Jumaat, 7 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

Posted:

Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

07/12/2012 7:09pm

KUALA LUMPUR — Bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 134 pertuduhan menipu pegawai bank membabitkan lebih RM60 juta.

Datuk Tan Han Kook, 58 dan Ching Siew Cheong, 50, didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank (Bankers Acceptance) adalah tulen.

Menurut kertas pertuduhan, mereka dengan curangnya mendorong pegawai bank tersebut untuk memindahkan wang berjumlah RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn. Bhd., Violet Bonanza Sdn. Bhd. dan Stanson Marketing Sdn. Bhd.

Menurut pertuduhan itu lagi, pegawai itu tidak akan memindahkan wang tersebut sekiranya mereka tidak diperdayakan oleh kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee dekat sini antara Oktober 2011 hingga Februari tahun ini.— BERNAMA

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

Posted:

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

07/12/2012 6:22pm

PETALING JAYA — Malaysia hari ini menghantar bantuan makanan serta keperluan lain bernilai RM350,000 kepada mangsa taufan Bopha yang melanda wilayah selatan Filipina Isnin lepas.

Bantuan seberat 13 tan metrik itu dihantar menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas bersama 16 sukarelawan daripada Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan warga media.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay hadir di Pangkalan TUDM Subang di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada anggota misi yang dijadual kembali ke tanah air esok.

Kohilan sebelum itu merasmikan Pusat Pengumpulan dan Penyimpanan Barangan Bantuan Kemanusiaan semasa Bencana Asean yang dikelola AHA Centre (Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana Asean) dan Program Makanan Sedunia Negara Bersatu.

"Lokasi Malaysia amat strategik dan bebas daripada ancaman bencana alam seperti gempa bumi dan gunung berapi, maka ini menjadi satu kelebihan kita dalam meneruskan misi bantuan kepada negara yang memerlukan," kata Kohilan pada majlis itu. — BERNAMA

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

Posted:

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

07/12/2012 6:17pm

KUALA LUMPUR — Orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S.Sivasundaram berkata, setakat ini sebanyak 18,000 daripada 85,000 tiket yang disediakan, telah terjual.

"Dalam tempoh kurang lapan jam selepas kaunter dibuka, 10,000 tiket telah dijual di Shah Alam, manakala 8,000 tiket terjual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, penjualan tiket menyaksikan perlawanan itu begitu menggalakkan dan orang ramai dinasihat untuk membelinya lebih awal.

Sivasundaram berkata, sebanyak 65,000 tiket akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala bakinya di Stadium Shah Alam.

Harga tiket perlawanan yang akan bermula 8 malam itu, adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk adalah bebas.

Sivasundaram berkata, pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan B antara Malaysia menentang Indonesia, sebanyak 70,000 tiket terjual.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved