatan mereka di Jepun buat pertama kali.

Bancian butiran data itu mendedahkan bahawa jangka hayat wanita Hong Kong meningkat daripada purata 86 tahun pada tahun 2010 ke 86.7 tahun pada tahun 2011.

Umur panjang wanita Jepun pula mengalami penurunan akibat gempa bumi dan tsunami pada tahun lalu iaitu sekitar 85.9 tahun.

Jadi, apakah rahsia penduduk Hong Kong berusia panjang?

Para pakar berpendapat, tiada sejenis ubat pun mampu memanjangkan usia tetapi beberapa faktor dapat menyumbang ke arah itu.

Kemudahan mengakses penjagaan kesihatan moden, sentiasa sibuk, makanan tradisional Kantonis dan permainan mahjong dikatakan dapat menambah hayat penduduknya.

Gaya hidup

"Batu-batu bergerak tidak mengumpul lumut (individu yang bergerak tidak akan hilang idea atau kreativiti).

"Saya suka mengembara, saya suka melihat sesuatu yang baharu dan berjumpa kawan-kawan untuk yum cha (minum teh) setiap hari," kata Mak Yin yang berusia 80 tahun.

Nenek kepada enam orang cucu itu mengamalkan seni pergerakan badan, tai chi, di padang berdekatan rumahnya pada setiap pagi Ahad.

Amalan minum teh juga dikesan dapat memberikan dos antioksida yang sihat ketika menikmati makanan.

"Kawan-kawan saya berusia sekitar 60-an, mereka fikir saya dalam lingkungan usia mereka juga walaupun sebenarnya saya lebih tua daripada mereka," kata Mak yang disambut dengan hilai tawa.

Makanan kegemaran Mak ialah sayur-sayuran, nasi dan buah yang dikukus. Makanan Kantonis terkenal dengan ikan dan sayur kukus yang menggunakan sedikit atau langsung tidak menggunakan minyak masak.

Minyak masak sememangnya dipersalahkan sebagai makanan yang menyebabkan penyakit jantung, obesiti dan berkolesterol tinggi.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada Februari lalu mendapati tai chi mampu mengurangkan kelemahan dan kemerosotan keseimbangan kepada orang yang mengalami penyakit Parkinson pada tahap ringan hingga sederhana.

Tambah pakar, faktor lain yang menyumbangkan usia yang panjang adalah dengan bekerja. Ketika penduduk di negara lain seusia mereka mengambil keputusan untuk berehat selepas bersara, masih ramai lagi penduduk Hong Kong memilih untuk bekerja pada umur 70-an dan 80-an.

Hong Kong tidak mempunyai umur persaraan dan adalah suatu pemandangan yang biasa apabila warga emas bekerja di kedai-kedai, pasar dan restoran bersama-sama dengan kakitangan muda.

WARGA emas yang masih kuat bekerja adalah suatu pemandangan biasa di Hong Kong.


"Ramai orang tua di bandar kami masih lagi bekerja dan itu menyumbang kepada kesihatan mental serta psikologi yang lebih baik," kata presiden Persatuan Gerentologi Hong Kong, Edward Leung.

"Bagi orang tua, ramai yang mengalami tekanan kerana mereka tidak ada apa-apa untuk dibuat dan telah meningkatkan sindrom kekosongan. Ia mengakibatkan tekanan mental," kata penjual ikan, Lee Woo-hing, 67.

Dia tidak betah duduk di rumah tanpa melakukan sesuatu. Inspirasinya ialah seorang taikun tempatan, Li Ka-shing yang merupakan lelaki terkaya di Asia dan masih lagi menguruskan empayar perniagaannya yang besar walaupun sudah berusia 80-an.

"Jika Li Ka-shing masih lagi terus bekerja pada usia 84 tahun, mengapa saya mesti bersara?" kata Woo-hing.

Mahjung perangsang

Situasi kehidupan yang sesak di Hong Kong membawa kesan tidak sihat, dipenuhi dengan penyakit dan virus termasuklah selesema burung dan sindrom pernafasan akut teruk yang telah membunuh berdozen-dozen penduduknya.

Namun, dengan tabiat seharian penduduk biasa di Hong Kong, ramai pakar berkata, bandar itu merupakan tempat yang paling baik untuk menjalani usia tua.

Menurut pakar penuaan daripada Universiti Lingnan, Hong Kong, Alfred Chan, budaya sentiasa sibuk yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, bermain mahjung bersama rakan-rakan dapat membantu melambatkan demensia (nyanyuk).

"Ia merangsang bahagian yang mengawal memori dan keupayaan kognitif. Tabiat itu membantu warga emas mengekalkan memori," katanya.

Peraturan yang rumit dan pengiraan markah membuatkan mahjung yang juga dikenali sebagai domino Cina memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Selain itu, aspek sosial juga penting.

"Dalam mahjung, kamu perlu bermain dengan tiga orang lain. Ia sangat baik untuk bersosial kerana kamu perlu berinteraksi secara berterusan," terangnya.

"Saya separa bersara. saya bekerja pada waktu pagi dan berkumpul dengan rakan-rakan sambil bermain mahjung pada waktu petang," kata tukang jahit berusia 67 tahun, Yeung Fook ketika ditemui sedang bermain permainan itu di sebuah kedai pakaian.

"Saya lebih gembira ketika bekerja. Sangat bosan apabila hanya duduk di rumah," ungkapnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Belajar bahasa Inggeris guna telefon

Posted:

Belajar bahasa Inggeris guna telefon

Oleh ALIF ABU BAKAR

SEGALA-GALANYA bermula di meja makan rumahnya yang terletak di SS3, Petaling Jaya, Selangor. Ketika itu, Rani Wemel, 50, sedang melayari internet bagi mengisi masa lapang selepas anak-anaknya ke tempat belajar.

Daripada situ, dia dapat mengesan betapa besarnya pengaruh telefon bimbit dalam kehidupan manusia walaupun pada waktu itu telefon bimbit sangat ringkas dan bersifat asas iaitu hanya boleh membuat panggilan serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kemudian, atas inisiatif membantu orang ramai dalam perbualan bahasa Inggeris, Rani dan suaminya, Wemel C.V., 60, yang merupakan seorang usahawan mengadakan pembelajaran mobil yang dikenali sebagai SMS-Me-English pada tahun 2004.

"Kaedah yang digunakan ketika itu sangat asas iaitu dengan menggunakan platform SMS, pengguna menerima satu SMS yang mengandungi perkataan Inggeris setiap hari," kata Rani yang bertugas sebagai Pengarah Eksekutif LTT Global Communications.

Kongsi suaminya yang bertindak sebagai Sekretariat Ahli Bersekutu Persatuan Untuk Pembelajaran Dalam Talian Dunia (WAOE), secara teori seseorang itu mampu berbual dalam bahasa Inggeris dengan hanya memahami dan tahu menggunakan 200 patah perkataan.

PORTAL web Dunia English memberi sokongan kepada para pelajar supaya dapat mempraktikkan bahasa Inggeris mengikut kesesuaian.


Seiring dengan perkembangan teknologi mobil, teknik pembelajaran dalam talian, SMS-Me-English turut membangun dengan memperkenalkan program Mobile English.

Kini, evolusi pembelajaran bahasa Inggeris tersebut dikenali sebagai DuniaEnglish pula dengan memberi penekanan pembelajaran melalui tiga kaedah berbeza.

Kaedah pertama adalah setiap pelajar akan mendapat satu SMS dalam sehari, sama seperti kaedah awal. Sekurang-kurangnya, para pelajar mampu mempelajari 250 perbendaharaan kata baharu dalam tempoh setahun.

Setiap perkataan baharu akan disertakan dengan maksud dan cara untuk mengaplikasikan satu set aksara dalam perbualan seharian.

Terdapat tiga tahap pengiriman perkataan berdasarkan kesukaran iaitu asas, pertengahan dan maju. Tahap maju, tiada perkataan bahasa Melayu digunakan bagi menerangkan kata yang dikirim.

"Kami menasihatkan setiap pelajar supaya menulis kembali perkataan yang dikirim supaya pembelajaran bawah sedar boleh berlaku melalui pergerakan tangan dan pandangan mata," kata Rani ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya.


DUNIA ENGLISH membantu orang ramai belajar bahasa Inggeris menggunakan laman web dan telefon bimbit.


SMS atau portal

Kaedah pembelajaran kedua Dunia English pula adalah melalui laman web yang beroperasi selama 24 jam sehari.

Dengan portal www.duniaenglish.com, para pelajar dapat mempraktikkan perkataan Inggeris yang dipelajari mengikut minat masing-masing.

Dengan menggunakan medium yang diminati seperti radio, surat khabar, sukan atau permainan video, pelajar dapat mempraktikkan sebutan, mendengar dan mengeja bahasa Inggeris.

Kata Rani, terdapat lebih kurang 11 cara yang berbeza untuk mempraktikkannya. Amat penting apabila belajar dengan menggunakan kaedah yang diminati sekali gus pembelajaran secara tidak langsung boleh berlaku.

Sebaik-baiknya, setiap pelajar disarankan supaya menggunakan bantuan laman portal itu antara 30 hingga 45 minit sehari bagi memaksimumkan pembelajaran.

Bukan sahaja ditujukan kepada para pelajar pada peringkat sekolah dan universiti, Dunia English turut menyasarkan kelompok para pekerja tanpa mengira tingkat pekerjaan.

Pembelajaran dua hala dan interaktif amat penting dalam menguasai bahasa Inggeris, malah bagi memastikan tiada orang mengalami keciciran, Dunia English mengadakan kelas tutorial secara langsung kepada pelajar setiap minggu.

Kelas yang diadakan sekali seminggu membolehkan setiap pelajar bertanyakan soalan yang tidak boleh dilakukan pada portal web kepada tutor yang bertugas.

Diadakan pada hari Rabu pada pukul 8.30 malam, ia boleh diakses dengan mudah menggunakan komputer yang mempunyai sambungan internet selain aksesori seperti fon kepala dan mikrofon.


WAKTU yang fleksibel mengikut kesesuaian para pelajar merupakan ciri utama Dunia English.


Kelas tutorial yang diadakan itu membolehkan pelajar berinteraksi dan bertanyakan soalan secara terus kepada tutor yang diajar sendiri oleh Rani.

"Setiap kelas tutorial akan diberi tajuk perbincangan yang seronok dan terkini bagi memastikan ia menarik perhatian semua pelajar untuk berinteraksi," kata Rani yang memiliki tiga orang anak.

Sebagai contoh, topik sukan Olimpik London 2012 dipilih kerana ia mampu menarik perhatian ramai walaupun seseorang itu kurang berminat dengan sukan. Statusnya sebagai sukan Olimpik pertama yang dikuasai teknologi mobil menarik perhatian.

"Olimpik London 2012 membuktikan bahawa teknologi mobil boleh pergi lebih jauh berbanding kaedah konvensional," katanya.

Sijil pembelajaran

Kepada pelajar yang terlepas kelas tutorial tersebut mereka boleh mengikuti semula kerana semua pembelajaran langsung yang disimpan dalam arkib dan boleh dilayari semula pada bila-bila masa.

Barangkali ada beberapa individu yang bersifat sinikal mengatakan teknologi yang digunakan pada Dunia English agak ketinggalan.

Namun, matlamat untuk memberikan kaedah pembelajaran mampu milik dan berpatutan menjadi pegangan Rani dan Wemel.

"Mungkin kaedah yang sama sudah ada empat tahun dahulu, tetapi ketika itu sangat mahal dan tidak mungkin yuran berpatutan boleh dikenakan," terang Rani lagi.

Setakat ini, kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Maktab Koperasi Malaysia, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Melaka dan Pusat Pengurusan Maklumat Bank Negara Malaysia sudah menyertai program tersebut.

Kata Wemel, Dunia English membolehkan para pelajar belajar bahasa Inggeris tanpa perlu meninggalkan tempat bekerja dan amat berpatutan.

Program Dunia English berharga RM20 sebulan dan berlangsung selama setahun. Selalunya, yuran dibayar secara kumulatif untuk setahun iaitu sebanyak RM240.

Secara kasarnya, program tersebut memaksimumkan fleksibiliti para pelajar, mengurangkan rasa malu dan mereka boleh mempelajari sesuatu bergantung kepada tahap kemampuan.

Sebaik tamat pembelajaran melalui program yang berlangsung selama setahun itu, para pelajar diberi pilihan untuk menduduki sebuah peperiksaan khas bagi mendapatkan sijil untuk Kemahiran bahasa Inggeris.

Sijil dianugerahkan oleh Sekolah Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang bekerjasama dengan LTT Global Communication.

William dan Kate ke Lembah Danum

Posted:

William dan Kate ke Lembah Danum


LEMBAH DANUM merupakan hutan yang kerap menjadi tumpuan penyelidik di seluruh dunia malah, menarik perhatian pasangan diraja ini.


SELEPAS melakukan lawatan di Kuala Lumpur termasuk menghadiri makan malam bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 83, dan melawat sekitar Kuala Lumpur, pasangan diraja Britain, Putera William dan isteri, Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah.

Di negeri di bawah bayu itu, pasangan diraja itu menaiki helikopter untuk melawat Lembah Danum yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Lahad Datu.

Lebih kurang tiga jam, Putera William dan Kate Middleton meninjau keindahan kawasan hujan tropika itu.

Hutan seluas 438 kilometer persegi itu merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan flora dan fauna. Melalui kajian dan penyelidikan mendedahkan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tanah rata di Sabah termasuklah badak sumbu Sumatera, seladang, gajah Asia, harimau akar dan orang utan.

Pusat Kajian Lapangan Lembah Danum (DVFC) di situ diuruskan oleh Yayasan Sabah di bawah jawatankuasa yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beberapa agensi yang berminat mengenai penyelidikan dan pemuliharaan hutan.

Di Lembah Danum, terdapat lebih 300 spesies burung yang pernah direkodkan di situ seperti kuang Bulwer, pitta, Borneo bristlehead dan lapan spesies burung enggang selain lebih 40 spesies ikan.

Banyak program penyelidikan kerjasama antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum dan Royal Society, London diadakan sejak tahun 1984.

PASANGAN diraja ini melalui platform peninjau kanopi yang merupakan antara kemudahan yang terdapat di DVFC.


Impak pembalakan

Kerjasama tersebut meletakkan sasaran untuk memahami secara saintifik proses ekologi dan mengekalkan hutan hujan tropika.

Ia juga bertujuan untuk memberi peluang latihan kepada rakyat Malaysia dalam ekologi, perhutanan dan bidang-bidang sains yang berkaitan.

Menaksir impak pembalakan dan menyediakan informasi yang boleh membantu meningkatkan pengurusan hutan.

Pusat penyelidikan tersebut dibuka kepada orang ramai termasuk dari dalam dan luar negara dengan hanya perlu memohon kepada sekretariat jawatankuasa.

Setakat ini, lebih kurang 300 penyelidikan telah disiap atau sedang dalam kajian. Kebanyakannya merupakan kerjasama antara rakyat Malaysia serta saintis dari luar.

WILLIAM (kiri) dan Kate meluangkan masa kira-kira tiga jam melihat persekitaran Lembah Danum.


Kajian yang dilakukan tertumpu pada dinamik hutan asli, kitaran nutrisi dan kesan pembalakan ke atas kualiti air serta populasi vertebrata.

Antara kemudahan yang disediakan di situ ialah plot penyelidikan di dalam hutan, menara platform peninjau kanopi dan akses hutan yang pernah dibalak bagi membuat perbandingan hutan-hutan primer dan sekunder.

Antara penyelidik yang pernah ke Lembah Danum ialah pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr. Nik Muhamad Nik Abdul Majid, 64, bersama-sama Rangkaian Pemantauan Pengendapan Asid Di Asia Timur (EANET).

Kajian yang dilakukan adalah dengan melihat tahap keasidan dalam tanah di beberapa kawasan kajian di Asia.

"Hutan-hutan di Malaysia masih lagi baik kerana darjah bacaan pH antara 4.6 hingga 5.6. Jika bacaan berada pada tahap 2, ia sudah sangat teruk," kata Nik Muhamad yang ditemui di Serdang, Selangor baru-baru ini.


LEBIH 300 spesies burung di Lembah Danum pernah direkodkan oleh para penyelidik. - Gambar hiasan


Hujan asid

Pokok kelat paya yang sangat sensitif pada perubahan hujan ditanam sebagai penunjuk apabila berlaku perubahan keasidan hujan.

Ancaman hujan asid yang berlaku akibat aktiviti perindustrian sudah pun memberikan kesan pada alam sekitar seperti di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat.

Sejajar dengan kepentingan hutan selain membekalkan oksigen dan menjadi tanah perlindungan bagi hidupan liar, Lembah Danum merupakan tempat yang paling ideal untuk rekreasi seperti melihat burung, fotografi hidupan liar atau aktiviti merentas hutan.

Puncak tertinggi di Lembah Danum ialah Gunung Danum pada ketinggian 1,093 meter. Antara aktiviti yang dilakukan di situ termasuklah merentas hutan. Gunung itu memerlukan masa tiga hari dua malam untuk sampai manakala mereka yang tegar cukup hanya empat jam.

Bukit Rafflesia juga mampu menarik perhatian para penggemar alam sekitar kerana di situ orang ramai berpeluang menemui bunga rafflesia.

Kawasan Konservasi Lembah Danum dikategorikan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan.

Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan empat harinya di Malaysia dengan berlepas ke Kepulauan Soloman dan Tuvalu.

Kedua-dua kerabat diraja Britain itu diraikan pada satu majlis perpisahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 7 pagi.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph pairin Kitingan dan Datuk Dr. Yee Moh Chai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ahli politik veteranShah Alam diraikan

Posted:

Ahli politik veteranShah Alam diraikan

AHMAD NAWAWI (belakang empat dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Shah Alam dan Veteran UMNO selepas majlis meraikan mereka di Shah Alam baru-baru ini.


ERAT. Kira-kira 500 ahli veteran UMNO Bahagian Shah Alam dan pesara kanan kerajaan dari kawasan Parlimen Shah Alam diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di pekarangan Bangunan UMNO Shah Alam baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Veteran UMNO Shah Alam, Datuk Ibrahim Kassim berkata, program itu bertujuan mengumpulkan semula ahli-ahli veteran parti tersebut sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin pula memberitahu, selain meraikan hadirin, seramai tujuh veteran UMNO termasuk Datuk Raja Zulkifli Raja Borhan diberi anugerah sebagai mengenang jasa mereka kepada parti.

Permas Kedah bantu warga emas, ibu tunggal

Posted:

Permas Kedah bantu warga emas, ibu tunggal

AHMAD (kiri) melakukan gimik perasmian Permas cawangan Kedah di Taman Bakar Kapor, Sungai Petani baru-baru ini.


PRIHATIN. Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Negeri Kedah menyampaikan pelbagai barang keperluan kepada 30 orang terdiri warga emas dan ibu tunggal sempena Program Muafakat Ukhwah 2012 berlangsung di Taman Bakar Kapor, Sungai Petani baru-baru ini.

Pengerusi Permas, Abdul Aziz Ali berkata, ia merupakan aktiviti pertama dilakukan setelah jawatankuasa Permas selesai mengadakan perjumpaan di Hotel Vista, Jalan Kampung Baru dua bulan lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyampai sumbangan kepada golongan tersebut.

Pelajar sertai Jambori Renjer Sungai

Posted:

Pelajar sertai Jambori Renjer Sungai

SEBAHAGIAN peserta diberi penerangan oleh kakitangan Jabatan Hutan mengenai spesies pokok ketika menyertai JRR di Jertih, Besut baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Sebanyak 150 pelajar dan kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seluruh negara menyertai Jambori Renjer Sungai Ranger (JRR) peringkat kebangsaan selama tiga hari bermula 22 hingga 24 September lalu di pinggiran Sungai Jerteh, Besut.

Penyelaras JRR, Md. Said Dikon berkata, pelbagai aktiviti diatur pada program berkenaan bertujuan mendidik generasi muda tentang kepentingan penjagaan alam sekitar terutama kawasan sungai.

"Pada hari pertama, peserta didedahkan kepada ceramah kesedaran dan motivasi berkaitan isu sungai dan alam sekitar selain penerangan oleh Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bomoh nikah batin didakwa merogol

Posted:

Bomoh nikah batin didakwa merogol

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

MUHAMMAD SOMBHAH ketika ditahan anggota penguat kuasa JHEAINS di Kampung LBJ, Labu, Seremban pada 17 September lalu.


SEREMBAN - Selepas diberkas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana didakwa mengamalkan nikah batin dan memperdaya wanita untuk tujuan seks, seorang bomoh dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan jenayah merogol seorang wanita pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat sini pada pukul 3 petang hingga pukul 3.30 petang 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan dan Haris Salleh.

Dalam prosiding tersebut, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Namun Hanif merayu supaya wang ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menyara keluarga.

Kunasundary kemudian menetapkan tertuduh dibebaskan dengan wang ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 30 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kunasundary juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada setiap bulan selain dilarang berjumpa atau berkomunikasi dengan mangsa serta keluarga mangsa.

Tertuduh tidak membayar wang ikat jamin dan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Kosmo! pada 18 September lalu melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan telah terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu.

Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

Sehari selepas ditangkap, lelaki itu dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bon jaminan tersebut dikenakan terhadap Muhammad Sombhah sebelum dia bakal didakwa pada 9 Oktober depan atas empat tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.

Tiga tuduhan berkenaan iaitu mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.

Satu lagi kesalahan disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.

Boleh rawat pesakit di hospital

Posted:

Boleh rawat pesakit di hospital

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pesakit menerima rawatan perubatan tradisional dan komplementari selaras dengan perubatan moden di hospital.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan peraturan sedia ada, pengamal perubatan terbabit tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital untuk memberikan rawatan.

"Sebelum ini, kita tidak tahu kualiti pengamal perubatan tradisional. Saya yakin dengan adanya akta baharu ini, kualiti perkhidmatan akan lebih teratur dan penerimaan lebih baik daripada pengamal perubatan moden," katanya.

Beliau menggulung perbahasan rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengesahkan syarikat insurans telah menyatakan persetujuan untuk membolehkan pesakit membuat tuntutan sekiranya mereka mendapatkan rawatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pesakit tidak boleh membuat tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala pengamal perubatan terbabit tidak dibenar mengeluarkan sijil cuti sakit.

"Pemberian sijil cuti sakit tidak boleh diberikan kerana ia tertakluk kepada akta yang lain," ujar beliau.

Sementara itu, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia yakin akta baharu ini mampu memberi perlindungan kepada masyarakat dalam mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Presidennya, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dan tertipu dengan tukang-tukang urut dan pengamal perubatan Melayu.

"Dengan adanya pindaan seperti ini, kita harap mereka (pengamal) dapat mempraktikkan cara amalan yang betul," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga meminta kerajaan menyediakan satu pelan menyeluruh bagi mengkaji kadar bayaran yang wajar dikenakan kepada pelanggan ketika mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Kosmo! semalam melaporkan semua pengamal perubatan Islam termasuk tukang urut dan bidan di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan.

Pendidikan tetap jadi keutamaan

Posted:

Pendidikan tetap jadi keutamaan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

MUHYIDDIN bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Bidang pendidikan dijangka terus diberi keutamaan dalam Bajet 2013 yang bakal dibentangkan Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, Bajet 2013 akan terus memberi keutamaan dalam bidang pendidikan bagi menyediakan masa depan lebih baik kepada rakyat untuk menghadapi persaingan global.

"Pada tahun lepas, sebanyak 26 peratus daripada peruntukan bajet disalurkan untuk bidang pendidikan. Saya berharap dalam bajet kali ini pendidikan tetap jadi keutamaan.

"Kita sudah mendapat jaminan Perdana Menteri bahawa kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pendidikan," katanya.

Selain itu, Muhyiddin juga berharap isu rumah mampu milik untuk golongan sederhana dapat ditekankan agar nasib mereka terus terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak akan biarkan masalah ini berlarutan selagi kerajaan BN diberi mandat untuk memimpin negara dan saya harap ia juga akan dipertimbangkan dalam bajet itu nanti," katanya pada majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Losong di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi membina sebuah dewan baharu di Kampung Panji, Wakaf Mempelam dan sebanyak RM430,000 lagi untuk SMK Sultan Ahmad membaiki dewan, surau, gelanggang dan membeli sebuah van.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan rakyat agar tidak mengambil mudah soal pemerintahan biarpun negara telah lama mengecapi kemerdekaan.

"Banyak negara yang terlebih dulu memperoleh kemerdekaan daripada Malaysia, kerajaannya gagal memberi 'makna' kepada kemerdekaan apabila rakyatnya masih menderita.

"Tidak semua kerajaan berupaya membela nasib rakyat dengan memberi hak sepatutnya seperti menyediakan kemudahan untuk kemajuan, keselamatan, keamanan, perlindungan dan penyaluran bantuan secukupnya," katanya.

Beliau menambah, bukan semua negara merdeka mampu melakukan itu semua kecuali negara yang dipimpin oleh kerajaan yang benar-benar mahu membantu dan prihatin kepada rakyat.

Justeru, katanya, nikmat keamanan dan kesejahteraan harus disyukuri dan perlu dipertahankan kerana ia tidak semestinya berkekalan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Rekaan penghapus skeptikal batik

Posted:

Rekaan penghapus skeptikal batik

Oleh ALIF ABU BAKAR

GAYA bersahaja namun unik cuba diterapkan pereka tempatan agar anak-anak muda tertarik dengan persalinan berkonsep batik.


WASWAS dan ketinggalan zaman barangkali perkataan terbaik bagi menggambarkan persepsi anak-anak muda terhadap persalinan bercirikan batik.

Kerapkali kelompok belia menolak penggunaan pakaian yang menggunakan tekstil tradisional tersebut gara-gara enggan dilabel sebagai kolot atau terlalu konservatif.

Ironinya, seluas mana sekalipun promosi atau usaha badan-badan tertentu mengangkat batik ke peringkat global, ia masih gagal menarik minat remaja tempatan yang sepatutnya menjadi penyambung legasi agung tersebut.

Bertempat di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara, Selangor, pelajar tahun akhir jurusan Fesyen dan Tekstil dengan kerjasama fakulti Pengajian Komunikasi telah menganjurkan kempen I Heart Batik baru-baru ini.

Kempen yang bermula pada penghujung Jun sehingga awal Julai lalu itu bertujuan menukar perspektif anak-anak muda terhadap pemakaian batik. Mereka cuba menggalakkan generasi muda menerima batik sebagai pakaian tradisi yang wajar dibanggakan.

Kempen peringkat universiti tersebut dilihat sebagai permulaan positif dalam membina kecintaan kelompok remaja terhadap batik khususnya batik yang melalui aspek pemodenan dari segi rekaan.

Devaraj Balakrishnan, 21, mengakui kesukaran golongan muda mengadaptasi batik sebagai persalinan kasual. Pelajar tahun dua jurusan ijazah sarjana muda komunikasi massa (penyiaran), Kolej Universiti SEGi itu sendiri melihat kelemahan transformasi fabrik itu menjadi persalinan moden.

Tidak rasa malu

"Generasi muda tidak mahu memakai batik tradisional yang sedia ada kerana ia tidak menepati cita rasa zaman sekarang. Kami sebenarnya bangga dengan batik kerana ia antara lambang warisan negara yang tidak ternilai.

"Maka, menerusi pemodenan batik dengan rekaan-rekaan yang segar dan trendy mampu menarik minat kami sekali gus menghilangkan rasa malu apabila menyarungkannya ke acara santai," ujarnya.

Menyarungkan kemeja formal yang digabungkan dengan perca batik di bahagian lengan dan tali leher batik, penampilan Devaraj boleh diklasifikasikan sebagai pemecah stereotaip. Digandingkan pula bersama seluar pendek rona merah dan gaya rambut unik mencipta gaya moden yang mampu menjadi kegilaan jejaka muda.

Persalinan hasil kreativiti pereka meningkat naik, Fairuz Ramdan itu mengubah komposisi fikiran Devaraj terhadap batik. Pembentukan batik moden tersebut dirasakan bersesuaian dengan peredaran zaman masa kini.

"Pertama kali melihat kemeja ini, saya tidak sangka batik boleh diolah menjadi pakaian moden dan memenuhi cita rasa anak muda," tambah Devaraj yang dipilih sebagai salah seorang model bagi memperagakan pakaian-pakaian berkonsep batik sentuhan sekumpulan pereka Bumiputra Designers Association (BDA).

Inspirasi besbol

Fairuz mendedahkan, penghasilan kemeja tersebut tidak sukar jika ia digabungkan dengan material yang tepat. Dapat dilihat bahagian tengah dan kolar kemeja itu diperbuat menggunakan kain kemeja biasa dan diadunkan bersama kain batik cop bagi membentuk bahagian lengan.

"Kedua-dua kain tersebut daripada fabrik kapas dan saya menggunakan teknik patchwork bagi menggabungkan empat jenis kain batik untuk membentuk lengan kemeja dan tali leher tersebut.

"Inspirasi kemeja itu saya peroleh berdasarkan potongan lengan baju pemain besbol. Disebabkan itu, ia dipotong serong dari kolar ke bahagian ketiak," jelas Fairuz yang sedang sibuk menyediakan rekaan baharu untuk dipentaskan pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2012 yang dijangka berlangsung menjelang November depan.

Memahami jiwa anak muda yang tidak menggemari batik tradisional, Fairuz menyatakan elemen-elemen menarik dari segi potongan, warna dan adunan material yang sempurna berupaya menarik kelompok tersebut.

Mungkin perkembangan trend sebegitu masih belum wujud namun ia bukan sesuatu mustahil untuk dilakukan.

Katanya: "Budak-budak tidak akan sekali-kali keluar berjalan-jalan ke KLCC, Bukit Bintang atau mana-mana kawasan tumpuan ramai dengan berpakaian baju batik formal. Gaya itu tidak kena dengan umur dan pemikiran mereka.

"Jadi, menjadi tanggungjawab kami sebagai pereka tempatan menggunakan kreativiti yang ada bagi menghasilkan batik moden yang dapat mengisi keinginan mereka."

Skirt pendek batik

Bagi seorang lagi pereka yang terlibat dalam acara tersebut, Hasfitri Yusof, 25, rekaan dres mini dengan skirt pendek batik nyata mencuri tumpuan awam. Menggunakan warna kegemarannya, merah sebagai penata utama, hasil kerja Hasfitri sangat molek membaluti tubuh model remaja yang memperagakan pakaiannya.

Paduan renda bersulam bersama batik adalah langkah bijak yang dilakukan Hasfitri. Ia mewujudkan sehelai busana yang mewakili personaliti remaja. Batik yang seringkali menjadi pilihan mereka yang berusia kini tampak segar apabila dijadikan skirt pendek yang dijahit menerusi teknik draping.

Sehelai lagi persalinan kreatifnya menggunakan gabungan fabrik denim dan batik. Dominasi warna biru mungkin memberi sedikit masalah kepada Hasfitri bagi menyesuaikan material. Namun, pemilihan corak dan potongan tepat menghasilkan busana yang di luar jangkaan ramai.

Jelas Hasfitri, sebanyak dua helai kain batik cop atau kira-kira empat meter kain tersebut digunakan bagi menghasilkan dua persalinan berkonsep batik moden itu. Hasilnya amat mengagumkan dan sempurna digayakan si gadis untuk ke acara santai atau minum petang bersama sahabat.

"Penggunaan warna penting dalam mencorakkan gaya batik moden. Orang muda sukakan warna terang dan garang kerana ia menyerlahkan sisi ranggi mereka. Mereka tidak suka batik yang terlalu sarat dan batik yang sering dipakai golongan berusia.

"Tambahan pula kain batik yang digunakan adalah daripada material kapas dan mampu memberikan keselesaan berpanjangan. Corak-corak menarik seperti bunga tidak sekata pada kain tersebut menambahkan lagi seri persalinan ringkas tersebut," katanya.

Pakaian harian

Jelas Hasfitri, kita perlu memperbanyakkan rekaan batik moden sebegini agar golongan remaja lebih menghargai warisan negara dan bangga memakainya sebagai pakaian harian," kongsi Hasfitri yang telah mula menerima tempahan bagi menghasilkan dres batik kapas.

Disebabkan kekangan gaya, remaja perempuan hanya memilih batik ketika melaram bersama kebaya. Akibatnya, skop penggunaan batik dirasakan terhad dan seperti tidak boleh diperluaskan membentuk busana lain.

Tambah Hasfitri, batik mempunyai jaminan masa depan yang cerah dalam industri fesyen tanah air sekiranya pemodenan dilaksanakan dengan hebat. Setakat ini, rekaan batik moden ciptaan pereka prolifik, Tom Abang Saufi antara yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan.

Dalam pertunjukan fesyen I Heart Batik tersebut. Pereka-pereka tempatan lain seperti Amir Luqman, Azmir Gafar, Hazree Wahid, Melvin Shah, Ramond Zack, Wanpa, Zattera Apparel dan Nabella turut mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen I Heart Batik tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Serah laporan kepada saya’

Posted:

'Serah laporan kepada saya'

NAMPAK gayanya laporan penuh berhubung siasatan yang dijalankan ke atas bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim akan mengambil masa lebih lama untuk didedahkan, lapor HELMI TALKAH.

Ini kerana, Presiden baharu KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) tetap dengan pendiriannya yang sekadar mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat selagi laporan itu tidak berada dalam tangannya.

"Saya langsung tidak tahu apa-apa berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Datuk Karim. Apa isi kandungan petisyen yang dihantar oleh jurulatih dan atlet mengenai beliau pun saya tidak tahu.

"Lagi pun, laporan itu hanya berada di tangan Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Presiden KOM). Jadi, macam mana saya hendak membuat keputusan jika laporan itu berada di tangan orang lain.

"Saya tidak boleh berbuat apa-apa selagi laporan itu saya tidak terima," kata Zainal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya sama ada beliau akan meminta laporan itu sendiri daripada Shahidan, Zainal berkata: "Kenapa pula saya perlu minta daripada beliau?

"Ketika AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) hari itu (Ahad lalu), Datuk Seri Shahidan sendiri yang pulang begitu sahaja. Beliau pulang tanpa mengumumkan atau melakukan serahan tugas kepada kepimpinan baharu KOM.

"Jadi, siapa yang perlu bertanggungjawab? Sekarang ini, kita tunggu sahajalah laporan itu daripada Datuk Seri Shahidan.

"Apabila saya sudah menerimanya nanti, barulah saya boleh meneliti laporan itu," ujar Zainal yang menewaskan Shahidan dalam perebutan jawatan Presiden pada pemilihan pucuk pimpinan KOM sempena AGM badan induk itu Ahad lalu.

Pada Jun dan Julai lalu, satu jawatankuasa siasatan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C George telah menjalankan siasatan ke atas Karim.

Ia berikutan tindakan sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara menyerahkan petisyen meminta KOM menyingkirkan Karim yang didakwa sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa badan itu sebelum ini.

Laporan penuh berhubung siasatan tersebut telah diserahkan kepada Shahidan 20 September lalu dan salinannya turut dihantar kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar serta Karim sendiri.

Harimau Muda bersemangat

Posted:

Harimau Muda bersemangat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SEMANGAT skuad Harimau Muda bagi menghadapi baki saingan Liga Singapura (Liga S) musim ini dilihat semakin memuncak.

Hanya tinggal lima perlawanan sebelum Liga S melabuhkan tirainya musim ini, skuad kendalian Ong Kim Swee (gambar) pastinya berselera besar meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Balestier Khalsa di Stadium Yishun malam esok sebaik memadam cabaran pasukan tercorot, Woodlands Wellington 2-0, Sabtu lalu.

Biarpun rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Liga S tidak memihak kepada Harimau Muda apabila tewas 0-2 pada aksi di Stadium Toa Payoh pada 20 April lalu, Kim Swee enggan anak-anak buahnya 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

Bakal tampil dengan skuad terbaik memandangkan pemainnya bebas daripada kecederaan serta penggantungan perlawa- nan malam esok, sudah tentu Kim Swee mahu pertembungan itu berakhir dengan kejayaan.

"Sudah lama rasanya saya tidak berada dalam situasi sebegini apabila majoriti pemain utama bebas dari kecederaan serta tidak menjalani apa-apa penggantungan perlawanan.

"Kedua-dua pasukan juga kini berkongsi 35 mata, jadi ia pasti- nya satu pertembungan yang cukup sengit," kata Kim Swee semasa dihubungi Kosmo! di Singapura kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee membayangkan bakal mengekalkan kesebelasan utama seperti mana ketika berdepan Wellington tempoh hari termasuk Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat selain tonggak pertahanan, Mohd. Fadhli Shas yang kembali memperkuatkan Harimau Muda selepas selesai menjalani hukuman penggantungan perlawanan sebelum ini.

Persembahan rangkaian penyerang yang diterajui A. Thamil Arasu bersama Syahrul Azwari Ibrahim ataupun Ahmad Hazwan Bakri katanya, juga diharapkan mampu menjelmakan kemenangan yang cukup istimewa malam esok.

"Ketika ini, hanya Nazirul Naim Che Hashim sahaja yang mengalami kecederaan kecil, namun ia tidak begitu membim- bangkan. Jika ada perubahan pun, saya mungkin hanya menukar satu atau dua pe- main sahaja," jelasnya.

Selepas menentang Balestier Khalsa malam esok, Harimau Muda bakal diuji Gombak United di stadium yang sama tiga hari kemudian.

Bagi aksi sepanjang Oktober pula, Hari- mau Muda akan membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas itu.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak

Posted:

Sifu tempatan tunjuk minat latih Perak

BEBERAPA jurulatih tempatan mula mengintai peluang menjadi ketua juru- latih skuad Seladang untuk saingan Liga Super musim 2013, lapor KAMA- RUDDIN ISMAIL.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa beliau sudah menerima beberapa resume daripada jurulatih berkenaan.

Katanya, mereka menyatakan kesediaan untuk melatih skuad Seladang musim depan.

Bagaimanapun Presiden Pafa itu enggan mendedahkan nama-nama jurulatih tersebut dan berkata, kedudukan ketua jurulatih akan diketahui selepas Kongres Pafa pada 7 Oktober depan.

"Pafa juga belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Jang Jung kerana kontraknya hanya akan tamat pada 31 Oktober nanti," jelas Zai- nol di Ipoh semalam.

Sebelum ini, bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar telah mengendali- kan skuad Seladang selama dua tahun mulai tahun 2011 lalu.

Namun, Norizan mengambil cuti mengejut selepas Perak dibelasah 0-6 oleh Kelantan di Kota Bharu pada 7 Julai lalu.

Selepas itu, Jang Jung diambil bagi mengendalikan skuad Seladang bagi aksi Piala Malaysia mulai awal bulan Ogos lalu setelah ketiadaan Norizan Bakar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Perang kamera pintar

Posted:

Perang kamera pintar

Oleh ADLAN JAAFAR

REMOTE Viewfinder membolehkan kamera dikawal oleh telefon pintar.


PERKATAAN pintar begitu memberi kesan terutamanya untuk peralatan elektrik seperti gajet telefon. Kini, dengan sambungan WiFi, banyak lagi perkakasan elektrik yang mula menyertai liga pintar itu.

Selain televisyen, kamera juga menjadi salah sebuah gajet yang boleh dianggap sebagai pintar dengan memiliki sambungan tersebut. Syarikat berpangkalan di Korea Selatan itu baru-baru ini melancarkan sebuah kamera yang mempunyai sambungan WiFi, Samsung Dual View DV300F.

Kamera pintar itu membolehkan foto-foto yang diambil dikongsi bersama-sama rakan yang terdapat dalam senarai rakan dalam laman sosial.

"Hanya perlu ke fungsi Social Sharing dan pilih laman sosial untuk dikongsi. Masukkan kata laluan dan serta-merta foto tersebut boleh dipaparkan di laman sosial," kata Ketua Pemasaran Bagi Pengimejan Digital Samsung Elektronics, Julian Thean.

Papar terus ke laman sosial

WiFi merupakan kemudahan yang boleh didapati di mana-mana dan menjadi pemandangan biasa apabila orang ramai pasti menggunakan telefon untuk mengemas kini status.

Gambar-gambar boleh dimuat naik ke laman sosial seperti Facebook, Google Plus, Picasa, Photobucket dan YouTube atau e-mel terus kepada rakan anda menggunakan DV300F.

Semua foto yang diambil boleh disimpan dalam sistem awan, AllShare Play dan Microsoft Sky Drive. E-mel ringkas pula boleh dihantar dengan minimum 32 karakter dan maksimum 150 huruf yang ditaip terus pada kamera.

Salah satu fungsi kamera WiFi itu, Remote Viewfinder yang dapat menyambungkan kamera tersebut dengan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android atau iPhone.


CANON Ixus juga mempunyai sambungan WiFi untuk kemudahan pengguna.


Melalui fungsi tersebut, foto dapat dirakam dan dikawal dari jauh menggunakan telefon pintar termasuk memfokus, lampu denyar (flash), saiz foto serta Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

"Penggunaannya tidak akan menurunkan mutu gambar yang diambil. Foto yang terhasil sama seperti yang dirakam terus daripada kamera," terang Julian lagi.

Seperti namanya, Dual View DV300F, ia mempunyai dua buah paparan skrin yang berada pada bahagian depan dan belakang.

Sudah menjadi kelaziman, orang ramai akan merakam gambar sendiri. Skrin LCD bahagian hadapan berukuran 1.5 inci itu memudahkan pengguna membetulkan komposisi untuk berada dalam kotak.

Didatangkan dalam beberapa varian warna seperti hitam, perak dan merah. Bahagian luarannya mempunyai permukaan warna metalik yang berkilau.

Menariknya, terdapat animasi comel pada skrin hadapan yang memberi kesan kepada kanak-kanak untuk fokus pada lensa ketika mengambil gambar.

Ixus daripada Canon

Sementara itu, pengeluar kamera dari Jepun, Canon turut memperkenalkan rangkaian kamera kompak terbaharu dengan sambungan WiFi, Ixus iaitu 510 HS, 500 HS, 240 HS dan 125 HS.

Binaan dalam sambungan WiFi juga membolehkan gambar dimuat naik terus ke laman sosial, Facebook, YouTube atau e-mel biarpun pada kualiti imej yang tinggi melalui aplikasi Camera Window.

Kesemua model kamera itu dilengkapi dengan fungsi baharu, Face ID dan Intelligent IS (Penstabil Imej). Intelligent IS membolehkan tahap kecerahan dibetulkan secara automatik. Ia akan memilih penstabil imej yang bersesuaian dengan objek untuk memberikan gambar yang jelas.

Fungsi Face ID pula membolehkan pengguna memasukkan sehingga 12 wajah dengan lima profail yang berbeza bagi setiap gambar.

Selain itu, rangkaian kamera Ixus itu turut memperlihatkan reka bentuk yang ideal dengan mengikut nisbah emas, 1:1.618 sama seperti karya-karya seni agung dunia seperti The Parthenon, Arc de Triomphe dan Venus de Milo.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tiga penulis blog dipenjara

Posted:

Tiga penulis blog dipenjara

AFP
BEBERAPA anggota polis memeriksa pintu masuk ke mahkamah yang menjadi tempat tiga penulis blog dihukum penjara di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam semalam.


BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.

Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.

Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.

Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.

"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.

Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.

Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.

Laman web itu diharamkan di Vietnam.

Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.

Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.

- AFP

Virus seperti SARS dikesan di Asia Barat

Posted:

Virus seperti SARS dikesan di Asia Barat

LONDON - Pihak berkuasa Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar.

Lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia jatuh sakit selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam selesema biasa selain penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Pada tahun 2003, beratus-ratus orang terutamanya di Asia maut akibat serangan wabak SARS.

Agensi Perlindungan Kesihatan Britain dalam satu kenyataan lewat kelmarin memberitahu bahawa pesakit berusia 49 tahun itu pernah berkunjung ke Arab Saudi baru-baru ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sampel virus daripada pesakit itu hampir menyerupai sampel kuman seorang warga Arab Saudi yang meninggal dunia pada awal tahun ini.

Pihak WHO memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kedua-dua kes berkenaan terhadap kesihatan orang awam tetapi ia kini menasihatkan orang ramai supaya membataskan perjalanan mereka.

- AP

Lelaki menyamar doktor ditangkap

Posted:

Lelaki menyamar doktor ditangkap

TOKYO - Polis Jepun semalam menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor untuk mendapatkan wang, kata polis dan pihak media.

Pihak berkuasa berkata, lelaki berkenaan, Miyabi Kuroki, ditahan setelah dia memeriksa kesihatan 2,300 orang.

Kuroki, 43, sebelum ini membaca buku-buku perubatan selama beberapa jam agar orang ramai tidak mengesyaki penipuannya.

Agensi berita tempatan, Jiji Press melaporkan Kuroki tidak memasuki mana-mana sekolah perubatan dan menyamar sebagai seorang doktor selepas menemui identiti pengamal perubatan bertauliah di internet.

Dia dihantar oleh sebuah agensi pekerjaan tempatan ke sebuah hospital di sini untuk melakukan temu bual kesihatan, memeriksa keputusan mesin ujian jantung dan memberi penerangan mengenai keputusan ujian perubatan kepada lebih 2,300 orang.

Penipuan Kuroki terbongkar apabila sebuah sekolah perubatan tempat dia dikatakan pernah mengajar sangsi dengan kredibilitinya dan menghubungi hospital berkenaan.

Polis di sini memberitahu semalam bahawa mereka telah menangkap Kuroki kerana mengesyakinya memalsukan lesen pengamal perubatan pada tahun 2009 dan menerima gaji 2.62 juta yen (RM104,414) setahun dengan bekerja separuh masa sebagai seorang doktor di sebuah hospital di sini pada tahun 2010 dan 2011.

Suspek dilaporkan mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan alasan: "Saya perlukan wang untuk membayar nafkah anak saya dan sara hidup saya."

Dalam perkembangan berkaitan, pihak hospital tempat dia bekerja telah memohon maaf berhubung insiden itu.

Pihak hospital itu meminta semua pesakit yang pernah diperiksanya datang semula untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved