Ahad, 9 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


USM juara Kuiz Pelaburan PNB

Posted:

USM juara Kuiz Pelaburan PNB

USM juara Kuiz Pelaburan PNB

09/12/2012 7:00pm

KOTA BAHARU — Universiti Sains Malaysia (USM) muncul juara pertandingan akhir Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2012 kategori universiti, di sini, hari ini.

Pasukan USM yang diwakili Loh Wai Seng, Goh Pei Ying dan Kwan Shang Zu, mengalahkan tiga pasukan lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Naib johan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diwakili Muhammad Ilham Yasri, Muhammad Arif Sodri dan Mohammad Saufee Yusli, meraih wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala tempat keempat disandang oleh Universiti Malaya (UM).

Hamad Kama Piah dalam ucapannya berkata, kategori itu disertai 3,148 pelajar dari 31 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

Katanya, kuiz pelaburan yang mula diperkenalkan pada 2001 itu melibatkan empat kategori iaitu universiti, sekolah menengah, badan beruniform dan institut pendidikan guru.

Ia menjadi platform bagi memberi pendedahan dan pendidikan mengenai dunia kewangan, pelaburan dan ekonomi serta konsep risiko dan pulangan dalam pelaburan berteraskan pelaburan jangka panjang kepada masyarakat. — BERNAMA

8,872 rumah dinaiki air banjir di Kalimantan

Posted:

8,872 rumah dinaiki air banjir di Kalimantan

8,872 rumah dinaiki air banjir di Kalimantan

09/12/2012 6:58pm

JAKARTA — Banjir yang melanda daerah Barito Utara, Kalimantan Tengah sejak 3 Disember lalu, setakat ini mengakibatkan 8,872 rumah penduduk dinaiki air antara dua dan empat meter.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), banjir yang melibatkan enam daerah kecil di Barito Utara itu turut menyebabkan 2,753 hektar sawah padi dan ribuah hektar kawasan ladang ditenggelami air.

Selain itu 11 buah sekolah, empat pusat kesihatan masyarakat, lima masjid, tujuh surau dan sebuah gereja, serta 25 jambatan konkrit dan kayu yang ditenggelami air, kata BNPB, pada Ahad.

Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Barito Utara mengisytiharkan darurat banjir dari 8 hingga 28 Disember.

Bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bagaimanapun tidak dinyatakan.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Barito Utara telah membuka pusat operasi dan koordinasi bantuan darurat dan dapur umum untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Pasukan bantuan membabitkan anggota beberapa agensi kerajaan termasuk polis, tentera, jabatan kesihatan, jabatan kerja raya dan Persatuan Palang Merah Indonesia membantu mangsa dengan menyalurkan bantuan beras dan makanan sumbangan Pejabat Daerah, syarikat swasta serta masyarakat kepada mangsa.

Pihak Kerajaan Negeri (Provinsi) Kalimantan Tengah turut menghantar bantuan darurat berupa peralatan dapur, pakaian, makanan segera, kelambu, kain selimut, khemah keluarga, tikar dan tilam. — BERNAMA

Pemuda lemas terjatuh sungai di Bachok

Posted:

Pemuda lemas terjatuh sungai di Bachok

Pemuda lemas terjatuh sungai di Bachok

09/12/2012 6:52pm

BACHOK — Seorang pemuda ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tawang berhampiran rumahnya di sini, hari ini.

Mayat Khairul Azmi Zulkifli, 26, ditemui kira-kira 200 meter daripada tempat dia terjatuh pada 12.10 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Zakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota.

"Kita turut menghubungi Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan yang menghantar 11 anggotanya untuk membantu usaha menyelamat," katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Zawawi Che Min, 44 berkata beliau hanya mampu melihat mangsa yang tenggelam timbul di permukaan air dan tidak sempat untuk memberikan bantuan.

"Saya menghubungi petugas Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk menutup pintu air yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian bagi mengelak mangsa hanyut lebih jauh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved