Kosmo Online - Negara |
- Denda RM20,000 jika ubah nombor plat elak AES
- Gelisah selagi belum ditangkap
- Orang India perlu kembali jadi 'simpanan tetap' BN
Denda RM20,000 jika ubah nombor plat elak AES Posted: Denda RM20,000 jika ubah nombor plat elak AESOleh MANIRAH OTHMAN
KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat. Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000," katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Gelisah selagi belum ditangkap Posted: Gelisah selagi belum ditangkap![]() MARINA (kiri) dan Saad menunjukkan gambar Rozali ketika ditemui di rumahnya di Kuching semalam. KUCHING - Pasangan suami isteri yang parah selepas dikelar oleh seorang bekas pekerjanya di restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini Jumaat lalu mengakui masih trauma dan takut untuk keluar rumah selagi suspek masih belum ditangkap. Marina Julai, 42, memberitahu, setiap saat dia masih terbayang kejadian ngeri yang hampir meragut nyawanya dan suami, seorang lelaki Sudan, Saad El-Sir El-Sadiq terutama ketika hendak melelapkan mata. Katanya, oleh sebab itu, dia terpaksa mengambil ubat tidur setiap kali hendak tidur. "Saya risau jika perkara itu berulang ketika kami sedang tidur. Selagi suspek belum diberkas, selagi itulah hidup saya tidak tenteram. "Sejak dibenarkan keluar hospital, saya terlalu takut untuk keluar rumah," cerita bekas jururawat di Hospital Pakar Mata King Khaled, Riyadh, Arab Saudi itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Orang India perlu kembali jadi 'simpanan tetap' BN Posted: Orang India perlu kembali jadi 'simpanan tetap' BN![]() NAJIB (lima dari kanan) dan Palanivel (lima dari kiri) bersama barisan tertinggi MIC pada perasmian Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Tengku Adnan (dua dari kanan). KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat India kembali menjadi 'simpanan tetap' kepada Barisan Nasional (BN) bagi menentukan BN mendapat kejayaan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Beliau berkata, ini penting kerana hanya BN merupakan satu-satunya parti yang boleh menjamin masa depan kaum itu menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dijalankan termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Najib berkata, kaum India yang terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang pada pilihan raya umum lepas harus kembali menyokong BN kerana terbukti pembangkang telah gagal melaksanakan janji- janji mereka. Beliau berkata, 'simpanan tetap' BN itu berpindah kepada pembangkang pada pilihan raya umum pada tahun 2008 bukan kerana mereka mahukan pembangkang tetapi kerana ada perasaan dalam kalangan kaum India yang ingin melihat BN berubah dan lebih peka kepada hasrat dan aspirasi kaum itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan